Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Saturday, May 30, 2009

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti dan sangatlah berat timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul engkau Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T., maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya daripada api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibrail A.S. mengumumkan, "Telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut,"

Dalam sebuah kitab yang lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan yang menghadapinya.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan."(Surah al-Jatsiyah ayat 28).

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka dapat didengari sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku,"

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-ganang, umat nabi Muhammad berusaha menghalangi dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah,
demi hak orang-orang yang khusyuk dan demi hak orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Nabi Muhammad S.A.W."

Kemudian Jibrail membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Brekata Jibrail A.S., "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkan padanya." Lalu baginda mengambil dan menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W. pun bertanya kepada Jibrail A.S., "Wahai Jibrail! Air apakah itu?" Maka Jibrail berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takutkan kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W., "Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepadaMu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Sumber: http://www.geocities.com/CollegePark/Gym/9536/alkisah2.htm

Hidup dalam mencari...

Thursday, May 28, 2009

Zuhud Di Dalam Sejarah Dunia Tasawwuf

Takrif Zuhud

Zuhud pada bahasa mempunyai makna yang banyak dan pelbagai. Antara makna yang penting ialah ‘membenci sesuatu’ atau ‘menyukai sesuatu’. Dikatakan juga bahawa ‘zuhud pada sesuatu’ berlawanan dengan ‘menyukai sesuatu’.

Zuhud pada istilah bermaksud benci kepada dunia dan beramal untuk menyucikan jiwa dari segi mengosongkan hati untuk ibadah tanpa sesuatu yang menyibukkan atau sesuatu hijab (yang menghalang).

Faktor-faktor kelahiran Zuhud

Umumnya, faktor-faktor yang menyebabkan lahirnya zuhud ada tiga. Apa yang dimaksudkan di sini ialah faktor yang menyebabkan lahir atau timbulnya sifat zuhud dalam diri seseorang. Iaitu:-

1- Faktor Kemasyarakatan – Bertumbuhan yang besar dan mendadak terhadap masyarakat dan komuniti Islam kesan daripada pertambahan jumlah orang yang memeluk agama Islam daripada pelbagai bangsa, budaya dan negara. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan berkembangnya wilayah umat Islam di dalam peta dunia yang dipimpin oleh Daulah Islamiyah. Hasilnya, mereka memiliki kekayaan yang melimpah ruah, perluasan perdagangan dan pemilikan tanah ladang.

Keadaan ini telah menjurus sebahagian manusia atau masyarakat Islam ketika itu lahir perasaan cinta kepada dunia dan menjadikan dan menerimanya sebagai matlamat hidup. Keadaan ini juga menyebabkan segolongan yang lain bangkit menyeru kepada masyarakat untuk bersikap zuhud terhadap dunia. Sejarah perluasan dunia Islam ini bolehlah kita lihat dengan bermulanya kekhalifahan Saidina Umar bin Al-Khttab RA bermula kurun pertama hijrah lagi.

2- Faktor Politik – Perumpamaan bagi faktor ini adalah disebabkan fitnah yang berlaku pada zaman Daulah Islamiyah selepas kewafatan Baginda Nabi Muhammad SAW dan khususnya apa yang berlaku di kalangan umat Islam selepas kejadian fitnah terhadap Saidina Uthman bin ‘Affan, khalifah ar-Rasyidin yang ketiga. Situasi ini mengundang kepada kelahiran kelompok-kelompok masyarakat islam yang berorientasikan politik, pemikiran (ideologi) dan keagamaan.

Dari segi politik, munculnya pelbagai kumpulan yang berteraskan siyasah atau politik seperti Syi’ah, Khawarij dan selain dari keduanya daripada kumpulan-kumpulan politik.

Dari segi pemikiran atau ideologi, rancaknya aktiviti perdebatan di kalangan golongan mutad, pelaku dosa besar dan hukum terhadap sesiapa yang mencela para sahabat Nabi SAW dan pelbagai permasalahan lain.

Dalam bentuk kejiwaan atau ruhiyyah pula, sebilangan daripada para sahabat dan tabi’in telah melakukan ‘uzlah (menyendiri daripada kesibukan dunia) dan zuhud. Malah mereka juga mengajak umat Islam yang lain umumnya untuk bersama melakukan ‘uzlah kerana padanya terdapat keselamatan.

