Mimpi

Suatu malam seseorang telah bermimpi.

Dia melihat bayangan seorang syeikh. Paras kepala sehingga ke dada. Wajahnya disinari cahaya. Sukar untuk menentukannya kerana dihalangi dek cahaya yang terang. Berjanggut putih.

Kemudian bertukar keadaan solat berjemaah. Dalam pada waktu tersebut, kedengaran suara bekata "Dia adalah Nabi".

Ketika mahu sujud pertama selepas i'tidal, maka dia sujud terlebih awal daripada jemaah yang lain. Akhirnya, suara yang sama menegur "Jangan mendahului Nabi".

Sewaktu mahu sujud kedua, dia menunggu sebentar. Membiarkan jemaah lain sujud terlebih dahulu sebagai tanda memenuhi teguran suara tersebut.

Di waktu itu, matanya menjeling, terlihat sebatang tubuh manusia sujud. Indah pakaiannya, putih bersih. Memakai serban hijau. Sungguh indah perwatakannya.

...

Terjaga dari tidur.

Akibat keinginan yang mendalam untuk mengtahui makna mimpi tersebut, dia telah bertanya kepada beberapa orang syeikh.

Suatu malam di kelas Syeikh Ahmad di Tanta, menanyakan mengenai mimpinya. Beliau adalah salah seorang penuntut ilmu manhaj Al-Azhar dan salah seorang daripada murid Syaikh Ali Jum'ah, Mufti Mesir. Syeikh menjawab setelah diceritakan apa yang dilihatnya di dalam mimpi, "Sesunggunya syaitan tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad SAW. Andai seseorang melihat Baginda di dalam mimpi, maka ia adalah mimpi yang benar, ia benar-benar melihat Nabi SAW. Sekiranya apa yang dilihat bertepatan dengan apa yang dinyatakan di dalam Syama'il Muhammadiyah, sungguh, benarlah dia telah melihat Nabi Muhammad SAW. Walaubagaimanapun, apa yang kamu lihat itu bukanlah Nabi. Akan tetapi lebih kepada manzilatu an-Nabi (kedudukan Nabi). Kamungkinan apa yang kamu lihat adalah cucunda Nabi Muhammad SAW, Saidina Hassan atau Saidina Hussin RA.

Suatu hari, dia berpeluang berjalan, pergi rehlah ke sebuah kawasan di Utara Mesir iaitu Ra'su al-Bahr. Sebuah kawasan pertemuan antara Laut Mediterranean dan Sungai Nil. Ia juga dinamakan hujung pengembaraan sungai terpanjang dunia yang merentasi beberapa buah negara Afrika, Sudan dan hujungnya di Mesir.

Di sana dia sempat berjumpa dengan Imam sebuah masjid utama di sana. Beliau merupakan bekas palajar Al-Azhar cawangan Mansurah dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat Master. Setelah diceritakan mimpi tersebut, imam menjawab "Ia adalah mimpi yang baik. Semoga Allah memberkati kamu. Ia adalah yang benar. Akan tetapi, apa yang kamu lihat bukanlah Nabi Muhammad SAW kerana janggut Baginda bewarna hitam. Hanya terdapat 17 helai sahaja yang bewarna puith."

Akibat mahukan jawapan yang lebih lanjut, dia bertanyakan kepada imam apakah maksud mimpi berkenaan. Imam menjawab, "Ia merupakan mimpi yang baik. Cahaya yang kamu lihat merupakan cahaya petunjuk yang perlu kamu berpegang teguh dengannya. Imam menambah, pernah seseoranga mimpi melihat satu jalur cahaya dari atas sehingga ke tanah, maka dia berpegang teguh terhadap cahaya tersebut seolah-olah dia berpaut pada tali. Ia adalah mimpi yang baik. Kamu hendaklah lebih untuk belajar dan mendalami sunnah Nabi Muhammad SAW dan beriltizam dengannya. Berterusan dalam mengamalkan sunnah SAW."

