Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Wednesday, December 29, 2010

Hiburan Betimbun-timbun, Pengetahuan Sekelumit Cuma

Tv=Hiburan
Tv sudah sinonim dengan hiburan. Tidak pula saya tahu apa sebenarnya fungsi tv pada awal penciptaanya. Namun, hari ini tv merupakan media yang paling ampuh untuk membentuk pemikiran dan akhlak masyarakat. Sekiranya tv diadun dengan adunan yang salah, rencah dan resepinya rosak, maka rosaklah pula jatidiri penontonnya. Hancurlah pula akhlak masyarakatnya.

Hakikatnya, saya sebenarnya telah merasa bosan dengan rancangan yang ditayangkan di saluran perdana hari ini. Bosan bukan semuanya tidak secocok dengan diri saya, tetapi bosan dengan percampuran siaran tv. Bosan dengan rancangan yang berat sebelah di dalam berita dan bosan dengan rancangan yang melebihkan hiburan kebanyakannya.

Saya tidak kata hiburan itu salah. Kerana media yang berasaskan hiburan itu umum. Namun hiburan yang saya maksudkan adalah yang berbentuk nyanyian, drama dan seumpamanya. Rancangan nyanyian berlambak dengan program realiti nyanyiannya, realiti kanak-kanak dan lain-lain.

Cubalah anda melihat, berapa peratus hiburan sebegini yang mendominasi saluran tv perdana kita pada hari ini? Peratusnya dalam sehari dan seminggu? Juga cuba anda kira berapa pula peratus rancangan yang berbentuk akademik dan pengetahuan? Berapa pula peratus yang berbentuk membentuk pemikiran inovasi, kreatif dan progresif masyarakat?

Hedonisme
Sekiranya kita mahu berbicara masalah hedonisme pasti tidak akan selesai. Kononnya dahulu disebut-sebut permasalah budaya ini akibat daripada kesan rancangan Akademi Fantasia. Pelbagai majalah, akhbar dan komentar diberikan mengenai budaya negatif ini. Namun, sejauh mana ianya dielak daripada terus mempengaruhi masyarakat dan generasi muda. Pada hari ini semuanya senyap seribu bahasa. Tiada lagi suara yang membincangkan mengenai budaya negatif ini. Padahal rancangan yang berunsur mengenainya semakin diperkasa.

Bukan tidak banyak saluran yang berbentuk pengetahuan. Sekiranya mahu menghitung penerbitan daripada Natinal Geographic sahaja sudah terlalu banyak. Itu tidak lagi termasuk rancangan dokumentari lain. Mengapa tidak dibawa dan diketengahkan dengan meluas kepada masyarakat untuk menontonnya?

Saya pernah terdetik mahu melanggan saluran Astro. Bukan kerana mahu hiburannya, tetapi mahukan saluran yang lebih banyak dan membina pemikiran pada saya. Sekurangnya apabila ada saluran yang berbentuk dokumentari dan berita, pasti ilmu dan pengtahuan kita akan bertambah. Berita yang pelbagai sumber, daripada pelbagai negara mampu memastikan diri kita mengecapi segala apa yang berlaku di seantaro dunia. Mampu untuk menganalisis dan melakukan pertimbangan terhadap negara sendiri dan dunia am.

Kadang-kadang seolah ada baiknya bagaimana pemikiran barat ini. Di dalam konteks ilmu atau kemajuan, jarang sekali mereka meletakkan elemen nilai budaya atau agama di dalamnya. Ini menjadikan tiada halangan dalam menuju kemajuan dan perubahan. Walaupun ketiadaan nilai agama dan budaya sebenarnya bakal memusnahkan 'ilmu' tersebut, tetapi kejayaan dalam menyingkap serta membuka minda manusia kadang-kadang membawa kejayaan.

Malang, seribu kali malang apabila rumpun nusantara yang kaya dengan budaya ketimuran ini telah terobek. Menghilangkan maruah dan jatidiri. Elemen hiburan yang melampau dan cara pemikiran yang mengongkong menjadikan masyarakat seolah dicucuk hidungnya seperti lembu atau kerbau. Iklan di tv, rancangan televisyen, penampilan artis, drama dan movie, semuanya sangat nyata pengaruh barat.

Saya tidak nafikan adanya rancangan yang menggambarkan nilai budaya dan agama di Malaysia ini penuh dengan ketimurannya. Namun, pendekatan dan cara penyiaran kepada masyarakat dan penonton sangatlah tidak menarik. Rancangan yang hambar, mutu vidoe yang kurang, pengisian yang lompang dan masa penyiaran yang tidak sesuai seperti sebuah rancangan yang hanya 'melepaskan batok di tangga'. Juga terlalu singkat bebanding sehari atau seminggu. Ada sumber daripada JAKIM yang saya peroleh, rancangan agama hanya diperuntukkan sekitar 12 jam sahaja untuk seminggu! Bukan sehari. Sekadar cukup syarat mungkin.

Idealisme Politik
Lebih malang lagi apabila motif penyiaran bukan membawa kepada minda kelas pertama masyarakat, tetapi terkongkong dengan idealisme politik. Hasutan, prejudis dan retorik politik terus dicanangkan kepada masyarakat yang akhirnya melahirkan masyarakat yang layu pemikirannya. Minda masyarakat dibentuk dengan janji dan kemewahan.

Sudahlah tiada keadilan dalam memberikan ruang politik bersifat demokrasi, ditambah dengan hasutan dan prejudis kepada pihak lain. Kebanyakan berita adalah menjurus kepada kepentngan politik. Pengekalan kuasa berbentuk penjajahan minda.

Banyak berita menayangkan kepada komitmen pemerintah membawa kemajuan keapda rakyat dengan pelbagai program, ETP, RM dan sebagainya. Hakikatnya, kemajuan yang mahu diberikan tidaklah sekata dan adil kepada seluruh rakyat. Kemajuan yang diberikan hanyalah kepada atau di dalam sektor yang berpotensi membawa kemajuan dan pulangan kemewahan kepada kerajaan.

Cuba anda kaji, berapa banyak lagi kampung-kampung orang asli di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur tidak dapat dihubungkan melalui jalan yang selesa? Cuba anda kaji, berapa banyak lagi sekolah-sekolah di luar bandar atau kawasan pendalaman ini tidak mendapat kemudahan yang sempurna? Cuba anda kaji, berapakah pendapatan sebulan penduduk masyarakat pendalaman di seluruh negara?

Kemajuan yang diberikan hanyalah untuk memastikan pengekalan kuasa poltik, kuasa pemerintahan. Bukan bertujuan memberikan kemudahan, keperluan dan keselesaan yang adil kepada seluruh rakyat. Lihat sahaja isu royalti minyak. Isu subsidi barangan keperluan masyarakat. Lihat sahaja isu kenaikan harga minyak, getah, gula, tepung dan pelbagai barangan keperluan lain. Isu kenaikan tarif air dan elektrik.

Tidakkah anda sedar bahawa keadaan ini semua membawa kehancuran sedikit demi sedikit?

Teruslah Kita Dikongkong
Apabila situasi ini terjadi, rakyat akan berusaha untuk mendapatkan wang untuk memastikan kemandirian hidup mereka. Menuju ke arah negara yang maju perlu kepada pembangunan ekonomi yang tinggi. Kemewahan perlu dipertingkatkan. Rakyat menjadi semakin individualistik, atau diserapi individualisme. Hanya mementingkan poket sendiri. Sebab apa? Kerana jikalau duit ini diberikan kepada orang lain, diri sendiri akan merana dek akibat mengejar kemajuan ekonomi keluarga.

Apa yang akan terjadi kelak? Di kawasan bandar, terus menerima kemajuan. Dalam tidak sedar, penduduk bandar di kelas pertengahan terpaksa berhempas pulas menjana ekonomi masing-masing. Kehidupan tertekan dengan harga barangan yang semakin meningkat. Hidup hanya untuk bekerja, mencari duit, tumpu masa di pejabat dan akhirnya semakin kurang pula nilai dan pertalian kekeluargaan. Berjumpa hanya ketika majlis kematian atau dua hari raya.

Sistem kapitalis yang terus menjadi tonggak ekonomi dunia terkesan di negara kita. Golongan kaya akan semakin kaya dan golongan miskin akan semakin miskin. Golongan miskin semakin jauh jurannya dengan golongan kaya. Semakin sukar menggapai kekayaan dan kemewahan yang dikecapi golongan kaya. Sekiranya mereka mahu maju, perlu pindah ke kampung dan meninggalkan nilai kampung.

Sistem kapitalis memerlukan pusingan modal. Sekiranya kekayaan orang kaya diberikan kepada golongan miskin, maka pusingan modal menjadi rugi kerana tidak dapat dijana. Kekayaan akan berlegar sesama orang yang kaya sahaja. Projek-projek perlu diberikan kepada golongan tertentu sahaja dan lebih buruk hanya diberikan kepada kroni. Tidak mustahil apabila ada menyatakan bahawa tempoh lima tahun pemengangan kuasa adalah masa ahli politik mengaut keuntungan peribadi. Lihat sahaja pelbagai salah laku ahli politik dan golongan kelas atasan mengaut dan memonopoli keuntungan dan kekuasaan.

Saya salah?
Sekiranya apa yang saya katakan ini semua adalah saya, sila nyatakan apa yang betul. Sila nyatakan hakikat dan kedudukan sebenar setiap isu yang saya nyatakan. Apa saya nak kesah dengan Akta Hasutan sekiranya hendak mendakwa. Sesungguhnya kehidupan ini sangat kompleks dan penuh penindasan. Akan datang, akan ada kaitan penulisan di blog dengan Akta Hasutan. Bagus juga kalau lagi ramai orang membaca penulisan ini.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
23 Muharram 1432 H.

Monday, December 27, 2010

Tahniah!


Kepada Ibrahim Hani, Mohd Hafizzul Azri Azman, Ahmad Daniel Mohmad Hassan, Nur Ahmad Wafiy Noor Azri dan Norhalis Syafiq Ahmad; Diucapkan tahniah dan takziah atas pemilihan dan tanggungjawab ini. Semoga terus ceria dan komitmen dalam menjalankan amanah. Selamat bertugas kelak!

Salam hormat daripada perbatasan Malaysia.

Sumber.

Nilai 'Demokrasi Malaysia'?

Malaysia jatuh tiga anak tangga kepada kedudukan 71 dalam indeks demokrasi, antara 167 negara di dunia ini, menurut laporan Economist Intelligence Unit yang diumumkan baru-baru ini. Daripada lima kriteria penilaian, Malaysia mengalami penurunan dalam budaya politik dan kebebasan sivil, meskipun meningkat dari segi fungsi kerajaan.

Laporan indeks demokrasi yang dikeluarkan Economist Intelligence Unit ini menunjukkan kemunduran demokrasi di merata dunia dari tahun 2008 hingga 2010. Negara Barat mahupun Timur mengalami impak dari faktor ekonomi, lantas negara diktator semakin sempit ruangnya, malah menunjukkan kecenderungan politik negatif yang semakin nyata berikutan krisis ekonomi.

Pada tahun 2008, Malaysia menduduki tangga ke-68 dengan purata 6.36 mata, menurut penilaian kedua Economist Intelligence Unit. Dua tahun selepas itu, mata purata yang dipungut Malaysia menurun 0.15 kepada 6.19, membawa negara kita ke tangga 71.