3- Faktor Agama – Seruan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW kepada kelebihan agama serta seruan kepada sifat-sifat wara’, taqwa, berhijrah daripada dunia dan perhiasan-perhiasannya, memandang kecil terhadap dunia dan segala isinya, membesarkan dan mengutamakan perkara-perkara akhirat. Selain itu seruan ke arah qiamullail, berpuasa, menunaikan solat tahajjud dan sebagainya. Sepertimana yang dianjurkan didalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan” (Surah Yunus 10:7-8)

Dan firman-Nya yang bermaksud “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)” (Surah an-Naazi’aat 79:37-41).

Bersambung...

*Artikel ini berdasarkan nota kuliah subjek Tasawwuf Islam Tahun Tiga, Jabatan Tafsir dan 'Ulum Quran, Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar cawangan Tanta.

Monday, May 25, 2009

Muqaddimah Kitab الكنز الثمين في رحاب الذاكرين

Muqaddimah Kitab

Dengan nama Allah dan segala Puji bagi Allah, selawat dan salam keatas Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Segala Puji bagi-Nya dan Maha Suci-Nya, aku mengucapkan syukur di atas limpahan seluruh nikmat dan aku bermohon kepada-Nya ditambahi kelebihan-Nya dan kemuliaan-Nya. Kepada-Nyalah sahaja kami memohon pertolongan dan pengampunan. Kami berlindung dengan Allah daripada sebarang kejahatan diri kami dan keburukan amalan-amalan kami. Sesiapa yang Allah memberi hidayah kepadanya, maka dia tidak akan disesatkan. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada hidayah baginya.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Penghulu kami Muhammad Sallallahu 'Alaihi wasallam, hamba-Nya, rasul-Nya yang lemah lembut akhlaknya dan kekasih-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman di dalam al-Quran:

وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون
"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."

فاذكروني أذكركم
"Maka ingatlah kepada-Ku nescaya Aku akan mengingatimu."

Firman Allah SWT di dalam Hadith Qudsi:

من شغله القرأن وذكري عن مسألتي أعطيته خير ما أعطى السائلين
"Sesiapa yang sibuk berzikir kepada-Ku, sehingga tiada masa untuk memohon kurnia-Ku, nescaya akan Aku berikan kepadanya sebaik-baik apa yang pernah Aku berikan kepada orang-orang yang bermohon." (Riwayat Bukhari)

Inilah sebaik-baik keadaan seseorang hamba dengan Tuhannya iaitu keadaan sentiasa berzikir, mengingati Tuhan sekelian alam serta membesarkan-Nya dan seumpamanya. Mempersembahkan kepada Allah seluruh nafasnya dan berhajat kepada-Nya dengan berdoa.

Sesungguhnya para ulama r.a.hum telahpun menyusun zikir-zikir dan doa-doa dengan penulisan yang sangat banyak. Adapun bab ini (berkaitan zikir dan doa) tersangatlah luas dan tidak mungkin aku mampun manjangkaunya. Hanya sekadar yang berpatutan dan tidak merangkumi keseluruhannya.

Akan tetapi akan menunjuki kepada apa yang terpenting datangnya daripada al-Quran dan hadith Nabi Muhammad SAW, perbuatannya, ilmunya dan sebagainya.

Aku bermohon kepada Allah SWT untuk membahagikan buku ini kepada tujuh bab beserta pendahuluan dan penutup.

Bab 1: Fadhilat-fadhilat dan Adab-adab
Bab 2: Pembukaan Zikir dan Doa
Bab 3: Zikir
Bab 4: Doa
Bab 5: Selawat-selawat keatas Nabi Muhammad SAW daripada hadith yang ma'thur.
Bab 6: Wirid-wirid harian daripada al-Quran dan hadith.
Bab 7: Zikir-zikir Nabi SAW yang ma'thur pada keadaan dan waktu yang berbeza.

Telah didatangkan daripada Sahih Muslim, daripada Abi Hurairah r.a. bahasawanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

من دعا إلى هدى كان له من الأجر من أجور من تبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا
"Sesiapa yang bedoa kepada hidayah, baginya satu pahala daripada pahala-pahala orang yang mengikutinya (dalam berdoa), tidak dikurangkan daripada pahala-pahala mereka walaupun sedikit."

