Ramadhan 1431 H - Semoga Kedatangannya Membawa 1001 Perubahan

Salam kedatangan Ramadhan.

Wah, cepat benar saya meletakkan entri yang berkenaan Ramadhan. Bukan apa, sekurang-kurangnya ia menjadi peringatan kepada diri saya sendiri untuk bersedia lebih sebelum memasuki madrasah ramadhan yang mulia ini.

Dahulu, semasa kita di sekolah menengah sebelum memasuki alam universiti pastinya kita akan membuat beberapa persediaan. Mengtahui serba sedikit mengenai universiti yang mahu kita masuk, silibus pembelajaran, yuran, kemudahan dan sebagainya. Kalau persediaan akhir-akhir waktu, alamatnya menjadi gelabah, ada perkara yang tertinggal dan terlepas pandang. Bila sudah bersedia awal, pastinya kita mampu menghadapinya dengan penuh ketenangan dan persediaan.

Kedatangan Rejab dan Sya'ban sebenarnya sudah boleh dijadikan penanda untuk bersedia awal menerima kunjungan Ramadahan. Namun, hari ini 31 Julai 2010 bersamaan 19 Sya'ban 1431 Hijrah, boleh saya katakan ia merupakan separuh bulan terakhir yang getir untuk bersedia lebih.

Saya cuba untuk mebawa diri saya dan teman-teman yang lain untuk benar-benar bersedia menerima Ramadhan. Rohani, jasmani, emosi, mental, fizikal, luaran dan dalaman. Di bulan mana lagi yang semua orang, jahat atau baik, mereka akan menunaikan puasa? Di bulan mana lagi segala amalan dilipatgandakan dengan nilaian yang sangat besar? Di bulan mana lagi nafsu mampu dikekang dan syaitan semua dirantai? Di bulan mana lagi pintu rahmat dan kebaikan dibuka dengan seluas-luasnya? Di bulan mana lagi semalam hari lebih baik daripada seribu bulan? Walau mereka perasuah, perompak, penjudi, mereka tetap akan berpuasa walau sehari kerana suasana dan merasakan ia merupakan suatu suruhan yang perlu dilaksanakan.


Harapan Ramadhan - Man Bai dan Raihan



Mulianya Ramadhan - Rem



CahayaMu - Ramli Sarip

Terimalah amalanku, Allah..

Hidup dalam mencari..

Comments