Lima kategori yang dinilai termasuk proses pilihan raya dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan politik, budaya politik dan kebebasan sivil. Malaysia mengekalkan prestasi dalam kategori proses pilihan raya dan pluralisme (6.5) dan penyertaan politik (5.56).

Bagaimanapun, prestasi Malaysia meningkat dalam kategori Fungsi Kerajaan, melonjak dari 6.07 pada tahun 2008 kepada 6.79 pada tahun 2010. Tetapi, Malaysia jatuh dari segi budaya politik, 7.5 pada tahun 2008 kepada 6.25 pada tahun 2010. Kebebasan sivil juga memperlihatkan penurunan 0.3, dari 6.18 tahun 2008 kepada 5.88 pada tahun 2010.

Kebebasan media: Malaysia berundur

Apa yang menarik, laporan Economist Intelligence Unit menunjukkan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada 36 buah negara yang berundur langkah dari segi kebebasan media. Hanya empat buah negara Asia tersenarai dalam kategori ini, iaitu Fiji, Sri Lanka dan Thailand, selain Malaysia.

Laporan menjelaskan faktor yang menjurus kepada pengunduran dari segi kebebasan media – banyak kerajaan yang merasakan dirinya tergugat akibat krisis kewangan tahun 2008, lantas mengetatkan kawalan media dan menyekat kebebasan bersuara. Pada masa yang sama, kadar penggangguran yang meningkat pula menjuruskan sikap pengamal media untuk ‘lebih berwaspada’, supaya tidak kehilangan kerjayanya.

Tidak dinafikan juga bahawa trend pemusatan pemilikan media semakin ketara, dan membawa impak negatif kepada kemajmukan dan kebebasan bersuara. Pada masa yang sama, negara diktator yang semakin kuat akan menyekat dan menekan media yang bebas. Lebih ketara, serangan terhadap pengamal media bebas juga semakin meningkat.

Negara Eropah Utara berada di depan

Negara yang tinggi indeks demokrasinya kebanyakannya tertumpu di Eropah Utara, dengan Norway pada kedudukan tertinggi, disusuli Iceland, Denmark dan Swedan. Negara lain yang berada dalam kedudukan 10 tertinggi di dunia termasuklah New Zealand (5), Australia (6), Finland (7), Switzerland (8), Kanada (9) dan Netherlands (10). Negara demokrasi terbesar kononnya, Amerika Syarikat berada pada tangga ke-17.

Antara negara Asia pula, Korea Selatan berada pada kedudukan tertinggi, iaitu ke-20, diikuti Jepun (22) dan Taiwan (36), yang juga jatuh tiga anak tangga seperti Malaysia. Di negara Asia Tenggara pula, Timor-Leste berada pada kedudukan tertinggi, meningkat lima tingkat dari 47 pada tahun 2008 kepada 42 pada tahun 2010.

Jika dibandingkan dengan negara jiran Malaysia pula, Thailand jatuh dari kedudukan 54 kepada 57, Indonesia pula meningkat secara mendadak dari 69 kepada 60; sementara Filipina melonjak dari 77 kepada 74, ketinggalan tiga anak tangga berbanding Malaysia. Singapura kekal pada kedudukan 82, dan tidak mengalami sebarang naik turun dalam setiap kategori yang dinilai.

Pengunduran demokrasi

Menurut laporan Economist Intelligence Unit, gelombang demokrasi global ketiga yang bermula sejak tahun 1974 mencapai kemuncaknya ketika runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Namun demikian, 167 buah negara di merata dunia mengalami democracy recession, yang dikatakan Larry Diamond dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Kini, situasi di seluruh dunia digambarkan sebagai “democracy retreat”, malah laporan mendakwa krisis kewangan tahun 2008 menonjolkan lagi trend politik yang sudah begitu negatif pada asalnya.

Menurut perhitungan Economist Intelligence Unit, hanya 26 buah negara dianggap negara demokrasi yang sebenar, daripada 167 buah negara. Populasinya hanya 12.3% daripada populasi dunia. Terdapat 53 negara yang demokrasi tempang, dengan nisbah populasi 37.2%. 33 negara berada dalam keadaan campuran dengan nisbah populasi 14% dan 55 negara diktator, dengan populasi 36.5%.

Seandainya negara yang mengalami ketempangan dalam demokrasinya disenarai dalam kategori ‘negara demokrasi’, maka hampir 50% populasi dunia masih berada dalam zon demokrasi. Namun, terdapat 2.5 bilion orang penduduk, iaitu lebih daripada satu pertiga umat bumi yang masih berada di bawah kuku besi diktator-sememangnya, negara China memberi sumbangan yang tidak kurang dalam hal ini.

Merdeka Review

Sumber.

*Ada benarnya kerana apabila kita melihat sejak zaman Perdana Menteri Malaysia keenam memegang tampuk pemerintahan, kelihatan meningkat fungsi kerajaan yang kecil-kecil. Fungsi yang sudah sememangnya sesebuah kerajaan mahupun pemerintah melaksanakan tugas mereka. Dalam erti kata lain, "Tak perlu bagitahu, perlu faham-faham sendiri apabila mempunyai kuasa terhadap keperluan rakyat".

Tetapi pada saya, masih terdapat beberapa isu dan komitmen daripada kerajaan yang tidak diambil berat dan dipandang sebelah mata. Wallahu a'lam.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
21 Muharram 1432 H.

Wednesday, December 22, 2010

Analisis

Salam sejahtera.

Di dalam RTM, selepas slot berita pagi akan ada slot analisis. Slot analisis yang dibuat sendiri oleh wartawan atau pemberita atau yang diberi tugas untuk membuat analisis. Saya melihat analisis yang ditayangkan kepada masyarakat kebanyakan ini, dalam kekerapan yang tinggi merupakan satu analisis yang kurang nilai, fakta, nilai integriti dan sikap demokrasi.

Seharusnya analisis perlulah diberikan kepada orang yang dalam 'bidang' tersebut. Contohnya yang mempunyai latarbelakang pengajian dalam jurusan Sains Politik, Hubungan Antarabangsa, Sains Sosial dan sebagainya. Pemberi analisis perlulah berkata melalui ilmu akademik dan nilai integriti yang tinggi bagi memastikan analisis yang diberi dapat digunapakai oleh mesyarakat dengan adil.

Analisis yang dibuat tidak seharusnya hanya dalam bentuk prejudis atau penuh propaganda negatif. Hilangnya elemen demokrasi apabila analisis yang dibuat hanya memberikan gambaran buruk kepada pihak pembangkang (dalam konteks politik) tanpa memberi ruang yang sebetulnya menyalurkan kebenaran. Analisis yang diberikan hanya lebih dalam bentuk persoalan negatif. Secara tidak langsung memeberikan gambaran buruk melalui pemikiran masyarakat dalam memberikan jawapan terhadap persoalan tersebut.

Stesen tv kerajaan ini (RTM) seharusnya bertindak lebih matang dan efisten dalam memberikan maklumat yang benar dan adil kepada msyarakat. Ketikamana pemimpin kerajaan kononnya melaungkan slogan integriti, persamaan dan semangat 1 Malaysia, namun apa yang dikesali adalah saluran-saluran ini tidak menggambarkan dasar, polisi dan konsep yang dibawa oleh kerajaan sendiri.

Apabila dikatakan adanya semangat 1 Malaysia, ia seharusnya lebih bersifat sejagat dan bukan hanya polemik politik semata. Amat menyedihkan apabila seolah sifat dalam dua muka ini dijadikan amalan pihak kerajaan terutamanya saluran media perdana. Demokrasi yang wujud tidak adil kerana suara rakyat tidak dipaparkan dengan seimbang dan saksama. Malah berita yang berkaitan dengan rakyat untuk rakyat juga tidak disalurkan dengan lengkap dan penuh etika. Rakyat secara umumnya dinafikan hak dan kebebasan.

Lebih-lebih lagi apabila kehangatan pilihanraya umum kali ke-13 semakin terasa dengan anggaran akan diadakan pada bulan Mac atau April tahun 2011. Maka analisis yang dibuat lebih menjurus kepada politik dengan memberi berita dan maklumat yang tidak seimbang dan adil kepada semua pihak dan lapisan masyarakat. Walaupun ada golongan masyarakat yang mempunyai ideologi politik yang berlainan, namun ideologi tersebut perlu juga mendapat tempat di dalam media secara adil. Ini kerana ia juga merupakan hak rakyat atau masyarakat.

Jika diteliti oleh mereka yang mempunyai pemikiran yang matang, rasional dan beretika, pastinya tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak adil dan berat sebalah. Sikap ini seharusnya ditanamkan ke dalam jiwa diri sendiri oleh diri sendiri atas dasar kefahaman sosial dan kesedaran sivil. Perimbangan sewajarnya perlu dilakukan dengan bijak agar pemikiran kita tidak diselaputi nilai negatif bagi memastikan keharmonian negara terjamin.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
16 Muharram 1432 H.

Tuesday, December 21, 2010

Masa Untuk Berubah?: Buku Jingga Garis Program Pakatan Perintah Negara

KUALA LUMPUR, 20 Dis - Pakatan Rakyat (PR) mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam PR itu dikeluarkan melalui Konvensyen Ke-2 PR di Pulau Pinang pada 19 Disember dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka.

Kerangka pertama digariskan dalam buku itu ialah demokrasi yang telus dan tulen untukmemperkasakan ketuanan rakyat.

Kedua, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk mem jana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

Ketiga, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.

Keempat, Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

"Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman," kata buku tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Preiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Selain itu tiga perkara pertama diangkat dalam dasar bersama PR meliputi komitmen mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Diikuti pula dengan Komitmen mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

Dan seterusnya Komitmen memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Program 100 hari memerintah
Buku tersebut turut mengariskan program 100 hari PR yang dilihat sebagai rancangan jangka pendek selepas berjaya mentadbir negara yang disebut sebagai permulaan kepada reformasi iaitu:

* Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
* Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
* Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
* Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
* Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
* Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
* Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
* Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
* Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat
Selain itu buku itu juga menyebut bidang-bidang yang akan diberi tumpuan khusus PR dalam usaha menterjemahkan dasar bersama ialah membebaskan institusi Negara, mewujudkan kemakmuran Melalui Pengagihan ekonomi yang adil dan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat.

Dalam usaha membebaskan institusi negara PR akan meneruskan konsep pentadbiran yang kompeten, bertanggungjawab dan telus seperti yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat; sebagai gambaran sebuah pentadbiran yang membebaskan institusi-institusi negara dari cengkaman campur tangan politik.

PR juga akan mewujudkan Council of Experts dalam isu-isu utama negara seperti ekonomi, politik dan sosial untuk merangka dan mengemaskini dasar sedia ada agar bertepatan dan mujarab menangani kemelut negara dan masyarakat.

Seterusnya memperkukuhkan Jawakatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat yang memantau fungsi dan keberkesanan Kementerian-kementerian, dengan penerbitan laporan Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat setiap enam bulan sekali.

Dan akhirnya memperhebatkan proses pendidikan politik melibatkan golongan sasaran yang lebih besar mengenai peri penting keutuhan institusi-institusi negara yang berintegriti; dengan kerjasama NGO dan masyarakat sivil/madani disamping istiqamah dalam kempen dan gerak kerja politik untuk memberi tekanan kepada pentadbiran sedia ada agar membebaskan institusi-institusi negara dari campur tangan politik.

Pendapatan isi rumah RM4000 sebulan
Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil, PR akan menukar aliran pemikiran rakyat supaya beralih dari tumpuan kepada persoalan ekuiti yang sering ditimbulkan lawan kepada langkah-langkah khusus meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat.