Aku bermohon kepada Allah SWT hidayah dan taufiq dan menjadikan amalan ini ikhlas kehadrat Allah SWT.

وحسبنا الله ونعم الوكيل

Penyusun: 'Izzuddin Abdul Hamid Jum'ah.

Sunday, May 24, 2009

Yakinlah Pada Dirimu

Sekadar hiasan

Ada hari kala kamu bangun pagi
Keadaan tidak seperti yang kamu harapkan terjadi
Itulah saat ketika kamu harus memberitahu diri sendiri
Bahawa keadaan akan bertambah baik
Ada saat ketika orang mengcewakanmu
Dan memberitahumu berita sedih
Itulah saat ketika kamu harus mengingatkan dirimu sendiri
Untuk percaya pada penilaian dan pendapatmu sendiri
Untuk tetap fokus pada keyakinan akan diri sendiri
Akan ada tentangan dan perubahan yang harus kamu hadapi dalam hidup
Bagaimana menerimanya? Itu terserah pada dirimu
Tetaplah jaga dirimu pada arah yang tepat untuk mencapai tujuanmu
Memang tidak mudah
Tapi masa-masa sulit itu
Akan menyedarkan tentang jati dirimu yang sesungguhnya
Jadi, jika hari-harimu dipenuhi dengan tekanan
Dan tanggungjawab yang membebani
Ingatlah untuk tetap yakin pada diri sendiri
Dan segala yang kamu inginkan dalam hidupmu
Kerana semua tentangan dan perubahan itu hanya akan membantumu
Menemukan tujuan yang kamu tahu memang Allah peruntukan bagimu
Yakinlah pada dirimu...

"Mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat."

*Saya menjumpainya di Youtube.

Hidup masih mencari...

Monday, May 18, 2009

Mujahadah


Mujahadah bukan mudah.

Perlukan kesabaran.

Ketekunan dan penghayatan.

Hasil daripada pemahaman.

Dalam keadaan jiwa bergelora.

Hati, akal, nafsu.

Di mana utama?

Menguasai yang selalu berkuasa bukan mudah.

Andai dibiarkan, memusnah.

Dididik dalam mujahadah...


Kelak sinar tidakkan sirna.


Hidup pasti tercari-cari...

Wednesday, May 13, 2009

Sarkas?

Di balik kekacauan ini,
Ku sendirian berfikir,
Di dalam gelanggang sarkas ini,
Siapa pemiliknya,
Siapa penunggangnya,
Dan,
Siapa tunggangannya.

Di sebalik kekalutan ini,
Ku sendirian mencari,
Siapa yang telah menoda,
Siapa yang telah dinoda,
Dan,
Siapa 'Bapa Ayam'nya.

Di sebalik kekacauan ini,
Ku sendirian menilai,
Kenapa mereka terlalu gila,
Seperti gilanya mereka dalam kesedaran,
Apa yang mereka mahu sebenarnya?

Di sebalik drama ini,
Ku sendirian lagi,
Terus mengenangkan...


Hidup dalam mencari...

Pada Hari Itu (Gambaran Kiamat)





Maka apabila mata terbelalak (ketakutan),

dan apabila bulan telah hilang cahayanya,

dan matahari dan bulan dikumpulkan,

pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat berlari?"

sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!

Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali.

Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.

Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri

meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya.

(Surah al-Qiyaamah 75:7-15)

Hidup dalam mencari...

