Ada apa dengan 4 September?

Ada apa dengan 4 September?
Kerana empatnya kah atau Septembernya kah?
Jadi mengapa tiada tahun baginya..?

Kerana apa ya?
Kerana tahun pasti akan berubah,
Tapi tarikh dan bulannya tetap berulang,
Mungkinkah sejarah kan berulang?

Genap tiga tahun lalu, kapal terbang milik Egypt Air MS 969 jenis airbus berkod 077 telah mendarat di lapangan terbang lama Kaherah sekitar jam 0700.

Ini lambang lama bagi syarikat penerbangan Egypt Air.


Masa bertolak Malaysia jam 0040, 04 September 2007.

Harga tiket MYR 2110.00, tetapi ditanggung MAIWP.

Limit berat bagasi hanya 20 kilogram.

5 orang rakyat Malaysia di dalamnya (yang disedari).

Seorang pelajar perubatan akhawat yang balik bercuti.

Dua orang rakan akhawat yang bersama sambung belajar dari KUIS.

Seorang pelajar baru ikhwah yang baru juga tiba di Mesir.

Ini catatan yang ditulis di sehelai sampul surat bewarna kuning keemasan semasa bermulanya perjalanan.. (Entah dari mana diperolehi, tidaklah diingati)

Check in - 10:35
Masuk - 11:40
Gerak - 12:40
Terbang - 12:55
Bombay - 5:40

1:34 pg = 6:35 pg

4,337 km - Bombay - Kairo

1:47 berlepas

Cairo 11:53
Ini pula kapal terbang Egyptair yang diberi 'nafas baru'. Lambang korporatya dikekalkan cumanya warna berubah.

Pada waktu tersebut, suasana sejuk telah mula dirasai. Ya, petanda bermulanya musim sejuk mungkin.

Turun dari tangga kapal terbang, jalan kaki, menuju shuttle bus, masuk ke dalam bangunan imigresen. Pasposrt dicop, berjalan lagi ke ruangan mengambil bagasi. Menunggu giliran bagasi sendiri hampir setengah jam.

Ambil bagasi. Dalam kepala, "Erm, sape yang nak sambut aku ni? Dah la first time sampai". Dalam hati risau juga, tetapi jalan aje.

Berjalan menuju ke ruang legar lapangan terbang. Ternampak la 'abang-abang hensem' menunggu seseorang. Ada yang rendah, ada yang 'sihat' badannya, ada yang berdiri macho dan ada yang gaya biasa.

Tak ingat la pulak ada diorang tanya masa tu. Tapi kalau tak silap, bertanyakan nama, dari mana dan bersama siapa lagi. Bila sebut dari Kuala Lumpur, mereka pun tersenyum gembira (hehe).

Lima helai RM 1, baki duit sebelum berlepas tiga tahun lalu masih ada.

Baki USD 1 tiga tahun lepas masih tersimpan baik di dalam beg kecil.

Dan.

Berapakah jumlah kad topup yang telah dibeli bermula 4 September 2007 sehingga 4 September 2010? Serta, berapakah nilainya?

- Inilah catatan saya -

Sekarang jam di telefon bimbit yang dipimjam (tidak beli baru sejak telefon bimbit kepunyaan sendiri hilang beberapa bulan yang lalu) milik Pengerusi DPMT sesi 2009/2010 menunjukkan jam 05:17. Jam di laptop menunjukkan jam 6:18 AM. Mengapa tidak sama? Itu bukan perkara penting untuk dipanjangkan.

Bila nak pulangkan? Tunggu masa.

Sekarang perlu ke Kaherah. Ada tugasan perlu dilaksanakan.

Nak sambung bila?

Tanta, Mesir.
25 Ramadhan 1431 H.

Comments