Dalam masa yang sama PR akan membongkarkan penyelewengan harta rakyat atas nama menjaga hak Melayu/Bumiputra termasuklah skandal kehilangan RM52 bilion saham yang diperuntukan kepada golongan elit dan kroni pemerintah atas nama Melayu/Bumiputra serta meneruskan skim bantuan terus kepada rakyat tanpa diskriminasi.

PR juga akan mempertahankan hak rakyat untuk mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi minyak dan barangan keperluan asas selain membela golongan termiskin berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500 tanpa mengira kaum dengan mensasarkan matlamat menjamin pendapatan isi rumah minima RM4,000 setiap keluarga dalam tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat berkuasa.

Dalam aspek pengagihan ekonomi yang adil itu, PR juga menjamin kelangsungan bekalan makanan negara pada harga yang tidak membebankan negara dengan langkah-langkah drastik dalam tempoh dua tahun memerintah di peringkat persekutuan untuk mengurangkan pergantungan kepada import makanan.

Air dan rawatan percuma
Bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Buku Jingga itu menyebut PR akan menyempurnakan pengambilalihan pengurusan industri air di Lembah Klang demi menjamin tarif air yang berpatutan untuk rakyat dan meneruskan Skim Air Percuma yang telah dinikmati rakyat serta menjamin tidak ada penswastaan sektor kesihatan bagi memastikan khidmat kesihatan yang bermutu dan percuma dapat terus disediakan kepada rakyat terbanyak.

Perkara lain yang turut digariskan di bawah program untuk meningkatkan pendapatan boleh gunarakyat ialah:

* Mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara sebagai badan induk yang mengawal, membangunkan dan mengurustadbir skim pembangunan rumah rakyat untuk menjamin setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang selesa pada harga yang berpatutan dengan pendapatan mereka.
* Menyelesaikan kes-kes projek perumahan terbengkalai yang menekan rakyat dengan apa jua kaedah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada kadar yang segera.
* Meneruskan dan meningkatkan skim mikrokredit yang diperkenalkan untuk memberi bantuan khusus kepada golongan termiskin melonjakkan kedudukan ekonomi mereka, melalui bantuan kewangan, latihan dan pemantauan. Setakat ini, RM70 juta telah diperuntukkan untuk skim mikrokredit di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Sumber.

*Inginku perkongsi puisi ini untuk tatapan kita semua.

Didera kemelut liar peristiwa nyilu itu,
sungguh, tak lagi sedamai sufi qalbumu,
aku sendiri pun terasa paling berdosa
menilai perjuangan dengan dacing salah;
wajarlah jika dicabari kejangkalannya.
Tapi, sekerlip berubah gelombang tabii;
ribuan remaja di depanku generasi berani,
mungkin lambat mengenali inti demokrasi,
tapi cepat menyedari erti maruah diri.
Kerana menghadapi pencabar yang berang,
tangan yang kukuh, taring yang garang,
semenjak itu makin yakin mereka berdiri
dalam ribut, celah petir, sisi puisi;
nyaring menjetirkan: "Hidup reformasi!"

Petikan dari Jeritan Senja September, Suara dari Dinding Dewan 2003 karya A. Samad Said.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
15 Muharram 1432 H.

Monday, December 20, 2010

Amalan Baca al-Quran Bantu Rawat Masalah Emosi


Oleh Mohd Rizal Azman Rifin
Kitab suci mukjizat teragung perkukuh kekuatan dalaman, berikan ketenangan jiwa

KEHIDUPAN di dunia ini sentiasa silih berganti antara kebahagiaan dan penderitaan. Ketika ditimpa kesusahan, jiwa menjadi gelisah dan murung kerana memikirkan permasalahan dihadapi.

Kata Ibnu Mas’ud, bagi setiap kegembiraan ada kesedihan dan tidak ada satu tempat pun yang dipenuhi kesenangan kecuali tempat itu juga diisi oleh kesedihan.

Biasanya kita akan berehat atau melakukan sesuatu aktiviti bagi mengatasi masalah emosi. Sebenarnya ubat paling mujarab ialah membaca al-Quran, iaitu amalan yang semakin ditinggalkan kecuali apabila tiba Ramadan.

Selain mendapat pahala, membaca al-Quran adalah mukjizat agung dalam membaik pulih kegelisahan jiwa dan mengatasi kemurungan hidup.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” (Surah al-Israa’: 82).

Firman Allah lagi bermaksud: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus: 57).

Membaca al-Quran selain satu ibadat, juga boleh menjadi ubat atau terapi mengubati jiwa yang gelisah, gundah atau ketika fikiran berserabut.

Diriwayatkan, ada seorang lelaki datang menemui Abdullah bin Mas’ud untuk meminta nasihatnya kerana lelaki itu sedang berserabut dan jiwanya resah gelisah. Abdullah kemudian menasihatkan lelaki itu: “Pergilah kamu ke tempat orang yang membaca al-Quran dan mendengar baik-baik orang membacanya. Kamu juga boleh membacanya sendiri.”

Selepas itu, lelaki berkenaan pulang dan mengamalkan pembacaan al-Quran seperti dinasihatkan Abdullah bin Mas’ud. Lelaki itu berasa jiwanya cukup tenang dan amat tenteram. Fikirannya tidak lagi berserabut memikirkan masalah dunia.

Sebenarnya bukan lelaki itu saja membaca al-Quran berasa tenang dan aman, tetapi semua orang yang membacanya dengan hati khusyuk ditambah pula memahami akan maknanya akan mampu merasai kemanisan iman. Begitulah hebatnya mukjizat al-Quran.

Membaca al-Quran adalah satu cara mengingati Allah. Orang yang sentiasa mengingati Allah dalam apa situasi sudah pasti jiwa berada dalam keamanan dan tenteram.

Firman Allah bermaksud: “Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d: 28).

Oleh itu, jadikan membaca al-Quran sebagai gaya hidup dan jangan membacanya tatkala ditimpa masalah saja. Kesungguhan membaca al-Quran akan memantapkan rohani dan menjernihkan hati. Ingatlah Allah pada waktu lapang, tentu Allah akan ingat dan bantu kita ketika susah.

Allah membekalkan mukjizat teragung al-Quran sebagai rahmat dan mereka yang membaca atau mendengar bacaan ayat suci itu akan diberikan Allah kekuatan dalaman. Amalan membaca al-Quran diakui metodologi sempurna dalam mengubat penyakit jiwa atau psikoterapi.

Segala gangguan jiwa seperti kemurungan, fikiran berserabut dan cepat panik dapat diatasi dengan membaca al-Quran. Lebih lama kita membacanya, jiwa menjadi semakin aman tenteram. Inilah rahmat kurniaan Allah.

Antara bacaan ayat al-Quran yang dijadikan sebagai penyembuh jiwa ialah surah Yasin. Syeikh Mohd Alawi Al-Malik mengatakan, surah Yasin banyak kelebihannya kerana menurut Rasulullah, surah Yasin adalah hati al-Quran.

Sahabat Rasulullah, Abu Hurairah ada berpesan: “Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran dan akan banyaklah kebajikan dalam rumah itu dan akan datanglah para malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran, akan mendatangkan kesempitan kepada penghuninya. Di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu.”

Membina kehidupan bahagia menjadi impian semua. Justeru, satu cara terbaik memantap jiwa dan hati menghadapi masalah hidup ialah dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran.


Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
14 Muharram 1432 H.

Saturday, December 18, 2010

Penjajahan Yang Berterusan

Salam sejahtera dan selamat pagi.

Kesyukuran kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad SAW.

Hari Ini Hari Sabtu
Seketika saya membuka televisyen pada pagi ini. Menontot tv menjadi satu tabiat juga kadang-kadang kerana ingin mengetahui berita maklumat terkini. Kadang-karang pula mendengar radio. Disebabkan hari ini hari cuti, maka siarannya tidaklah seperti hari biasa. Di hari cuti siaran lebih berbentuk hiburan dan santai bersempena cuti minggu.

Sekiranya mahu mengetahui berita mutakhir melalui tv, TV1 dan TV2 bukanlah menjadi pilihan saya. Walaupun TV3 lebih kurang sama dengan TV1 serta TV2, namun ada 'sekelumit' kebebasan dan hak media yang sebanar. Saya tidak mampu melihat berita saluran perdana kerajaan hari ini kerana banyak berita yang disiarkan berat sebelah, tiada kebebasan media, mengampu dan tidak demokratik. Juga nilai integriti kurang.



Bila membuka TV3, tiada berita jam tujuh kerana pada hari ini hari cuti. Di TV3, siaran pada jam tujuh pagi dimulakan dengan kartun. Berita bermula jam 7:30 pagi. Kartun-kartun lama terbitan Walt Disney. Saya hairan, mengapa kartun-kartun ini diulang-tayang berulang kali. Sekiranya tidak pun, mengapa seringkali kartun Walt Disney yang menjadi pilihan siaran TV3? Jika tidak menjadi pilihan utama pun, adakah sudah tiada kartun-kartun Malaysia yang boleh ditayangkan?



Siaran Yang Mendidik

Semasa saya berada di sekolah kebangsaan, tabiat kanak-kanak suka menonton tv. Kalau hendak dikatakan 'hantu tv' mungkin ada benarnya. Sehingga kini saya masih teringat, di sekolah rendah apabila balik sekolah kebangsaan perkara utama yang dibuat adalah tengok tv. Sebelum bersiap ke sekolah agama. Antara rancangan pilihan pada waktu itu adalah rancangan tv pendidikan yang dibawa oleh Badan Teknologi Pendidikan.

Banyak pengetahuan atau input baik dan pengajaran yang diketengahkan. Ia bukan berbentuk pengajaran yang terlalu berat, tetapi mampu untuk para pelajar rendah atau menengah menanggapi apa yang disiarkan. Lantas mampu memberi satu bahan tambahan bagi murid dan pelajar memahami pembelajaran di sekolah. (Logo di sebelah adalah logo Badan Teknologi Pendidikan. Saya tidak pasti masih wujudkan ia.)

Selain itu, saya teringat dengan rancangan ABC. Masihkah anda ingat? ABC bermaksud Ana, Bibi dan Ciku. Walaupun teknologi pada waktu itu masih kurang hebat, walaupun rancangannya nampak simple, tetapi ada pengajaran yang diketengahkan. Penggunaan bahasa, nilai-nilai yang ditunjukkan pada saya amat baik. Slot-slot tertentu yang ada dalam rancangan tersebut juga membantu perkembangan pemikiran kanak-kanak sekolah rendah.

Antara lain, pada waktu tersebut juga disiarkan kartun budaya yang berperanan mengenengahkan nilai murni dan pengajaran. Antara contoh ialah kartun Sang Kancil. Sang Kancil dengan Sang Buaya, Sang Monyet, Sang Lembu, Sang Ular dan pelbagai 'sang' lagi. Sang Kancil membawa watak haiwan yang cerdik dan menggunakan kecerdikan tersebut membantu pihak lain. Banyak nilai yang boleh dikutip dan menjadi panduan bagi kanak-kanak. Penggunaan bahasa yang mudah, jelas dan santai mampu menjadikan kanak-kanak mudah memahami pengajaran yang dibawa.