Tuesday, May 12, 2009

A Is For ALLAH





A is for Allah, nothing but Allah;
Ba is the beginning of Bismillah;
Ta is for Taqwa, bewaring of Allah;and Tha is for Thawab, a reward;
Ja is for Janna, the Garden of Paradise;
Ha is for Hajj, the blessed pilgrimage;
Kha is for Khaatem, the seal of the prophethood given to the Prophet, Muhammed (SAW);
Da is for Deen, Al-Islam, religion with Allah since time began;
Dha is for dhikr, remembering Allah;
And Ra is for the month of Ramadhan, ohh Ramadhan;
Za is for Zakat to pure our greed, when we give our money to those in need;
Sa is for Salamu alaikum, peace be with you wa'alaikum assalam;
Sha is for shams, the shining sun, which Allah placed for everyone;
And Sua is for salat, for when we pray facing him, everyday, facing him, till we meet our lord;

Allah there's only one God and Muhammed is his Messenger.
Allah, La ilaha illa'allah;

Dua is for duha, the morning light, the sun has turned from red to white;
Tua is for tareeq, the path to walk upon;
And Dhua is for dhil, a shadow;
And Aa is for ilm, the thing to know, to make our knowledge grow, in Islam;
Gha is for ghaib, a world unseen and that we know is not a dream;
Fa is for, the Opening, Al-Fatiha;
And Qua for the Qur'an, the book of God;
And Ka is for kalima, a word we're taught to teach us what is good and what is not;a
Nd La is for the beginning of La ilaha illa'allah;
Ma is for the Messenger Muhammed-ur-Rasoolillah.

La ilaha illa'allah, Muhammed-ur-Rasulilllah;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger.
Allah, la ilaha illa'allah;

Na is for nawm, the sleep God gave to give us rest after the day;
Ha is for the Hijra, the journey that, the Prophet made;
And Wa for wudu before we pray to help us wash our sins away;
And Ya for Yawm-mid-Deen;

Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger.
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Jesus was his Messenger.
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Moses was his Messenger.
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Abraham was his Messenger.
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Noah was his Messenger.
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and he created Adam, and we are the children of Adam.
Allah,La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger.
Allah, La ilaha illa'allah.

[ A Is For Allah Lyrics on http://www.lyricsmania.com/ ]

*Lagu ini pertama kali saya mendengarnya ketika berumur lebih kurang lima ke tujuh tahun melalui kaset yang dibeli oleh ayah. Versi yang lama, namun lirik, rentak dan intonasinya tidak berubah. Allahu Akbar, yang telah melimpahkan cahaya iman ke dalam jiwa Cat Stevens, Yusuf Islam...

Hidup dalam mencari...

Pemimpin Yang Adil

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Sebuah pengharapan...


Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini


Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Putra Aiman, Pahrol Md. Juoi, ITO Lara (Hijjaz Records)
Susunan Muzik : Firdaus
Penerbit : Munif Ahmad
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Hidup dalam mencari...
Akhir Helwa, Tanta.

Sunday, May 10, 2009

Perlu Lebih Prihatin Sepatutnya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Saya agak terkejut apabila membaca berita daripada Utusan Malaysia Online yang bertajuk "Mayat berulat menonton TV ditemui selepas empat hari". Berita yang betul-betul menarik perhatian saya. Hati tertanya-tanya, bagaimana kejadian ini boleh berlaku? Dan sepatutnya ia tidak berlaku di sebuah negara yang rata-rata masyarakatnya masih mengambil berat tentang adat dan hukum Islam. Insya Allah.

Menurut berita yang ditulis, mayat tersebut merupakan seorang muallaf warganegara Indonesia, baru memeluk Islam. Saya terlepas untuk menyertakan bersama gambar kerana daripada arkib Utusan Malaysia Online, tidak disertakan sekali gambarnya.

Saya sendiri pernah pergi ke kawasan yang bernama Sedili tersebut dan saya mengakui temaptnya agak jauh ke pedalaman. Seorang rakan saya, tinggal di Sedili Kecil. Terdapat daerah Sedili Kecil dan Sedili Besar dalam kawasan Kota Tinggi, Johor.

Saya yakin bahawa penduduk di sekitar tersebut merupakan orang Islam. Sekiranya salah, pembaca mendapatinya salah, sila perbetulkan.

Pada pendapat saya, apabila berita menyatakan bahawa A. Rahim tersebut baru memeluk Islam, maka sekiranya daia memeluk Islam di Malaysia, pastinya ia tertakluk di bawah pantauan PERKIM. PERKIM semestinya mempunyai maklumat yang cukup mengenai senarai muallaf di seluruh negara. Walaupun sekiranya dia memeluk Islam di masjid tertentu atau tok imam tertentu, seharusnya maklumat ini terus disampaikan kepada PERKIM cawangan negeri atau pusat.

