Hidup biarlah berbakti..

Gambar 1

Salam sejahtera.

Ada satu kes yang melibatkan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dengan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT). Secara tidak langsung kemungkinan akan berkait juga dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). Kes yang masih baru dan berlaku sekitar minggu ini.

Lihat pada status yang diletakkan oleh seorang pegawai (pekerja) di JPMK ini. Beliau menulis,

"lain kali jangan cari pasal, kan dah susah, isu pelajar yang membawa polis mesir untuk memeriksa pegawai kedutaan ini rupanya sudah lama... ana jer yang baru tahu. Harap selepas ini ada perubahan..."

Berdasarkan status tersebut, soalan pertama; Siapa yang sebenarnya yang mencari pasal?

Kedua; 'Pelajar yang membawa polis mesir untuk memeriksa pegawai kedutaan'? Siapa sebenarnya yang telah melanggar prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan? Sila klik.

Ketiga; 'ana jer yang baru tahu,?' Komentar saya, mungkin inilah sebab sampai boleh melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan Mesir.

Keempat; 'Harap selepas ini ada perubahan...' Siapa yang sepatutnya melakukan perubahan? Semoga pihak JPMK melakukan perubahan dengan memberi kebajikan yang terbaik kepada mahasiswa Mesir di sini dan bukannya menyusahkan.

Beliau telah menjawab komen dengan menyatakan "pasal pelajar mengaku wakil kedutaan". Erm, saya dengar-dengar kenyataan ini sudah ditarik balik hasil daripada perbincangan. Kenapa masih boleh keluar lagi? Ini boleh dikatakan sebagai fitnah.

Akan bersambung..?

Hidup dalam mencari..

Comments