Penjajahan Minda
Pada hari ini, saya sangat hairan mengapa segalanya banyak berubah. Sudahlah rancangan yang mendidik sudah terhapus hampir 75 peratus (dalam perkiraan saya), lebih menyedihkan tiada pengganti dan rancangan hiburan pula yang bertambah berganda-ganda, bertindih-tindih dengan pelbagai variasi dan fenomena. Budaya dan pemikiran hiburan menjalah dengan berkuasa serta berleluasa dalam minda masyarakat, dewasa mahupun kanak-kanak.

Pada hari ini, secara sedar kita akan mendapati bahawa pembentukan minda adalah berasaskan kebada hiburan dan hidonisme. Cuba anda kaji, dalan setaip hari rancangan sesebuah saluran tv, berapa peratuskan ia berunsur maklumat, perkembangan minda dan penjanaan nilai sosial kemasyarakatan. kalau ada pun hanya berbentuk selingat dan slot-slot tertentu sekitar lima ke sepuluh minit. Sebaliknya, lebih 70 peratus hanya berbentuk hiburan. ya, memang tv dikatakan saluran, namun di mana usaha pihak penyiaran dalam menggunakan medium tv ini dalam membentuk nilai dan matlamat modal insan yang sebenar?

Kartun-kartun yang saya katakan tadi (Walt Disney) sudah kita maklumi ianya daripada barat. Juga kita maklumi perlbagai instrumen negatif yang sengaja disiarkan. Kita juga memaklumi bahawa ada agenda atau selitan yang bermatlamat menyebarkan fitnah pemikiran. Andai anda merenung betul-betul terhadap setiap kartun, anda akan mendapati ada jijik yang kita terima tanpa sedar. Tetapi saya tidak menafikan beberapa kebaikan yang ada. Ada antaranya hiburan semata-mata.

Jika anda melihat cerita Beep, dalam setiap siaran hanya ditonjolkan bagaimana si serigala berusaha menangkap si burung unta. Pelbagai usaha negati yang digunakan. Pastinya anda perasan bahawa semua cara yang digunakan tidak baik, menggunakan bom, memukul, menembak, menjerut dan semua cara tersebut untuk 'membunuh'.

Lihat pula cerita Tom and Jerry. Tom seringkali mahu menangkap Jerry kerana ingin memakannya. Manakala Jerry menggunakan kesempatan yang ada membuli Tom. Tom akan menjadi bahan yang sentiasa mendapat malang dan Jerry mendapat keuntungan dan takdir baik sentiasa menyebelahi Jerry. Samalah juga dengan rancangan kucing yang mahu menangkap burung pemeliharaan si nenek tua (saya lupa nama kartun tersebut). Banyakkan nilai yang boleh kita dan kanak-kanak ambil? Sesuaikah nilai tersebut diserapkan ke dalam pemikiran generasi kanak-kanak ini?

Mengapa? Sudah tiadakah kartun Melayu? Lat. Anak-anak sidek, Man Spider dan sebainya. Ke mana perginya pihak yang kononnya memperjuang nilai dan integriti masyarakat? Dahulu, kerap juga saya mendapati di akhbar kononnya ada Multimedia Super Corridor (MSC), pembinaan studio canggih, teknologi terbaru pembinaan animasi negara dan sebaginya. Ke mana semua itu pada hari ini? Ke mana peranan dan penggunaan kemudahan tersebut pada hari ini? Ke mana pula pakar-pakar teknologi dan animasi Malaysia yang gah pada suatu ketika dahulu?

Hakikatnya, semakin malap, sirna dan hilang nilai masyarakat, integriti dan akhlak. Nilai asas setiap agama (kebaikan sejagat) tidak ditonjolkan. Nilai gama Islam pastinya sudah lama diberi tekanan dan tapisan yang sangat melangit. Sebut sahaja Islam, oh tak boleh. Kita kena kaji dulu. Tidak sesuai dengan masyarakat majmuk dan pelbagai alasan lagi. Semua kerana keuntungan peribadi, menjaga poket masing-masing dan memperjuangkan ideologi barat. Orang sebegini adalah perosak bangsa dan agama yang sebenar!

Solusi?
Solusinya apa? Semua orang berperangan. Individu memang berperanan. Namun, sejauh mana peranan saya mampu mengubah? Hanya menulis di blog dan memberitahu sesiapa yang mahu membaca blog ini. Bolehkan saya nak harapkan Kementerian Penerangan Malaysia dan RTM untuk mengubah semua ini? Yakinkah anda bahawa kerajaan hari ini mahu mengubah segala yang menjajah kepada nilai Islam dan ketimuran? Saya rasakan jauh panggang dari api atau mengharapkan bulan jatuh ke tanah. Taubatlah pemerintah mahu lakukan semua ini.

Kembali kepada 'Kepercayaan Kepada Tuhan' pun kerajaan tidak mampu, apatah lagi untuk menjadikan 'Islam Is The Way of Life' atau Islam Adalah Penyelesaian'. Semua wakil rakyat kerajaan pun banyaknya tidak berfikiran Islam yang hakiki, bagaimana mereka boleh mampu membawa Islam di negara ini? Dalam masyarakat yang majmuk ini, etika bangsa dan ketimuran pun tidak menjadi darah daging, maka masih jauh lagi sebenarnya Malaysia untuk mengecapi kemakmuran dari lapisan kulit paling luar sehinggalah isi di dasarnya.

Saya
Ini jugalah sebab saya menulis. Minat menulis. Biarpun tiada orang yang mahu baca. Ini blog saya dan menyatakan apa yang mahu saya nyatakan. Ini adalah hasil pemberontakan jiwa saya terhadap alam sekeliling, apa jua bentuk. Saya tidak mapu menulis di dinding rumah kerana kelak akan dimarahi ibu ayah dan tidak disenangi adik-beradik. Saya tidak mampu menulis di dinding bangunan, di pasaraya, menconteng papan kenyataan kerana kelak digelar vandalisme. Maka saya menulis di blog kesayangan ini, meyatakan isi hati saya.

Saya perlukan perubahan, anda juga, masyarakat juga, negara juga.

Sekian.

Kuala Lumpur,
12 Muharram 1432 H.

Hidup dalam mencari..

Friday, December 17, 2010

Kau, Aku dan Dia

Ketika hati gundah gulana,
Jiwa tidak tenteram,
Perasaan tidak menentu,
Emosi terumbang ambing.

Pemikiran menjadi sabut-berserabut,
Tingkah laku serba tidak kena.

Makan, hilang lazatnya,
Mandi ,hilang segarnya,
Tidur, tidak mengundang segar.

Lantas diri terhuyung-hayang,
Terkeliru antara hitam dan putih,
Memilih gula-gula beracun,
Atau hempedu berubat,
Memilih peria yang pahit,
Atau tebu yang manis.

Istilah hidup seperti layang-layang,
Kau lihat ia di langit angkasa,
Hanya berpadu dengan
Tali itu,
Sahaja.

Lihatlah lelayang itu,
Itulah hati dirimu,
Engkau yang kawalnya,
Semakin tinggi lelayang,
Bagai tinggi itu juga pengharapanmu,
Ketika ia meninggi jangan kau putuskan.

Lihatlah lelayang itu,
Itulah jiwamu, ruhmu,
Penjaga lelayang ibaratkan Pemegang,
Kuasa alam maya ini,
Juga alam hakikat itu,
Jangan sesekali kau cuba putuskan,
Tali dirimu dengan Sang Penguasa,
Sang Pemberi Belas,
Sang Pengawal Rahmat.

Tika dirimu melayang tinggi,
Tiba-tiba guruh,
Datang bertimpa-timpa,
langit kini seolah merekah,
Kilat sambar-menyambar.

Ahhh..
Aku takut, aku takut,
Aku sendirian, keseorangan di petaka ini,
Angin seolah berdengkur, berderuh,
Hujan, tidak lagi air,
Malah batu,
Tika Sang Pengawal tetap memimpin tali itu,
Teguh, kemas dan erat,
Kau haraplah jangan tali itu putus dari tubuhmu,
Jangan!
Sesekali jangan kau berniat memutskannya.

Perlu kau yakin sinaran mentari selepas petaka,
Bayangkan indahnya cahaya itu,
Impikan syahdunya tiupan angin itu,
Burung kembali berkecip,
Tupai kembali melihat langit,
Rerama kini sudi menemani dirimu.

Kini dari atas itu,
Kau lihat betapa cerah dunia ini,
Seluruh alam dijadikan untukmu,
Pembekal untuk ke negeri abadi,
Gemilanglah cahaya rahmat Tuhanmu,
Sang Setia pendamping dirimu,
Tiap saat tiap ketika

Allahu Rabbi..


Kita sering bertanya: Mengapa aku diuji?

Allah menjawab:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kita juga bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Allah menjawab:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216


Kita bertanya lagi: Kenapa ujian untuk diriku seberat ini?

Allah menjawab:
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
- Surah Al-Baqarah ayat 286


Kita bertanya lagi: Kenapa aku sering tertekan, gelisah, gundah-gulana?

Allah dengan kasihNya menjawab:
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139


Kita bertanya: Bagaimana harus aku hadapinya?

Maka, Allah pun menjawab:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”


Kita mengeluh: Aku masih buntu..!!

Allah memahami jiwamu sambil berkata:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45


Kita memberontak, lantas mempersoal: Apa yang aku akan dapat dari semua ini??

Allah menjawab dengan kasih-sayangNya:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…"
- Surah At-Taubah ayat 111


Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?

Allah membalas:

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
- Surah At-Taubah ayat 129


Kita mengeluh: Arrghh!!! Aku tak tahan!!

Lantas Allah menjawab dengan penuh rahmat:
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
- Surah Yusuf ayat 12

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
11 Muharram 1432 H.

Wednesday, December 15, 2010

Ketidakadilan Media



Injustice Media

Salam sejahtera.

Cerita satu: Bulan ini, hangat diperkatakan mengenai pembocoran maklumat yang dilakukan oleh WikiLeaks. Pembocoran yang bukan sahaja melibatkan negara besar Amerika Syarikat, malah berkait-kait dengan negara lain. Itu satu cerita.

Cerita dua: Cerita yang lain pula, WikiLeaks juga mendedahkan beberapa fakta yang berkaitan dengan individu pemimpin tersohor sesebuah negara dan Malaysia tidak terlepas daripada di'cubit' oleh WikiLeaks.

Cerita tiga: Setahu saya ini kali kedua WikiLeaks melakukan pendedahan besar-besaran. Amerika Syarikat mendakwa ia bakal membawa padah dan pandangan serong dunia terhadap polisi negara tersebut. Analogi yang mudah ialah, mengapa pengasas WikiLeaks ini tidak didakwa oleh Amerika atas apa yang telah didedahkan? Ini kemungkinan besar apa yang didedahkan betul.

Cerita empat: Sudah sekian lama beberapa pihak dan Amerika terutamanya cuba mahu 'menangkap' pengasas WikiLeaks ini. Akibat mungkin kerana aturan dan undang-undang antarabangsa yang wujud, sukar bagi mereka menjalankan pendakwaan. Tiba-tiba muncul pula satu tuduhan adanya kes cabul, rogol dan sebaginya yang dilakukan oleh Julian Assange. Saya teringat akan kaedah konspirasi bagaimana pihak tertentu dalam menjatuhkan seseorang yang ternama.