Gah juga bunyinya apabila ditulis visi utama PERKIM ialah 'Menjadikan PERKIM sebagai NGO dakwah sejajar dengan wawasan 2020. Manakala misi utamanya pula 'Menjadikan PERKIM sebagai sebuah NGO penggerak dakwah terunggul untuk memberi sokongan kepeda institusi Islam di Malaysia dan Antarabangsa'. Cukup gah bunyinya dan saya tidak nafikan. Namun, sejauh manakah perlaksanaannya?

Antara misi PERKIM iaitu 'Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan derma, biasiswa dan dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif' perlulah dilaksanakan sebaik mungkin.

PERKIM di bawah Bahagian Dakwah atau Kebajikan perlu mengambil berat mengenai prospektis bidang kuasa masing-masing. Ini kerana, kedua bahagian ini pada hemat saya terlalu penting dan boleh dianggap sebagai tujuan utama kenapa PERKIM ini ditubuhkan. Khidmat dakwah dan kebajikan yang diberikan pastinya tertumpu kepada muallaf baru mahupun lama.

Sekadar hiasan.

Di sini saya ingin memberi beberapa pandangan:-
Pertama; Melalui objektif, misi, visi dan sebagainya yang disenaraikan oleh pihak PERKIM, hanya mereka yang dikhususnya untuk bertindak melaksanakan pengurusan saudara baru dan berkaitan dengan mereka. Maka, sewajibnya, skop tugasan ini perlulah menjadi tujuan dan matlamat utama berbanding yang lain. Jangkauan sehingga wawasan 2020 itu bukanlah suatu kesalahan, namun perlu bertindak dari hari ini dan dari sekecil-kecil perkara yang berkaitan dengan dakwah dan kebajikan saudara baru. Jangan sehingga tiba wawasan yang diimpikan itu, namun kebajikannnya masih di takuk 50 tahun ke belakang. Bagi orang Islam, sudah terlalu banyak yang berbetuk kebajian dan sebagainya, tetapi untuk saudara baru hanya PERKIM yang ditugaskan khusus.

Kedua; Semestinya setiap maklumat terbaru mengenai muallaf seharusnya sampai ke pihak PERKIM peringkat negeri mahupun pusat melalui masjid-masjid. Ini kerana, saya merasakan bahawa hanya pihak masjid sahaja (yang terdiri daripada AJK masjid, Imam, Bilal dan para siaknya) yang berautoriti terhadap proses pengislaman mana-mana individu. Nama para muallaf ini perlulah lengkap berdasarkan pengisian borang dan sebagainya. Ini adalah prosedur rasmi bukan?

Apabila di dalam borang tersebut dinyatakan sekali tarikh pengislaman, hubungan kekeluargaan dan sebagainya, ini pastinya akan memudahkan pihak yang bertanggungjawab, khususnya PERKIM untuk melakukan kerja-kerja dakwah dan kebajikan mereka. Maka, penyelarasan dan pengurusan maklumat ini (data base) perlu dikemaskini dan diperkemaskan. Ini agar segala butiran saudara baru tidak tercicir untuk dilaksanakan proses dakwah dan kebajikan. Taraf kewarganegaraan jangan dijadikan sebab untuk kita mengabaikan sebarang permohonan dan proses pengislaman mana-mana individu. jadikan perkara agama lebih utama daripada kewarganegaraan.

Ketiga; Saya beranggapan perlunya suatu mekanisme yang terbaik untuk memastikan tujuan dakwah dan kebajikan benar-benar sampai kepada mad'unya iaitu golongan saudara baru ini.

Pengwujudan kumpulah usrah adalah langkah asas. Umumnya telah mengetahui tujuan, konsep dan manhaj pembawakan usrah ini. Dengan platform usrah ini sebenarnya dapat membantu saudara usrah junior dan senior saling merapatkan ukhuwah. Ia juga boleh terdiri daripada seorang naqib (yang berkelayakan daripada pihak PERKIM sendiri), muallaf senior dan muallaf junior. Saya amat yakin, andaikata usrah ini benar-benar dilaksanakan mengikut manhaj dan etikanya, tidak mustahil ta'aruf, tafahhum dan takaful itu benar-benar dapat dijayakan. Di sana perlu diwujudkan suatu manhaj dan pembawakan terbaik untuk golongan ini.

