Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.
Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.
Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.
Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.
Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.
2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN
* Walaupun saya memang langsung tidak mengenali saudara Ammar, tapi apabila mendengar berita kematiannya, terasa benar-benar pilu dan sedih. Bagaimana rasanya apabila seseorang rakan yang sangat rapat dengan kita, senang susah bersama, sedih dan gembira bersama, meninggalkan kita. Meninggalkan sahaba-sahabat yang lain. Pastinya, tiada kata yang terucap. Kenangilah dan berbaktilah sebaik mungkin dengan sahabat-sahabat kita selagi mereka masih berada di sisi kita. Benar-benar pilu apabila ada rakan yang meletakkaan lagu 'Kau Sahabat Kau Teman' daripada kumpulan Hijjaz di blognya.
Salam Takziah kepada ahli keluarga Ammar dan seluruh sahabat yang mengenalinya.
Al-Fatihah...
skip to main |
skip to sidebar
Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
-Hamka-
“Sebaik-baik pemimpin adalah yang mampu mencipta pengaruh (percakapan atau perbuatan yang mampu memberikan kesan kepada orang lain) berdasarkan kepakaran dan pengetahuannya. Selemah-lemah kepimpinan adalah yang bergantung kepada jawatan untuk mencipta pengaruh.”
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."
(Surah al-Furqaan 25:63)
"Nafsu kamu sekiranya tidak disibukkan dengan Allah, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil."
Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal dan peti bodoh itu jahil.
MUSUH yang paling bahaya ialah PENAKUT dan RAGU-RAGU.
TEMAN yang paling setia ialah YAKIN dan BERANI.
Hidup Dalam Mencari...
Renungan
-Hamka-
(Surah al-Furqaan 25:63)
"Nafsu kamu sekiranya tidak disibukkan dengan Allah, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil."
Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal dan peti bodoh itu jahil.
MUSUH yang paling bahaya ialah PENAKUT dan RAGU-RAGU.
TEMAN yang paling setia ialah YAKIN dan BERANI.
Tuan Blog
Kategori
Pautan Ilmu
Berita
Mahasiswa
Blogroll Rakan
Blogger Azhari
- Akhi Abdul Hakim
- Akhi Abdul Muin
- Akhi Abdul Rauf
- Akhi Ansori
- Akhi Anwar
- Akhi Bahrom
- Akhi Dzulhelmi
- Akhi Fairuz
- Akhi Faizol
- Akhi Farhan
- Akhi Farid
- Akhi Helmi
- Akhi Izhar
- Akhi Jamal
- Akhi Khairul Afendi
- Akhi Khairul Aswad
- Akhi Mohd Khairul
- Akhi Muhriz
- Akhi Najib
- Akhi Syafi'e
- Akhi Wan Hadiyuddin
- Ustaz Hanafi
- Ustaz Rasul
- Ustaz Syafiq
Tautan
Ulama Muda
-
-
Bahaya Riba12 hours ago
-
Makluman2 days ago
-
`Asyura yang mulia2 days ago
-
-
-
Imam Syafie dan Qunut3 weeks ago
-
Layalin ‘Asyr5 weeks ago
-
Terkini Ku Susuri
-
Angin-angin Petang9 hours ago
-
-
-
-
-
-
Menjadi Berani4 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Lebih Sabar Daripada Gunung2 days ago
-
-
Mossad Gagal Bunuh Tokoh HAMAS Lebanon3 hours ago
-
Penamaan calon 3 hari16 minutes ago
-
-