Cerita lima: WikiLeaks seolah telah menjadi satu 'wahyu' baru yang diturunkan oleh 'kerajaan langit'. Pembongkaran demi pembongkaran dilakukan dan sikap Amerika dalam menghadapi kondisi ini menampakkan mereka telah ditelanjangkan atas kesalahan mereka. Mudah bahasa, mereka mengakui. Akhirnya persepsi masyarakat dunia bersetuju dengan WikiLeaks dan mempercayai segala yang dilaporkan adalah benar atas nama 'pendedahan' dan 'pembongkaran'. Seolah "inilah kebenaran sebenar!" Maka di sini wujudlah perbagai persepsi dan peluang.

Cerita enam: Di dalam seminggu kebelakangan ini, media utama Malaysia mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim memang telah melakukan 'sodomi' dan dalam istilah lebih lembut iaitu meliwat. Dibentangnya pelbagai respon dan laporan dalam memperkuat berita 'sodomi' tersebut. Apabila kita membaca dengan teliti setiap laporan pasti kita mampu menanggapi setiap yang tersurat dan tersirat. Di Utusan Malaysia diletakkan di muka utama. Setengah muka paling hadapan!

Cerita tujuh: Tup, tup tidak sampai tiga ke empat hari, rupa-rupanya laporan daripada The Sydney Morning Helard hanya diambil sebahagian sahaja. Hanya kenyataan menganai Anwar Ibrahim yang di'utama'kan. Maka kesinambungan daripada masyarakat mula mengimani akan WikiLeaks, maka peluang ini mampu diambil memperkukuh tali hubungan antara Anwar Ibrahim dan 'sodomi'nya.

Cerita lapan: Hakikatnya, beberapa menteri utama Malaysia yang lain, kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia iaitu Mohd Najib juga disebut di dalam laporan yang sama. Bukan laporan yang berasingan. Mengenai kelemahan kerajaan dalam menangani gejala rasuah, kebobrokan perjalanan kerajaan dan sebagainya. Malah yang lebih patut mendapat kedudukan yang sama tinggi ialah kaitan Mohd Najib dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya.

Cerita sembilan: Mari kita undur kembali beberapa cerita dan babak yang lalu. Dunia mula mengimani WikiLeaks. Kemudian wujud laporan (yang tidak diambil semua) memperkuat bahawa Anwar terlibat dengan sodomi. Dicanangnya habis-habisan. Pelbagai pihak 'kononnya' memberikan ulasan, betapa teruknya Anwar dan masyarakat perlu bijak menilai akan diri Anwar. Menjadilah bahawa Anwar ini perosak dan sudah rosak. Sehari dua kemudian, terdedah pula bahawa Mohd Najib juga disebut bersama dengan kes Altantuya. Bila terdedah maka keluar pula tajuk berita 'Malaysia protes Singapura', 'penilaian tidak menyenangkan terhadap tokoh utama' (Berita Harian, 15 Disember 2010) dan sebaginya. Walaupun berita ini menggambarkan ketidaksenangan Malaysia terhadap Singapura, namun berita tentang Anwar masih ditayangkan. Mengenai Mohd Najib yang sudah sedia dibongkarkan tidak pula dinyatakan walauput sekelumit. Baca sikit.

Tidakkah dengan gambar ini, anda boleh membuat pelbagai tafsiran? Silakan! Biar saya sebut elemen yang ada. Seorang wanita. Cahaya matahari. Sebilah pedang dan. Sebuah dacing yang berat sebelah.

Cerita sepuluh: Inilah dia fenomena ketidakadilan media yang berlaku di negara kita, Malaysia. Perlembagaan yang dibuat diratah oleh orang yang berkepentingan. Ada benar sebuah kata-kata yang pernah saya dengar 'undang-undang dan peraturan itu dibuat untuk dilanggar'. Mari kita lihat sedikit sebagai contoh bagaimana media di negara kita melaporkan berita. *Cuma simbol berwarna kuning yang dugunakan saya tidak berkenan. Apabila ada kaitan Mohd Najib dengan Altantuya, ini pula yang diberitakan. Ini pula berita lain. Mengapa perlu digunakan istilah 'Niat jahat'. Apabila perkataan negatif yang dikeluarkan oleh pemimpin utama kepada lawannya, ianya diambil sebagai berita utama dan diketengahkan. Apabila pihak lawan menggunakan perkataan negatif kepada kerajaan, dikatakan mereka tidak berkahlak, teruk, fitnah dan sebaginya. Terpusingkah kepala otak anda?

Cerita sebelas: Saya menyeru kepada sesiapa jua. Orang potikkah mereka, berpastisankah mereka, orang agamakah mereka, tidak mengiktiraf politikkah mereka, orang yang sedang belajar atau pengajarkah mereka, atau mungkin mereka orang-orang di tengah sawah padi, marilah kita bersama bijak untuk berfikir, mentaksir dan mentafsir setiap berita yang dikeluarkan. Lakukan perbandingan bijaksana, rasional, tanpa emosi (boleh juga kadang-kadang) dan penuh keadilan. Anda perlu buktikan anda bukan orang kampung yang dilabel dengan ketinggalan zaman. Andai orang kampung mempunyai internet, gunakanlah sebagai mencari kebenaran atas penilaian seadil-adilnya. Bukankah anda dulu ke sekolah dan ke universiti? Ini bermakna anda bijak bukan?

Cerita dua belas: Inilah cerita terakhir. Bagaimana bentuk plotnya, anda tentulah sendiri ya. Apa yang penting di dalam cerita terakhir ini ialah, hari ini dinamakan hari "tasu'ah", yang di ambil daripada perkataan sembilan dalam bahasa Arab. hari kesembilan dalam bulan Muharram. Kita digalakkan berpuasa sempena puasa pada keesokan harinya iaitu 10 Muharram. Nabi hanya menggakkan berpuasa. Berpuasa 10 sempena memperingati Nabi Musa diselamatkan oleh Firaun. Puasa 9 pula demi menyalahi orang Yahudi berpuasa tas tujuan yang sama pada 10 Muharram. Namun, ada sedikit manfaat yang kita dapat. Bila orang Yahudi menyatakan mereka berpuasa kerana mengingati nabi mereka Musa AS, Nabi Muhammad SAW kemudiannya dengan tegas menyatakan bahawa kami (uamt Islam) lebih layak dari kamu! (dalam memberi penghormatan dan memperingati kejadian tersebut). Tidak salah ada bebarapa perkara di dalam Islam yang seolah sama dengan agama lain. Mungkin kerana disebabkan pertembungan budaya masyarakat. Namun, contoh yang paling penting ialah kita perlu tetap berdiri menegakkan prinsip kita (agama Islam). Sekiranya mampu, perlu lakukan sesuatu agar identiti yang sama itu dihindarkan dan mewujudkan identiti tertentu untuk Islam. Identiti orang Yahudi puasa pada 10 Muharram, tetapi identiti umat Islam ialah puasa 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram.



Macam best je gambar ni. Tu yang letak. Diambil dari sini.

Sekian cerita untuk hari ini.

Hidup dalam menacri..

Masih di tempat yang sama,
9 Muharram 1432 H.

Setiap Itu

Setiap pentas ada pidatonya,

Setiap hati ada gundahnya,

Setiap masalah ada jawabnya,

Setiap perjuangan ada mehnahnya,

Setiap jiwa ada fungsinya,

Setiap yang hidup ada matinya,

Setiap sedih ada tawanya,

Setiap jalan ada susurnya,

Setiap matlamat ada cita-citanya.



Apa kita fikir tentang diri kita hari ini, itulah kita akan datang.


Percayakan diri kamu,

Yakini kudrat dan takdir kamu.


Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
9 Muharram 1432 H.

Tuesday, December 14, 2010

Kerna Kau Seorang Kawan

Seperi haiwan, manusia juga mempunyai hati dan perasaan. Cumanya manusia berada di kedudukan paling mulia di sisi Allah SWT kerana hati dan perasaannya berlandaskan kepada suatu nilai ketelusan dan keimanan kepada Allah SWT.

Setiap haiwan pastinya mempunyai hati kerana tanpanya haiwan tidak akan dapat hidup. Juga mempunyai perasaan, namun ianya bukanlah beralaskan petunjuk Ilahi. Hanya berbentuk semulajadi sifat keinginan dan fitrah kehaiwanan.

Melepaskan sesuatu yang disayangi bukanlah perkara yang senang dan mudah. Itulah aturan hidup. Namun terbit pula pepatah apabila sanggup melepaskan apa yang disayangi itu merupakan suatu perasaan cinta yang sejati. Aduh, benarkah?

Kemelut perasaan sering terjadi apabila akal dan pemikiran terkesan dengan suasana persekitaran. Apa yang diterima daripada penglihatan, pendengaran, percakapan ataupun deria-deria yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak akan terjadi apabila keyakinan di dalam hati mampu menjana tindak balas positif dalam cara berfikir dan tindakan.

Melepaskan kemelut dan kerunsingan boleh jadi mudah dan boleh jadi sukar. Peringkat kerunsingan dinilai berdasarkan pemikiran mentafsirkan kepentingan subjek yang membawa kerunsingan tersebut ke atas kehidupannya. Semakin besar ianya merasakan subjek tersebut bernialai, semakin runsing kepala otaknya. Semulajadi sifat manusia sukar melepaskan apa yang bernilai buat dirinya. Walaupun 'nilai' ini sebenarnya dikira berdasarkan pemahamannya terhadap kejadian dirinya.

Hati yang gundah gulana sangat buruk hasil tindakannya apabila dipengaruhi emosi tidak terkawal. Maka, pertimbangan kembali nilai bagi subjek yang bernilai tersebut perlu dihayati kembali, difahami dan dimengertikan. Biar ada jawapan. Jangan sekadar penghayatan dan menghayati, tetapi tidak memberi jawapan terhadap pemikiran. Akal tidak mampu memberi isyarat kepada anggota untuk bertindak apabila tidak diketahui keputusan apa yang telah diputuskan agar menjadi method dalam anggota untuk bertindak.

Seringkali kebahagiaan yang dicari apabila kerunsingan dan kemelut melanda jiwa. Kemelut seperti yang dikatakan tadi berasal daripada luaran namun berpunca dari dalam diri sendiri. Berpunca dari bagaimana spiritual, intelektual dan emosi menajwab persoalan kemelut tadi. Jawapan yang bakal memberi kesan kepada fizikal dan sosial. Malah, jawapan tersebut adakah berbentuk subjektif atau objektif juga mempengaruhi kesan fizikal dan sosial tadi.

Konflik diri seringkali terjadi. Baik atau tidak seseorang bukan penentu kepada tiada konflik diri tidak terjadi dalam dirinya. Seorang pentaubat mampu dan menangis akibat mengenangkan dosa-doanya yang lampau. Adakah diampunkan atau sebaliknya. Seorang abid juga mengalirkan air matanya kerana risau adakah amalannya diterima, adakah dia sedar ikhlas atau tidak dia beribadat. Seorang penjahat seringkali takut dan bimbang jahatnya terbongkar dan mungkin-mungkin hidupnya bakal berakhir. Malah seorang yang kurang duit juga menghadapi konflik dengan duit yang secukuonya, apakah makanan yang perlu dibeli. Samada asalkan kenyang walau tidak puas ataukah kepuasan setelah makan. Kenyang cukup dengan nasi yang ditambah, kuah yang banyak dan sebiji telur mata. Puas hanya dengan cucuk udang dua ketul kerana cucur udanglah makanan kegemarannya.