Keempat; Daripada perlaksanaan usrah ini juga, lebih baik sekiranya diwujudkan konsep 'taakhi' atau mentor bagi setiap saudara baru. Walaupun tidak sepanjang hayat, namun sekurang-kurangnya mempnyai tempoh tertentu terhadap setiap muallaf. Ia boleh diwujudkan berdasarkan kepada tempoh atau skala penghayatan muallaf tersebut terhadap Islam. Andai telah diyakini bahawa muallaf tersebut telah mampu mebawa dirinya sebagi seorang Islam, maka dia tidak lagi diperlukan. Namun, pada saya, konsep taakhi atau mentor ini perlu diteruskan sepanjang hayat.

Dengan adanya mentor atau taakhi, maka mentor dan taakhi ini dapat 'mengambil tahu' terhadap anak mentornya atau taakhinya. Sekurang-kurangnya apabila mereka sering berhubungan, saling menagmbil berat, bertanya khabar dan permasalahan ianya sangat baik untuk memastikan kelangsungan pengahayatan mereka terhadap agama Islam. Ini adalah jalan dan cara terbaik yang boleh kita aplikasikan daripada proses persaudaraan yang dilakukan oleh jungjungan mulia Nabi Muhamma SAW di antara kaum muhajirin dan kaum ansar.

Kelima; Perlu diwujudkan satu unit guaman khas untuk saudara baru ini. Ia bertindak sebagai peguam dan penjamin umum yang mewakili keseluruhan muallaf. Hari ini, kita mendapati banyak perkara yang berkaitan dengan muallaf bersangkut-paut dengan isu mahkamah. Sangat banyak sekiranya hendak disebutkan di sini. Isu pemurtadan, isu status keislaman, isu agama anak, isu harta pusaka dan sebagainya. Baru-baru ini hangat isu yang berkaitan dengan saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu. Antara yang menjadi perhatian sehingga ke kabinet ialah status agama anak-anaknya, hak penjagaan anak dan status perkahwinan selepas pengislaman.

Kewujudan unit guaman ini sekurang-kurangnya mereka (golongan muallaf ini) merasakan meraka terjamin daripada mana-mana pihak yang berkemungkinan menentang pengislaman mereka. Mudahnya mereka merasakan ada orang yang melindungi mereka dalam peruntukan undang-undang.

Adakah kita mahu melihat orang yang telah menjadi saudara kita akhirnya kembali ke agama asal masing-masing dek akibat kurangnya dakwah kita kepada mereka dan lalainya kita dalam memberikan kebajikan kepada mereka? Tidakkan kita semua nanti akan dipersoalkan kembali mengenai tanggungjawab yang perlu ditunaikan kepada mereka ini sebagai sesama muslim? Bagaimana pula tanggapan non-muslim yang sudah ada cita-cita untuk menganut Islam tetapi sirna niat tersebut akibat merasakan kelak bakal tiada kebersamaan orang Islam yang lain terhadap diri mereka?

Tepuk dada, tanyalah apa peranan kita terhadap saudara baru ini. Sekiranya ingin dibicarakan tanggungjawab kita yang sebenarnya terhadap golongan ini, hak-hak mereka dan sebagainya, pasti terlalu panjang. Cukuplah sekadar ini saya mengutarakan pendapat dan cadangan saya.

Mudah-mudahan ada kebaikannya untuk kita semua umat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Wallahua'lam.

Hidup dalam mencari...

Akhir Helwa, Tanta.

Saturday, May 9, 2009

Sesuatu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Sejak kecil saya mengakui, tidak berapa kenal perkara yang berkaitan dengan tasawwuf. Lebih-lebih lagi istilah 'tarekat' dalam bahasa Melayunya. Dalam istilah Arab ialah 'thariqah' yang berbakna jalan.

