Mengapa Medik Mesir Mahu Menubuhkan Persatuan Baru?

Salam sejahtera dan salam satu ummah Islamiyah.

Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad SAW.

Seingat saya, pelajar Medik Mesik mula bertapak di bumi Tanta sekitar tahun lepas iaitu bagi sesi pengajian 2009/2010. Medik Mesir yang saya maksudkan di sini bukanlah 'pelajar bidang perubatan di Mesir', tetapi merujuk kepada pelajar perubatan yang dihantar melalui agen Medik Mesir ke Mesir. Antara cawangan yang dihantar adalah ke Tanta selain Zaqaziq, Kaherah, Mansurah dan Iskandariah.

Sekiranya tahun lepas mereka datang dalam keadaan tanpa ada keperluan, tenaga dan kekuatan yang mencukupi. Serba serbi pengurusannya agak bercelaru dan banyak kelompangan dan rongaknya. Makanya, agen ini perlu meminta pertolongan secara langsung pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) dan Perubatan Cawangan Tanta (PCT). Sekiranya kedua pihak ini tidak mahu bekerjasama, pastinya banyak urusan akan tergendala dan pasti pelajar Medik Mesir yang naik tahun kedua sesi ini tidak akan menjadi kenyataan.

Semasa agen ini datang dahulu, mereka sepertinya sangat bersungguh dan berbudi bicara dengan pihat DPMT dan PCT untuk membantu mereka menguruskan pelajar Medik Mesir. Bermula urusan dengan pihak kuliah perubatan Universiti Tanta, penempatan, pengurusan visa, silibus pembelajaran (berhubung dengan pelajar senior) dan sebagainya. Maka, DPMT dan PCT pastinya mahu sahaja apabila ada pihak yang mahu bekerjasama dengan mereka lebih-lebih lagi agen ini membawa pelajar perubatan dan dari segi keselematan, pihak keselamatan Mesir hanya berhubung dengan Pengerusi DPMT.

Kemudian, permasalahan mula berlaku.

Pernah suatu ketika seorang pelajar perubatan warganegara Kemboja telah datang melalui tiket agen Medik Mesir ini. Akhirnya pelajar tersebut terpaksa pulang dengan kekecewaan setelah hampir setahun duduk di Mesir apabila borangnya tidak diproses untuk kemasukan sesi tersebut. Apa yang mengahairankan adalah bagaimana agen ini tidak mampu menguruskan pelajar yang benanung di bawahnya?

Akhirnya dan sebelum itu lagi, sudah kedengaran suara-suara bahawa agen Medik Mesir hanya mahu mengambil keuntungan daripada ibubapa para pelajar ini. Pada tahun kedatangan mereka, mereka dijanjikan akan mendapat bantuang pembelajaran atau pinjaman daripada pihak yang berwajib. Akan tetapi sehingga ke hari ini, kepastian itu masih belum menjadi kenyataan dengan sepenuhnya. Ada ura-ura yang layak mendapat pinjaman adalah mereka yang memperolehi keputusan mumtaz (cemerlang) sahaja.

Sebelum ini juga, telah gempar di kalangan AJKT DPMT dan pihak PCT apabila ketua agen ini iaitu Ummi mahu menyewa dan mewujudkan markaz sendiri selain markaz yang sedia ada. Mengikut suasana di sini, hanya satu markaz sahaja yang boleh digunakan untuk pelajar Malaysia berkumpul dan membuat program. Ini merupakan ketetapan yang telah diberikan oleh pihak keselamatan Mesir. Ketetapan ini bermula sejak tahun 1992 iaitu tahun DPMT diwujudkan dan tahun bermulanya secara rasmi pelajar Malaysia belajar di sini di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta.

Apakah gunanya markaz yang baru? Walaupun markaz yang sedia ada itu kecil, namun tindakan menubuhkan yang baru bukanlah suatu tindakan yang sepatutnya. Apa yang sepatutnya adalah berbicang bagaimana menyelesaikan masalah untuk mencari markaz yang lebih baik tanpa melanggari peraturan pihak keselamatan Mesir.

Dan beberapa lagi permasalahan yang telah di bawa oleh agen Medik Mesir.

Hari ini, saya memperoleh masej YM daripada rakan di Tanta. Lebih kurang berbunyi 'Medik Mesir mahu mewujudkan persatuan baru di Tanta'. Apakah makna semua ini? Apakah matlamat semua ini? Makna semua ini ialah mereka mahu memecahbelahkan anak pelajar perubatan di bumi Tanta ini. Selain itu, mereka bermatlamatkan menguasai golongan tertentu pelajar agar apa-apa yang ada agenda 'disebalik tirai' mereka terlaksana (sekiranya ada).

Semasa saya menjadi AJKT, kami mendapat berita tentang pihak agen mahu mencari markaz lain seperti yang saya sebutkan sebelum ini dan ada menjalankan hubungan dengan persatuan Konsis. Persatuan Konsis ini merupakan pecahan daripada ISMA dan ISMA merupakan pecahan daripada JIM. JIM berasal daripada IRC. Sekiranya mahu dikaitkan dengan keadaan di Mesir, setiap pertubuhan ini mempunyai misi dan perancangan masing-masing terhadap pelajar di Mesir.

Setelah berumur setahun jagung, akhirnya Medik Mesir mahu pula mewujudkan persatuan baru. Apa nama, tidaklah saya ketahui. Setelah mereka banyak meminta toolong DPMT dan PCT, akhirnya inilah balasan dan budi yang mereka mahu berikan kepada DPMT dan PCT. Iaitu satu balasan dan budi yang membawa maksud 'susu dibalas tuba' atau 'seperti kacang lupakan kulit' dan yang seumpamanya.

Pada hemat saya, sudah cukup Perubatan Cawangan Tanta (PCT) yang induknya ialah PERUBATAN berpusat di Kaherah. Sudah cukup dengan BKAN dan DPM yang bernaung di bawah PMRAM. Semuanya ini sebenarnya yang akan mengukuhkan perpaduan dan memasakkan persatuan. Bukan memecahkan dan mewujudkan yang baru. Memperbaiki yang rosak dan bukan menggantikan yang lain.

Semoga pihak pengurusan Medik Mesir membatalkan hasrat tersebut dan tidak membawa masalah lagi kepada pelajar-pelajar lama di Tanta. Hormatilah mereka sebagai orang lama, pengurus anda ketika susah dan penyelesai ketika anda mempunyai masalah. Bersatulah dan bukan berpecah. Bersama mendukung Islam dan bukan ada agenda 'udang di sebalik char kuew tiaw'.


Sesiapa yang mahu mengenali Medik Mesir dengan lebih lanjut, bolehlah kayari blog mereka di sini.

Semoga Allah memelihara kesatuan dan perpaduan pelajar di bumi Badawi.

Persatuan kebudayaan Tukri jalin hubungan dengan PMRAM. Sini.

Jemputan kepada semua anak Wilayah Persekutuan di Mesir.


Hidup untuk Islam..

Comments

Aignt Aripin said…
salam alayk.student from kemboja bukan dihantar melalui MM ye ustaz.from A to Z sy bace,persoalan yg ustaz persoalkan,ustz sndri ad jwpn die,dari ape yg ustz tulis sdri.jgn senang2 tulis mende yg kte sndri xpasti,xtahu.Wallahu 3alam