Perlukah memberi dan menerima itu seiringan? Tiada lagi suatu teori tetap atau suatu keputusan muktamad antara keduanya perlu seiringan atau tidak. Namun seolah dunia menyatakan, memberi perlu lebih kerana apa yang terima tidak semuanya di dunia, malah di suatu hari kelak. Juga memberi seolahnya mampu memberikan kelapangan dalam lima elemen S.F.I.E.S. Juga tiada lagi ketetapan alam mengatakan pemberian itu benda yang boleh nampak atau tidak. Sekiranya ada orang yang cuba menetapkan, mungkin perlu dikoreksi kembali cubaan tersebut.

Pertimbangan antara kehendak dan keperluan juga menjadi sebab berlakunya kemelut dan kerunsingan. Apakah perlu itu sebenarnya sekadar hendak atau hendak itu hanya sekadar kemahuan. Adakah mahu tersebut telah benar-baner diselidiki sifat dan keadaannya? Sehingga mampu menilai nilai apa yang dimahukan. Pastinya perlu dan hendak menjadi beza tarafnya dan maknanya kerana beza pula nilainya. Nilai itu pula bagaimana ditafsirkannya?

Bukan luaran yang memberi bahagia. Bahagia sebenarnya lahir dari dalam diri. Seorang jutawan membunuh diri kerana mendakwa hidupnya kosong dan kesunyian. Adakah wang itu yang menyebabkan dia membunuh diri? Tidak! Sesekali tidak! Namun pembunuh sebenarnya ialah dirinya sendiri kerana tidak mampu menggunakan wang mencari kebahagiaan. Seseorang membunuh diri kerana putus cinta. Adakah bekas yang dicintainya yang menyebabkan kematian atau lelaki baru yang dicintai perempuan tersebut? Ataukah istilah cinta yang telah meragut nyawanya? Atau tali gantung yang menjerut di lehernya membunuh diri pembunuh diri? Jawapannya ialah dirinya telah mati sebelum nafas dan darahnya terhenti. Bermula dia mendakwa sudah tiada lagi kebahagiaan di dunia ini, seketikaitu jugalah dirinya telah mati. Sekiranya apa yang didakwa tidak ditukar kepada 'masih ada bahagia untukku' sebelum tali menjerut lehernya.

Kembali kepada Tuhan (Allah SWT) bukanlah suatu kehendak tetapi merupakan keperluan yang paling asas.

Perlukan atau mahukah?

*Berhenti sekiranya berat untuk berhenti. Jangan dipaksa. Kelak apa hasilnya bukan lagi dari diri. (Salah intonasi, salahlah pula maknanya)

(Maaf sekiranya ada kesilapan ejaan kerana penulisan ini sekali harung dan tiada pemeriksaan kembali kesalahan ejaan atau penggunaan tatabahasa. Entri ini tidak sesuai untuk dinilai tahap kebagusan sesebuah penulisan. Saya pernah membaca buku betajuk 'SHIT', namun hanya dipermulaan. Rupanya penulisan tersebut juga merupakan suatu seni).

Hidup dalam mencari..

Di dalam bilik ber'air-cond',
8 Muharram 1432 H.

Monday, December 13, 2010

Peranan Agama Dalam Menangani Masalah Sosial

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam memasakkan buminya dengan gunung-ganang serta mencengkam hamparannya dengan flora pelbagai warna. Menjadikan fauna beranika bentuk dan fungsi. Semua untuk dimanfaatkan oleh manusia selaku khalifah dan pentadbir alam ini secara sah.

Selaut selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad Ibnu Abdullah, datuk kepada Saidina Hasan dan Husin. Sesungguhnya keturunan baginda sehingga ke hari kiamat penyinar di muka bumi ini insya Allah.

Pendahuluan
sejak di Mesir, fikiran saya ligat mempersoalkan suatu perkara iaitu; Pada hari ini, Rukun Negara telah disusun selari setelah berlakunya peristiwa rusuhan 16 Mei 1969. Rukun Negara tersebut ialah:-

Kepercayaan Kepada Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-undang,
Kesopanan dan Kesusilaan.


Apa punca kebejatan sosial yang berlaku d Malaysia hari ini? Salah laku etika, adab dan akhlak bukan hanya di kalangan rakyat, malah pemimpin. Bukan hanya di kalangan masyarakat bandar, malah masyarakat kampung. Bukan sahaja di kalangan golongan bawahan serta kurang pendidikan, malah golongan pertengahan, atasan serta golongan cerdik pandai. Persoalan in terus bermain di kortak fikiran saya sehinggalah tiba di Malaysia. Sekonyong-konyong, apabila mempuka laman sesawang IKIM, saya tertarik dengan seminar yang bertajuk 'Peranan Agam dalam Menangani Masalah Sosial'. Alhamdulillah saya dapat menghadirinya selama dua hari bermula 8 sehingga 9 Disember yang lalu.

Sekiranya ingin dibandingkan antara Rukun Negara dengan Rukun Iman atau Rukun Islam, pasti ianya tidak merupakan suatu kewajipan bagi seluruh umat Islam di dunia mahupun di Malaysia. Walaubagaimanapun, Rukun Negara ini bolehlah dilihat sebagai suatu benteng, panduan dan jatidiri keseluruhan rakyat Malaysia. Dalam konteks sesebuah negara yang berdaulat, Rukun Negara dilihat sebagai suatu keperluan dan tuntutan terhadap rakyatnya agar ianya dihayati, difahami dan diaplikasikan dalam segenap aspek kehidupan di dalam setiap peringkat masyarakat bermula barisan pimpinan sehinggalah rakyat jelata. Tiada seorang yang terlibat walau tinggi mana status dan pangkat mereka kerana mereka tetap warganegara Malaysia.

Antara Kepercayaan, Keyakinan dan Keimanan
Di dalam slot motivasi, seringkali pada penceramah atau fasilitaor akan menyatakan bahawa percaya dan yakin itu suatu perkara yang berbeza. Contoh mudah, seorang raja diuji untuk menyatakan kepercayaan dan keyakinannya terhadap panglima panah negaranya. Suatu hari di tanah lapang, ditunjukkan aksi pemanah tersebut.

Seorang khadam diminta untuk berdiri di dua kaki di hadapan sebatang pokok. Panglima pemanah tersebut berdiri dengan busur beserta anak panahnya sejauh 100 kaki menghadap pokok tersebut. Di atas kepada khadam diletakkan sebuah kotak kecil dan di atas kotak kecil diletakkan sibiji epal. Penamah tersebut diminta untuk memanah epal dengan panahan yang tepat sehingga tidak menjatuhkan kotak yang berada di atas kepala. Maka setelah ditenung, anak panah pun menyusur laju ke arah khadam.

"Wah, hebatnya pemanah aku ini!" bisik raja setelah melihat anak panah berserta epal yang telah tersusuk melekat di batang pokok. Khadam tersebut menggeletar ketakutan. Maka, setelah melihat reaksi raja tersebut, si pemanah bertanya kepada raja "Adakah tuanku memperakui dan percaya akan kehebatan saya?" Lantas raja menjawab "Ya, saya memperakui kehebatan kamu!" Si pemanah membalas, sudikah tuanku menggantikan tempat khadam untuk kali kedua saya memanah epal?" Raja terkejut. "Tidak! Beta tidak mahu! Pastinya beta akan mati sekiranya panah tersebut tidak mengenai epal tetapi tersusuk di muka atau di dada beta".

Si pemanah membalas "Tuanku, ini bermakna tuanku hanya percaya dengan kehebatan patik. Namun, tuanku masih tidak yakin terhadap diri patik. Bagaimana patik mampu memberikan sepenuh jiwa dan raga patik hanya kerana tanah berdaulat ini sedangkan tuanku masih tiada keyakinan sepenuhnya terhadap diri patik?" Maka raja tersentak dan memperakui kesilapannya.

Keimanan pula dengan makna yang mudah dan umum ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Imam kebiasaannya menuntut untuk orang yang beriman menujukkan atau mempersembahkan suatu pembuktian tanda iman yang berada didalam diri seseorang. Ini sangat berkait rapat denganjatidiri seorang muslim. Maka, istilah 'kepercayaan' di dalam Rukun Negara yang pertama merupakan serendah-rendah darjat dalam memperakui elemen Ke'tuhan'an tersebut. Maka apabila ditafsirkan Rukun Iman dengan menggunakan istilah 'percaya' apada saya ia kurang tepat.

Adanya Tuhan
Prinsip asas ini seolah mensyaratkan bahawa semua warganegara Malaysia perlu beragama dan tiada tempat bagi mereka sekiranya tidak beragama dan tidak mempercayai wujudnya Tuhan (athies). Mereka perlu ada satu panduan beragama dalam menjalani kehidupan seharian. Antara agama utama di Malaysia ialah Islam, Kristian, Budhha, Hindu, Sikh dan politisme/animisme.

Apabila adanya pemikiran memperakui adanya Tuhan, maka mereka secara tidak langsung memperakui adanya kuasa lain yang Maha Hebat yang menguasai alam serta memberikan suatu panduan kehidupan. Perkara yang paling asas ialah kepercayaan mereka akan adanya asas etika kehidupan yang perlu mereka lakukan agar mendapat kebahagiaan hidup serta terhidar daripada malapetaka dan kemarahan Tuhan.

Bagaimana pemikiran setiap penganut agama dalam bagaimana mereka memberi interpretasi terhadap simbol, bilangan, kuasa dan penjelmaan tuhan bukanlah merupakan suatu isu utama. Ini kerana dalam Islam, setiap manusia mempunyai hak dalam beragama (tanpa disertai di sini perbahasan yang mendalam mengenainya). Ini jelas apa yang diterangkan di dalam surah al-Kafirun dan beberapa ayat lain di dalam Al-Quran.

Prinsip Kebaikan
Apabila adanya konsep pemikiran bahawa tuhan itu ada dan wujud, serta ada ajaran yang diberikan oleh tuhan, maka asas semua agama ini adalah menuju kebaikan. Tanpa mempersoal dan diperbincang secara terperinci setiap ajaran agama, semua agama mengarah kepada kehidupan yang bahagia, mengelak kerosakan dan menjauhi perkara yang buruk.

Walaupun di dalam agama Islam terdapatnya hujjah atau penjelasan kukuh yang pelbagai dalam menafikan hakikat kebaikan yang dibawa oleh ajaran agama lain, namun dalam menyeimbangkan antara menjalankan seruan terhadap pengabdian hanya kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa, dengan kebebasan dalam beragama bagi mana-mana manusia, perlu diambil kira. Akhirnya kebaikan itulah sebenarnya fitrah bagi kemanusiaan. Hanyasanya pemikiran dalam memaksudkan tuhan itu berbeza.

Bersambung.. (Siri 2)

Kuala Lumpur,
7 Muharram 1432 H.

Rupa-rupanya Ada Beza

Salam sejahtera.

Saya sebenarnya ingin dan telah melakukan sedikit penelitian terhadap statistik pengunjung blog ini (walaupun sebenarnya tidaklah popular sangat hakikatnya).

Pada awalnya, alamat blog ini tidak diletakkan ke dalam facebook sejak tahun 2007. Makanya pengunjung yang hadir tidaklah banyak. Masih dalam situasi ombak yang tetang dan tidak tinggi.

Setelah saya meletakkan alamat blog ke dalam facebook, ada penambahan pengunjung dan mencapai tahap tertinggi pada bulan Oktober 2010. Kemudian saya membuang pautan blog ini di dalam akaun facebook. Jumlah pengunjung berkurangan secara perlahan-lahan. Selepas itu saya menutup sementara akaun facebook (13 November - 12 Disember) dan jumlah pengunjung jatuh merudum. Sekiranya kebiasaan jumlah pengunjung ketika pautan diletakkan ke dalam facebook, purata setiap hari melebihi 15 pengunjung (anggaran kasar tanpa pengiraan terperinci), tetapi setelah pautan dibuang, jumlah pengunjuang sekitar kurang 7 pengunjung sehari.

Namun sejak dua minggu kebelakangan ini (masih tidak membuka akaun facebook), saya lihat seolah ada pengunjung setia terhadap blog ini. Setiap hari melebihi lima daripada lokasi yang sama. Saya tidak pasti dari mana pautan blog ini dijumpai, namun kepada sesiapa yang kerap mengunjungi blog ini amatlah saya hargai.


'Saya mengaku bahawa antara rangsangan utama untuk saya tetap menulis di dalam blog ini ialah melihat kepada jumlah pengunjungnya'. Bila pengunjung terlalu sedikit, saya kembali kepada niat utama saya menulis blog iaitu "saya mahu menulis". Tidak kisah sekiranya ada yang membaca atau tidak. Namun dengan statistik jumlah pengunjung, secara tidak langsung ada penghargaan dari rakan-rakan maya di luar sana. Ia motivasi untuk saya!

Pada bulan Oktober 2010, jumlah mengunjung tiba-tiba meningkat secara mendadak. Terlalu menegak statistiknya. Saya menyedari bahawa ianya kesan daripada satu entri yang saya masukkan iaitu 'Wanted Muslim Dead or Alive'. Entri ini bukan saya yang buat namun diambil dari web lain. Saya tidak tahu mengapa setelah saya meletakkan entri ini, jumlah pengunjung naik secara mendadak terutamanya daripada Amerika Syarikat. Pernah juga timbul kerisauan, namun tidaklah diambil kisah sangat.

Pada tarikh hari ini, saya telah membuka kembali akaun facebook walaupun keberatan. Ada sesuatu di sebalik facebook ini. (Sebenarnya agak serabut kepada bila ada facebook ini. Lebih buang masa pun ya juga) Namun atas keperluan, perlu juga dibuka untuk kelangsungan sebuah ukhuwah Islam.

Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih!

Hidup salam mencari..

Kuala Lumpur,
7 Muharram 1432 H.

Friday, December 10, 2010

Nasionalisme: Sorotan Fitnah Yang Dibawa

Sesungguhnya pemikiran nasional atau kebangsaan ini telah melekat dengan cukup teguh di dalam pemikiran bangsa arab yang tiada agenda ummah berlandaskan agama Islam. Walaupun kebanyakan negara Arab ini sinonim dengan kepercayaan aqidah Islam, namun Islam yang mereka anuti bukanlah merangkumi keseluruhan aspek kehidupan mereka. Islam hanya ada pada nama, majlis keraian dan perbuatan yang berkaitan dengan ritual keagamaan semata-mata.

Selepas kita melihat kesan nasionalisme yang menjadi penyebab utama kepada kejatuhan khilafah Uthmaniyah, jangan kita lupa bahawa semangat ini jugalah yang memberi penyumbang besar kepada Peperangan Teluk antara Iraq dan Iran. Secara jelasnya kedua negara ini merupakan bangsa Arab yang hidup serumpun, namun mereka berperang dengan jumlah kematian yang tidak sedkit dan memberikan kerugian kepada umat Islam secara langsung.

Pemikiran sosialis dan kebangsaan yang diperjuangkan oleh Saddam menyebabkan segala kebaikannya dilupakan malah dihina oleh kebanyakan umat Islam sehingga kematiannya.

Agama seseorang ayah dan keturunan tidak menjamin sejauhmana agama tersebut diwarisi. Begitulah juga apa yang berlaku. Setiap orang pasti tidak terlepas daripada pengaruh duniawi yang menjerumus kepada kebinasaan. Inilah juga yang berlaku kepada Saddam Hussein yang telah memperjuangkan slogan 'Satu Umat Arab Dengan Satu Perutusan Abadi'. Dua sudut pandangan yang mudah. Andai dipandang daripada sudut bangsa Arab, ia suatu slogan yang bakal membawa kepada perpaduan dan kesatuan bangsa Arab. Namun dari sudut padangan yang lain, ianya jelas menjurus ke arah perpecahan hasil daripada semangat kebangsaan Arab.

Ketika slogan ini dikumandangkan oleh Saddan Hussein, beliau berada di dalam Parti Ba'ath Iraq yang dilabel sebagai sebuah Parti Pekauman Sekular atau Parti Sosialis Sekular. Parti Ba'ath bukan sahaja terdapat di Iraq, malah negara Arab lain seperti Syria. Selain daripada fahaman nasionalisme yang mencengkam kuat pemikiran bangsa Arab, fahaman sosialis juga sebenarnya telah tersebuar dengan luas di kalangan bangsa Arab. Inilah keadaan umat Islam yang telah bercampur pemikiran mereka dengan isme yang merosakkan.

Melalui parti Ba'ath, Saddam mendendangkan semangat nasional kepada bangsa Arab menjadikan beliau sebagai simbol dan idola pejuang bangsa. Melalui media yang memang sudah teruk keadaannya, ia menjadikan bangsa Arab lebih memandang akan bangsa mereka dan kurang mengambil tahu dan peduli dengan saudara mereka yang seagama. Perjuangan bangsa diutamakan berbanding perjuangan agama.

Micheal Aflaq, pengasas nasionalisme Arab. Saya bependapat dia merupakan 'penggerak' kembali nasionalisme setelah permulaan ianya muncul semasa pemerintahan Kamal Attartuk di Turki.

Tulang belakang parti Ba'ath adalah orang Kristian dan mengamalkan fahaman marxisme selain menjadikan sosialis sebagai teori dan aplikasi pemerintahan. Jika dilihat daripada sudut sejarah, pengasas Parti Ba'ath Iraq ialah Micheal Aflaq dan beliau telah berkahwin dengan anak perempuan Golda Meir yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Ia bukan hanya berkaitan Kristian dan Yahudi semata, namun berkait rapat dengan agenda kristianisasi dan zionisme. Malah Micheal Aflaq merupakan pengasas nasionalisme Arab.

Ini merupakan salah satu contoh bagaimana isme atau ideologi barat ini umumnya memusnahkan Islam dan semangat nasionalisme ini mengahncurkan pemikiran dan perpaduan umat Islam. Walaupun Saddam beragama Islam dan pernah dipandang tinggi sebagai pejuang agama yang berani mempertahankan hak Islam di era 80-an, namun ianya telah mati dari segi jatidirinya apabila menjadikan selain Islam sebagai pegangan dalam diri mahupun pemerintahan. Inilah boneka dan hasil barat yang telah berjaya me'robot'kan seorang Islam untuk menghancurkan agama sendiri.

Perdana Menteri wanita kedua Israel. Dia sama sekali tidak mengiktiraf rakyat Palestin dan tanah air mereka malah menghina dan memperkecilkan mereka sebagai penduduk asal.

Pemerintah Islam yang telah dipengaruhi ini akhirnya membunuh orang Islam sendiri. Apabila Amerika menyerang Iraq pada tahun 2008, tidak mustahil dengan tindakan Iran yang tidak menolong Iraq. Secara tidak sedar fitnah demi fitnah menimpa orang Islam sedunia dalam konteks ini.

Ketika era Saddam, beliau telah mengisytiharkan perang keatas Iran. Sebuah negara Islam mahu berperang dengan negara Islam yang lain. Kemudian pada tahun 1990, giliran Kuwait pula diserang oleh Iraq. Sebelum itu, rakyat Kurdis yang kebanyakannya menetap di Iarq telah dibunuh dengan kejam oleh pemerintahan Saddam dengan melancarkan bom kimia. Anak-anak, wanita dan orang muda serta dewasa mati serta merta setelah menghidu bahan tersebut yang dilancarkan oleh jet pejuang Mirrage.

Bila tiba giliran Iraq diserang, tiada negara Arab yang mahu menolong Iraq. Malah Kuwait dan Arab Saudi sanggup membenarkan Amerika menggunakan perairan dan lapangan terbang sebagai pusat penyerangan terhadap Iraq. Iran hanya mengambil sikap senyap tanpa menyerang kembali pihak Amerika. Ini semua fitnah yang telah berlaku dan terus akan berlaku sekiranya kita terus membenarkan diri dan pemimpin kita menjadi boneka negara dan isme barat.

Saddam telah dijatuhi hukuman mati di tali gantung pada hari pertama Aidiladha di seluruh dunia. Sudahlah Islam dipengaruhi agar memperkosa saudaranya sendiri, lebih teruk diperkosa pula maruah mereka dengan perancangan hukuman Saddam pada hari umat Islam menyambut hari pengorbanan yang penuh kemuliaan.

Inilah fitnah. Isme barat, nasionalisme, sekularisme, liberalisme, kapitalisme, marxisme, athiesme dan metarialisme perlulah kita anggap sebagai kahak hijau yang berada dalam kerongkong kita. Perlulah kita ludah dan buang daripada badan kita dengan penuh kebencian. Kemudian, kita gantikan dengan manisan prinsip Islam yang dijamin serta menjamin kemandirian dan keharmonian sejagat.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
4 Muharram 1432 H.

Tuesday, December 7, 2010

Small Deeds



Ever been on a drive? Inside in your ride
And your looking through the glass, see a car on the side
The engine's broken and the car is smoking
And the dude is shaking cause the heat is baking
Or this cat's (guy) gotta flat, and the spare's all whack
No jack in the back, and no clue where he's at
There ain't no real rush, but you roll right by
Not even asking the guy if he needs a supply
He might be alright, and to pass ain't a sin
But within you feel bad the state that he's in
How hard would it been, just to ask “you ok”?
That might be the deed that you need to succeed
That might be the deed that will so please Allah
That your forgiven the sinning you did when you was living
It's a small little thing, that can cling and just ring
And will bring the blessing from Allah Who's the King
We pass on the deeds cause they seem all small
But it might be the deed that's the best of them all
Mad when see all the passes I took
On these small little deeds I just overlook

Chorus: I just can't believe
Small little deeds that I overlook, can you see?
Little deeds that I overlook, and you read
I read about it in my holy book, it says
Small deeds never overlook

Picking up trash on the path in a flash
Taking glass from the grass, as you pass to your class
A smile goes a mile and is sure worthwhile
When a brother's hostile, and has been for awhile
Put a dollar every day in the sadaqah (charity)
It may be small but you do it for the baraka (blessing)
I know you're saving for the Polo and the Nautica
A poor student but you do it just to please Allah
Things like praying for an ailing brother, under the weather
Obeying yo your lovely mother, it's for the better
Stay and help your baby brother, put on a sweater
Even saying good to one another when you're together
Advice to another sister about a mister
Your wife always go and kiss her, tell her you miss her
At night do quiet dikhr (mentioning God), and pray the witr
Invite a guy who wants to bicker, to share a snicker
Grand plans expand in our small little hands
But we overlook demands that just seem like strands
We get jammed on exams, cause we skip the small things
Small baby deeds come, bring the blessings!

Chorus. Look here.. > Native Deen

Sempena semangat baru 1432 Hijrah.

Hidup dalam mencari..

Turn For Argentina Recognize Palestine

Argentina recognises Palestine

Buenos Aires follows Brazil in recognising a "free and independent state" for the Palestinians.