Dulu pernah suatu ketika, di bersebelahan bangunan PWTC, yang menghadap Lagend Hotel, saya ternampak seseorang. Seseorang yang berjubah putih, ala-ala gamis, berseluar putih berserban tebal dan berkopiah tinggi tirus ke atas. Tidak pasti sama ada dia memakai kasut atau selainnya. Apa yang pasti, pada waktu itu memang sesuatu yang amat ganjil dalam pandangan diri saya. Siapakah orang ini? Lain dari yang lain. Saya pernah nampak orang sebegini, tetapi tidak tahu siapakah mereka. Berdebar-debar rasanya.

Masa berlalu...

Allah Maha Mengetahui walau setiap titisan embun di hening pagi

Sehingga ke suatu hari di KUIS, saya mengenali seorang teman yang cukup istimewa. Daripadanya saya mengenali tarekat serta perkaitan dengan tasawwuf. Tidaklah daripadanya, mengajarkan kepada saya segala yang berkaitan. Namun disebabkannya, saya semakin ingin mengenali apakah tarekat ini. Hakikatnya, perkara yang berkaitan tasawwuf telahpun saya pelajari secara tidak langsung. Setelah itu barulah sedikit demi sedikit semakin memahami apakah ia hasil daripada pembacaan buku dan rujukan daripada internet.

Di sini saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memperkenalkan saya mengenai tarekat. Syukur saya ucapkan. Sedikit ruang telah terbuka kepada saya mengenali sesuatu yang sepatutnya dari awal saya ketahui dan pelajari. Semoga Allah merahmati dan memberkati kamu sekeluarga.

Sejak itu, saya cuba mengenali dan memahami apakah itu tarekat. Sedikit demi sedikit. Sehingga tiba di Mesir, perkataan tarekat ini seperti menjadi kebiasaan. Malah, di mana-mana boleh kelihatan amalan-amalan tarekat yang yang pelbagai. Perkaitannya dengan ilmu tasawwuf semakin jelas. Saya sendiri pernah mengikuti majlis zikir oleh beberapa kumpulan tarekat untuk mengenali dan mendalami.

Di Mesir pelbagai tarekat yang diamalkan. Saya menginap di Tanta. Di Tanta terdapat tarekat Syazuliyah, Naqsyabandiyah, Ahmadiyah, Khaliliyah dan sebagainya. Para syeikh Azhar sendiri, mereka semua pasti ada mengikuti mana-mana tarekat yang terdapat di Mesir ini.

Fasa ini, terdapat madah tasawwuf menggunakan kitab al-Tasawwuf al-Islami fi Mizan al-Quran wa al-Sunnah. Penulisnya ialah Doktor Abdullah Yusuf asy-Syazuli, seorang bekas pengajar di Universiti al-Azhar cawangan Tanta sendiri. Namun kini, peluang untuk berjumpanya sangat susah. Kalau sebelum ini mudah bertemu kerana memberi kuliah tafsir di Masjid Medan Sa'ah, tetapi akibat halangan daripada pihak polis, akhirnya kami pelajar Malaysia di sini tidak dapat mengahadirinya lagi. Kuliah doktor telah dimansuhkan dan tidak dibenarkan. Mungkin kerana doktor ada kaitannya dengan Ikhwan Muslimin.

Walau apapun, madah tasawwuf adalah madah yang terpenting bagi saya. Dalam membentuk diri dan jiwa serta memperkemas dan memperbaiki hati-hati yang sentiasa lalai dan mengikut nafsu. Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat kepada semua yang membawa bersama diri ini meniti jalan menuju kepada-Nya.

Hidup dalam mencari...

Rupanya Dia Seorang Kristian

8 Mei 2009.

Jam menunjukkan jam 12:50 tengahari. Azan solat Jumaat telah pun berkumandang. Sebuah tremko hampir sahaja berjalan. Akhirnya.. Tak sempat nak tahan, berlalu tremko. Dalam hati ni, mahu juga ke Masjid Badawi. Bukan tiada tremko lain di Akhir Said, malah itulah akhir mahattahnya. Akan tetapi akibat sudah lewat, menaiki teksi adalah keputusan yang terbaik.

Sekali tahan, terus dapat teksi. Alhamdulillah, bisik hati. Pemandunya tersenyum. Buka pintu, duduk di kerusi hadapan, sebelah pemandu. Ditakdirkan, lupa beri salam.

“Kamu orang Malaysia?” pemandu teksi memulakan perbualan.

“Ya, saya orang Malaysia” jawabku ringkas.