Akibat mahukan jawapan yang lebih daripada itu, dia berhasrat untuk bertanya dengan lebih lanjut kepada para syeikh yang berada di Masjid Al-Azhar. Maka, suatu hari bersama seorang teman, terasa mudah dan dipermudahkan jalan ke sana. Tujuan asal adalah kerana mendapat tahu bahawa pada hari tersebut terdapat ceramah yang akan disampaikan oleh Syeikh Ali Jum'ah. Walaubagaimanapun, syeikh tidak hadir pada malam tersebut.

Sesampai di Masjid Al-Azhar, waktu asar telahpun berlalu. Selepas menunaikan solat Asar, dia masuk mendengar pengajian yanng disampaikan oleh Syeikh Jamal Farouk. Syeikh membaca kitab ash-Shofi, antara kitab syarah bagi kitab Jauharah Tauhid. Sehinggalah tibanya waktu Maghrib.

Selepas solat Maghrib, dia menunggu masa untuk bertanya kepada mana-mana syeikh yang ada di masjid ketika itu. Sementara menunggu masa yang sesuai untuk bertanya soalan mimpinya, dia berpeluang untuk bertemu dengan Syeikh Usamah Al-Azhari. Akibat kelihatan syeikh agak sibuk dan ramai sedang berkerumun padanya, dia membatalkan hasrat iuntuk bertanya kepada Syeikh Usamah.

Dia berjalan kembali ke kelas Syeikh Jamal Farouq. Dari jauh kelihatan seseorang syeikh yang duduk bersandar di dinding masjid sebelah luar dewan kelas Syeikh Jamal Farouq. Akibat desakan yang kuat di dalam hatinya, maka dia mengambil kesempatan bertanya kepada syeikh berkenaan mengenai mimpi tersebut. Syeikh merupakan antara khatib dan imam bagi Kementerian Waqaf. Setelah menceritakan mengenai mimpi tersebut, syeikh menjawab "Ia adalah mimpi yang baik. Kamu hendaklah sentiasa mengamalkan sunnah dan perlu selalu mendampingi para syeikh dan ulama'. Aku tidak banyak ilmu mengenainya dan tidak layak untuk membicarakannya. Kamu boleh bertanya dengan Syeikh Ali Jum'ah atau Syeikh Ahmad Hajain. Kemudian dia berkatakan kepada mereka, selepas Isya' aku akan minta Syeikh Ahmad Hajain untuk memberikan zikir kepada kami daripada Syeikh Ali Jum'ah." Seketika kemudian beliau mengajak mereka bersama masuk mendengar kelas Syeikh Jamal Farouq.

Dia dengan temannya masuk mendengar kelas Syeikh Jamal. Jauh di hati masih sangat mahukan jawapan lagi mengenai mimpi tersebut.

Kelas syeikh merupakan kelas yang membicarakan mengenai tauhid. Pada waktu itu, syeikh sedang membicarakan mengenai nama-nama Allah SWT yang Maha Mulia. Seperti syeikh mengetahui, tiba-tiba syeikh memperkatakan mengenai apabila seseorang yang bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Syeikh mengatakan, "Seseorang yang berjumpa Nabi Muhammad SAW di dalam tidurnya, ia merupakan mimpi yang benar. Ini kerana, syaitan terhalang untuk menyerupai Nabi Muhammad SAW." Hatinya terasa terkejut kerana syeikh memperkatakan mengenai mimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW, walaupun jawapannya bersifat umum.

Setelah solat Isya' khatib tersebut telah berjumpa dengan Syeikh Ahmad Hajain dan memberitahunya mengenai mereka berdua. Selepas keluar daripada perkarangan solat, mereka sempat berjumpa dengan syeikh dan sempat bertanyakan mengenai mimpi. Syeikh menjawab, "Ia adalah mimpi yang benar. Ia memberitahu kamu mengenai adab terhadap Rasulullah SAW. Kamu hendaklah terus mempelajari sunnah Nabi Muhammad SAW dan perlulah iltizam dan berterusan mengamalkannya." Kemudian, syeikh memberikan kepada mereka himpunan dan susunan zikir yang dikatakan tadi. Syeikh meminta agar mereka mengamalkan sepanjang seminggu dan selepas seminggu syeikh meminta mereka menghubunginya.

Hidup dalam mencari..

Comments