Manusia dan dirinya (2)

Manusia,
Hari ini saat terus berlalu,
Berlalunya terlalu kecil untuk disedari,
Jangan sehingga sudah tiba jam,
Jangan sehingga sudah tiba hari,
Jangan sehingga sudah tiba minggu,
Tiba bulan kau terlopong,
Tiba tahun kau kecewa,
Tiba saat nyawa di tengkukmu,
Jangan kau menyesal tak sudah..

Manusia,
Hari ini kau masih mampu bernafas,
Udara yang kau sedut mampu menghidupkanmu,
Apakan kerana udara kau hidup?
Atau kerana nyawa kau bernafas?
Atau kerana otak kau terus mampu melihat dunia?
Atau?
Boleh jadi tanpa udara kau boleh bernafas
Boleh jadi tanpa nyawa kau hidup,
Boleh jadi tanpa akal..
Kau hilang erti.

Apapun, siapa engkau?
Udara yang kau sedut kau bermaksiat,
Nyawa yang kau miliki kau bazirkan tanpa syukur,
Otak yang kau gunakan tanpa memikir azab Tuhan,
Aduh, siapakan kau sebenarnya?
Siapakan DIA kau mahu berpaling?

Manusia,
Jangan kau hilang pedoman,
Nyawa kau masih miliki,
Jangan kau lewat bertaubat,
Nafas masih kat mampu sedut,
Jangan sehingga kebaikan terus lenyap dari hidupmu.

Manusia,
Sedarlah kehidupan yang sementara ini,
Mujahadahlah ke arah jalan Tuhanmu,
Jangan kau mengikuti kegelapan,
Sedangkan kau masih mampu menyalakan cahaya.


Manusia,
Ayuh, nyalakan lilin mujahadah itu,
Peliharalah ia jangan ia terpadam,
Jangan!
Jangan kau sesekali ulangi dosa dan noda,
Yakinlah dengan api kecil itu,
Andai kau terus pelihara,
Mampu menyinari dan menunjuki jalan hidupmu.

Manusia,
Jangan kau hilang cahaya kebaikan buat kesekian kalinya.

Hidup dalam mencari..

Comments