“Kamu dari Kuala Lumpur?”

“Ya. Saya tinggal di Kuala Lumpur. Ia ibu kota Malaysia.”

“Kuala Lumpur bagus, Bersih” katanya.

“Ya, insya Allah. Alhamdulillah.”

“Kamu kuliah Azhar?”

“Ya, saya kuliah Azhar. Ini tahun kedua.”

“Oh, tahun kedua..”

“Ya, saya dari mu’adalah.”

“Pakcik, kamu asal sini ke (Tanta)?”

“Ya, asal Tanta” jawabnya.

Kemudian pemandu teksi mengemukakan persoalan tentang bahasa Arab, tentang penggunaan bahasa Arab di dalam al-Quran. Saya kurang pasti apa yang mahu disampaikannya mengenai bahasa Arab. Seperti dia menafikan perkaitan bahasa Arab di dalam al-Quran.

“Bahasa Arab adalah bahasa terbaik. Bahasa syurga.”

“Tidak, tidak!!” katanya.

Saya jadi hairan. “Aik, kenapa pulak dengan orang Arab ni” bisik hati saya.

“Kamu belajar bahasa Arab?”

“Ya, sejak di Malaysia.”

“Kamu belajar tentang nahu (tatabahasa), grammar..?” dia bertanya.

“Ya, saya belajar di Malaysia.”

“Kamu tahu, dalam al-Quran banyak kesalahan (kesalahan penggunaan bahasa Arab di dalam al-Quran)..”

Teksi yang dinaiki melewati Masjid Syeikhah Sabah, seorang wali perempuan dan ahli bait Nabi Muhammad SAW..

“Kamu lihat, di dalam al-Quran zalikal kitabu la raiba fihi. Bukankah zalika menunjukkan jauh. Sepatutnya digunakan haza kitab. Lihat, al-Quran salah. Salah yang banyak di dalam al-Quran.”

“Ya…” Saya tidak memanjangkan jawapan. Terkedu sebenarnya. Terfikir-fikir, apa yang mahu dijawab tentang persoalan ni. Saya semakin hairan. Erm, semakin lancang pula pemandu teksi ni mempersoalkan tentang al-Quran. Menafikan al-Quran, menyatakan bahawa al-Quran ni banyak kesalahan. Tergugup juga saya dibuatnya. Ini kali pertama menghadapi situasi sebegini.

Dalam keadaan nak fikir apa yang mahu dijawab, saya menjawab apa yang umum. “Al-Quran adalah ayat yang mu’jiz (melemahkan).”

“Tidak, tidak!!” katanya.

“Hai, makin keras suaranya..” bisik hati saya.

“Kamu lihat lagi..” katanya.

“Alif, Laam, Miim.. Ia adalah huruf hija’iyyah. Langsung tiada makna.”

Mata ni makin meliar. Kehendak hati mula mencari-cari, siapa sebernarnya pakcik pemandu teksi ni. Lihat pada cermin pandang belakang. Tiada apa pun yang disangkut. Mata meliar lagi sehingga terpandang keychain kunci kereta. Allah, berbentuk salib. Keychain daripada kayu, berbentuk salib. Di hujungnya terdapat corak kelopak bunga, meruncing tiga di hujungnya. Kepala semakin ligat berfikir. Macam pernah jumpa pakcik ni sebelum ni. Patutlah sejak awal naik lagi macam pernah jumpa..

Teringat dalam sebulan dua yang lepas, pernah juga naik teksi seorang kristian. Di cermin pandang belakang teksi tersebut tergantung sebuah ukiran, seakan-akan membentuk huruf. Apabila diteliti, rupa-rupanya ia berbentuk salib. Maka, saya pun khabarkan kepada kawan yang duduk di kerusi hadapan.

“Ha’ah la…” jawab kawan saya, Yunus.

Hati ni berkata, “Ini seperti orang yang sama..” Mungkin sudah dua kali berjumpa, dia berani nak persoalkan tentang agama Islam.

Saya rasa perlu juga tegas dalam menjawab soalan yang semakin menjadi-jadi ni. Saya katakan..

“Ia adalah kalimah yang mu’jiz. Setiap huruf ada maknanya yang tersendiri. