Perlunya Tarbiyah Anak-anak

Assalamualaikum wbt.

Waktu berbaki lebih kurang lima jam sebelum peperiksaan tahriri terakhir bagi madah Hadith. Periksa-periksa juga, tapi rasa nak berkongsi apa yang terjadi tadi..

Sambil menunggu iqamah untuk mendirikan solat subuh, tiba-tibah masuklah dua orang budak. Baiasa juga mereka ini datang ke surau sebelah rumah ni. Rumah yang diduduki bertentangan dengan rumah sewa saya. Namun, saya tidak pasti adakah itu memang rumah meraka atau saudara. Keduanya tidaklah kelihatan seperti adik-beradik, tapi besar kemungkinan mereka ini sepupu. Seorang kurus sikit, seorang lagi nampak sepeti 'cool' je...

Masuk-masuk yang kurus sikit ni terus solat sunat. Mungkin qabliah subuh atau sunat tahiyyatul masjid. Seorang lagi mengikutinya. Kedua-duanya solat sunat. Tidak sampai lima saat, bapa saudara mereka barangkali masuk juga ke dalam masjid dan solat sunat dua rakaat. Yang kurus ni nampak khuyuk dalam solat walaupun hanya berseluar paras atas lutut.

Habis solat, tiba-tiba mereka ni berdiri. Erm, apa lagi diorang ni, bisik hati saya. Jalan ke bahagian hadapan, ingatkan nak iqamah atau nak jadi imam. Rupa-rupanya pergi ke rak al-Quran, ambil al-Quran seorang satu. Mereka ni mahu membaca al-Quran. Tindakan lebih banyak dimulakan oleh budak yang kurus dan diekori tindakan budak yang cool tadi.

Sambil-sambil mereka di membelek mencari muka yang mahu dibaca, seorang yang 'cool' ni mula menampakkan sikapnya yang 'cool' dan 'slamber'nya. Sedap je korek hidung. Lama pulak tu. Silih berganti tangan dan jari. Nak tergelak je. Dalam hati saya memang sudah gelak kuat barangkali, tapi hanya perlu zahir senyuman sahaja. Tidak beradab pulak saya tergelak dalam surau atau masjid tu..

Pakcik yang memakai speck mata dan sedikit berjambang telah lama menunggu. Akhirnya dia pun iqamah untuk menunaikan solat subuh. Bapa saudara kedua budak ini tadi yang dalam lingkungan 30 tahun mengangkat takbiratul ihram. Seusai sahaja mengangkat takbir, terdengar bunyi ketawa, gelak, suara berbisik dan macam-macam lagi. Pastinya mereka berdua tadi!!

Sejak awal solat sehinggalah beri salam, tak putus-putus suara mereka ni. Sedang solatkan, tidak ada yang menegur mereka. Dalam hati ni, sudah hilang sedikit kekhusyukan.

Selesai je solat, senyap. Terhenti terus suara mereka. Dalam hati dah berkata, "Bagus betul budak-budak ni, memang bijak dan bagus!!" Masa solat buat bising, selesai solat, senyap. Buat muka baik. Geram pun ada. Depan pakcik sendiri la katakan. Takut kena marah mungkin. Sedang orang berzikir dan beristighfar selepas solat, budak yang 'cool' ni membenarkan lagi tentang perangainya. Selamba je 'dok' bahagian depan, menghadap kami (makmum) sambil korek hidung. Aduh, bagus betul. Silih berganti jemarinya dan tangannya. Saya memang sudah tak tahan nak pandang lebih lama. Nanti tak pasal-pasal terlepas gelak pulak. Memang tak pandang mereka ni, tak boleh tahan nak tergelak. Memang normal la pada saya. Semasa orang solat boleh la buat bising sebab semua tengah solat. Tapi selesai solat, mahu uga buat bising, 'cari nahas' namanya tu. Mungkin juga mereka ni balik rumah nanti kene 'cubit' peha ataupun kena 'piat' di telinga oleh bapa saudara mereka tadi.

Kemudian, mereka bingkas bangun untuk mengambil kembali al-Quran untuk dibaca. Saya pula setelah selesai berdoa, bingkas bangun, balik ke rumah dan terus tulis entri ini.

Apa yang saya fikir ialah, pertama sejak awal lagi masyarakat di sini (yang memahami agama) sudah mendidik anak-anak mereka untuk mengamalkan solat sunat rawatib. Memang bagus. Kedua, mengajar untuk melazimi membaca al-Quran dan menghafalnya (kemungkinan kebetulan musim cuti sekolah telah tiba). Ketiga, sejak kecil telah dididik untuk datang solat berjemaah di masjid. Keempat, diajar untuk hormat. Habis solat je, mereka ini salam kami. Tapi yang hairannya, kami (dua lagi sahabat saya) sahaja yang mereka salam. Pakcik yang iqamah sebelum solat tadi dan bapa saudara mereka, tidak pula mereka salam.

Apa-apa pun, ia membuat saya berfikir tentang tarbiyah anak-anak san saya teringat buku yang ditulis oleh seseorang yang masyhur. Masyhur dengan penulisan berbentuk ilmiah dan tarbiyah iaitu Dr. Abdullah Nasih Ulwan yang bertajuk 'Tarbiyah Anak-anak'. Semalam pun saya baru sahaja bersembang dengan seorang sahabat tentang tarbiyah anak-anak.

Sekadar hiasan.

*Setakat ini dahulu untuk salam pagi, kembali mengulangkaji untuk peperiksaan beberapa jam sahaja lagi. Pelu segera mengulangkaji!

Hidup dalam mencari...

Comments

Balqis said…
Salam.

Erk, kamu salam dengan mereka? Er, dia dah basuh tangan atau belum? Hehe...

Bagus ikut solat jemaah. Umur dalam lingkungan berapa mereka ini? Mengapa tidak ikut solat sekali?

Abdullah Ulwan Nasih ya. InsyaAllah akan cari selepas ini.

Bittaufeeq wannajah untuk imtihan!
al-hakim said…
Erm, salam aje. Tak terfikir la pula sudah basuh tangan ke belum. Anggap ianya kering sahaja, hehe..

Umur mereka lingkungan 4-5 tahun. Lupa nak terangkan bersama entri. Mereka ikut solat bersama, tapi tahu-tahulah solatnya bagaimana. Masa berdiri mereka sujud, masa ruku' mereka duduk. Begitulah.. (Main-main yang banyaknya)

Carilah, di Malaysia sudah lama dijual terjemahannya. Baik untuk menambahkan ilmu. Abdullah Nasih Ulwan namanya. Banyak karangan beliau. Carilah..

Pastinya cerita mengenai anak-anak orang Islam di sana juga manarik bukan..? Ceritalah bila ada peluang.

Syukran, semoga dimakbulkan..