Argentina has recognised Palestine as a "free and independent state," just days after neighbouring Brazil announced that it would "legitimate aspiration of the Palestinian people for a secure, united, democratic and economically viable state co-existing peacefully with Israel".

Lula was the first-ever Brazilian head of state to visit Palestine and Israel in March this year [AFP]

Hector Timerman, Argentina's foreign minister, said on Monday that the Latin American nation officially recognised Palestine according to its 1967 borders and hopes for peaceful solution to Palestinian-Israeli conflict.

"Argentina has traditionally recognised the right of the Palestinian people to create an independent state just like the Israeli state, to live together in peace with their neighbours with secure and internationally recognised borders," Timerman said.

"With this objective, our country has always supported the international community's initiatives to reach a fair, peaceful and definitive solution to the Palestinian-Israeli conflict."

He said that Cristina Fernandez de Kirchner, the president, had written to Mahmoud Abbas, her Palestinian counterpart, to express her support.

'Regrettable decision'

Echoing its comments in response to Brazil's announcement on Friday, Israel immediately called the decision by Buenos Aires "regrettable".

"With this objective, our country has always supported the international community's initiatives to reach a fair, peaceful and definitive solution to the Palestinian-Israeli conflict," Yigal Palmor, the Israeli foreign ministry spokesman, said.

"If Argentina had wanted to make a real contribution to peace, there are other ways of doing that other than by a purely rhetorical gesture."

US-brokered direct talks between the Israelis and Palestinians have been stalled over Israel's refusal to halt settlement building in the occupied West Bank.

'Joy and enthusiasm'

The Palestinian ambassador in Buenos Aires reacted with "joy and enthusiasm" to Argentina's announcement and said he expected other Latin American countries to follow suit.

Uruguay also announced on Monday that it would recognise a Palestinian state next year.

"Uruguay will surely follow the same path as Argentina in 2011," Roberto Conde, Uruguay's deputy foreign minister, told the AFP news agency.

"We are working towards opening a diplomatic representation in Palestine, most likely in Ramallah," he said.

The three Latin American governments are responding to Abbas' efforts to win UN recognition of a Palestinian state. The Palestinian leadership have said that they will seek unilateral recognition of Palestine if the talks fail.

Timerman said the recognition reflected a general consensus among members of Mercosur, the South American trade bloc.

Argentina, Brazil, Paraguay and Uruguay all make up Mercosur. Venezuela's membership is pending.

Argentina was making the move based on its "deep desire to see a definitive advance in the negotiation process leading to the establishment of a just and durable peace in the Middle East," Timerman said.

Source.

*Rundingan damai yang dianjurkan oleh Amerika terutamanya sering terbantut. Tidak mustahil apabila prinsip yang dipegang oleh HAMAS ialah tiada sebarang rundingan dengan Israel. Cara yang tervaik adalah berperang. Ada betulnya.

Ketika Amerika dan Palestin berusaha ke arah rundingan damai, kabinet Israel dengan bongkaknya telah bersama memutuskan untuk meneruskan pembinaan penempatan. Pelbagai negara memberikan protes terhadap tindakan Israel ini, malah Amerika juga mengecam tindakan Israel ini. Namun, sejauh manakah 'berbisanya' kecaman dan kritikan daripada Amerika dan PBB? Pelbagai isu besar Israel yang jelas melanggari prinsip Konvensyen Geneva tidak diadili dengan saksama. Isu pelarian, pembunuhan beramai-ramai, pembinaan tembok pemisah, serangan terhadap bantuan kemanusiaan dan terkini pembinaan penempatan.

Terkini, ketika Israel berlagak meneruskan pembinaan penempatan telah berlaku kebakaran besar di bandar Haifa, simbol ideologi Baha'iyah sedunia. Kebakaran ini dilaporkan terbesar pernah berlaku di Israel. Ketika ini Israel meminta bantuan dunia dari segi kemudahan memadamkan kebakaran dan kerugian. Allah Maha Adil, perampasan tanah dan kemegahan mereka membina penempatan, lambang keegoan, akhirnya Allah musnahkan 'harta' mereka dalam sekelip mata.

Di saat ini juga, semakin banyak negara yang mahu mengiktiraf negara Palestin. Sesungguhnya fitrah manusia tidak akan besekongkol dalam melakukan kejahatan. Negara yang faham dengan suasana global serta mengkaji dari segi sejarah, pasti akan berani menyatakan hak dan kebenaran. Akan datang giliran Uruguay.

Perlukah kita menyatakan pengiktirafan? Bukankah kita sememangnya sudah mengiktiraf?

Ya, sangat perlu. Inilah dia 'aturcara' politik dan bagaimana suara ini mampu memberi kesan di atas polisi sesebuah kerajaan atau yang berkaitan. Sejarah yang tercoret menggunakan pen penipuan dan kerakusan menyatakan pengiktirafan PBB kepada pembentukan negara Israel pada tahun 1948. Maka, semua cetakan peta di dunia tidak lagi ditulis 'Palestine' tetapi ditulisnya 'Israel'. Apabila negara-negara besar mahupun kecil menyatakan pendirian dan pengiktirafan terhadap negara Palestin, ini merupakan suatu suara yang mampu mengembalikan Palestin akan hak-haknya.

Ke mana perginya suara pemimpin yang menyatakan negara mereka negara Islam?

Menyatakan pengiktirafan merupakan suatu hal. Memberi penegasan terhadap pengiktirafan negara Palestin pula merupakan suatu hal yang lain. Negara-negara Islam ('kononnya'), perlu mengulangi pendirian terhadap pengiktirafan negara Palestin. Lebih-lebih lagi Malaysia apabila dilihat oleh Amerika dan barat sebagai negara Islam yang maju, moderat dan bertoleransi berbanding 'negara Islam' yang lain.

Hakikatnya, adakah pemerintahan Malaysia mengambil berat dengan isu Palestin?

Sekiranya ya, orang pertama yang perlu kehadapan ialah kepimpinan tertinggi negara? Bukankah suara pemimpin negara ini merupakan ikutan dan contoh rakyatnya. Lihat sahaja kesannya apabila Mahathir suatu ketika dahulu menyebut Amerika sebagai proksi Yahudi dan Israel. Kesannya amat besar kepada dunia Arab terutamanya sehingga masih di sebut namanya di sana.

Isu Palestin bukanlah isu bermusim, tetapi isu kemanusiaan, agama dan sejagat yang berterusan perjuangannya. Mengapa media Malaysia seperti sudah bosan menayangkan berita-berita mengenai Palestin? Tetapi lebih menyangkan propaganda yang bersifat politik dan berita berat sebelah kepada rakyat? Rakyat cuba menolong dan berjuang bermati-matian untuk membantu rakyat palestin. Namun, suara pemimpin negara mereka sangatlah perlu sebagai suatu sokongan luar atau dorongan motivasi. Agar mereka merasakan bahawa pemimpin mereka bersama mereka dalam perjungan mengembalikan kedaulatan Palestin. Pemimpin sepatutnya peka dengan negara saudara Islam mereka dan bukannya menunggu demostrasi baru hendak memberi komentar dan penjelasan.

Mahmoud Abbas, Presiden Palestin juga merupakan ketua kepimpinan Fatah menyatakan bahadia beliau tidak akan kembali ke meja rundingan selagi Israel meneruskan pembinaan. Sepatutnya Mahmoud Abbas matang memikirkan situasi ini. Tiada jalan rundingan sebenarnya dengan Israel. Benarlah suara rakyat dan suara perjuangan HAMAS bahawa sememangnya tiada jalan rundingan dengan Israel.

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,

1 Muharram 1432 H.

Sunday, December 5, 2010

Brazil Recognizes Palestinian State

Brazilian President Luiz Inacio Lula da Silva recognized a Palestinian state within the 1967 borders Friday in a public letter addressed to Palestinian Authority Chief Mahmoud Abbas.
According to AFP, the decision came in response to a personal request made by Abbas on November 24, according to the letter published on the foreign ministry’s website.


“Considering that the demand presented by his excellency (Abbas) is just and consistent with the principles upheld by Brazil with regard to the Palestinian issue, Brazil, through this letter, recognizes a Palestinian state on the 1967 borders,” it said.

The letter refers to the “legitimate aspiration of the Palestinian people for a secure, united, democratic and economically viable state coexisting peacefully with Israel.”

The international community backs Palestinian demands for a state in most of the Gaza Strip, the West Bank and East Beit-ul-Moqaddas, all territories occupied by Israel in the 1967 Six Day War.

But the United States and most western governments have held back from recognizing a Palestinian state, saying it should be brought about through a negotiated peace agreement with Israel.

US lawmakers condemned Brazil’s decision to recognize the Palestinian state.
Brazil’s decision “is regrettable and will only serve to undermine peace and security in the Middle East,” charged Representative Ileana Ros-Lehtinen, the top Republican on the House Foreign Affairs Committee.

Ros-Lehtinen, set to chair the panel come January, said “responsible nations” would wait to take such a step until Palestinians return to direct talks with Israel and recognize its “right to exist as a Jewish state.”

Abbas visited Brazil in 2005 and 2009, and Lula made the first ever trip by a Brazilian head of state to Israel and the Palestinian territories in March of this year.

Israel also on Saturday said it was disappointed by Brazil’s decision to recognize a Palestinian state within the 1967 borders, saying it flew in the face of efforts to negotiate a peace deal.
“The government of Israel expresses sadness and disappointment over the decision by the Brazilian President Luiz Inacio Lula da Silva a month before he steps down,” a statement from the Israeli Foreign Ministry said.

“Recognition of a Palestinian state is a breach of the interim agreement which was signed between Israel and the Palestinian Authority in 1995 which said that the issue of the status of the West Bank and Gaza Strip would be discussed and resolved through negotiations,” it said.
Brazil has offered to help mediate Israeli-Palestinian peace talks, which were briefly revived in September before grounding to a halt over the resumption of Israeli settlement building in the occupied territories.

Threatening to Dissolve
Palestinian Authority Chief Mahmoud Abbas raised the prospect on Friday of dissolving the Palestinian Authority if a peace deal could not be achieved with Israel and the world did not recognize a Palestinian state.

In a television interview, Abbas said that if Israel failed to halt settlement building and US-backed peace negotiations broke down, he would press for an end to the limited Palestinian self-rule in occupied territory, Reuters reported.

“I cannot accept to remain the president of an authority that doesn’t exist,” Abbas said, referring to Israel’s continued occupation of the West Bank.

Pressed by his questioner if he meant he would dissolve the Palestinian Authority, he replied: “I am telling them so. I say to them welcome ... you are occupiers. You are here, stay here, I cannot accept the situation will remain as is.”

The Palestinian Authority was established after an interim peace deal with Israel in 1993 gave Palestinians limited autonomy in the West Bank, territory Israel captured in the 1967 Middle East war and where Palestinians want to establish a state.


Palestinian officials have express increasing frustration with the stalemate in the Washington-sponsored talks with Israel, which reached an impasse shortly after they resumed in September over the issue of Jewish settlements.

Abbas reiterated a Palestinian demand to halt Jewish settlement building, which Palestinians say deprives them of land for a viable state.

Israel has refused to stop the construction, saying the borders of a state must be negotiated alongside security issues, and sees the demand as an attempt to set preconditions for peace talks.

Source.

Bagaimana pula dengan para pemimpin tertinggi Malaysia dalam menyatakan secara tegas akan pengiktirafan terhadap negara Palestin?

Hidup dalam mencari..

Kuala Lumpur,
28 Zulhijjah 1431 H.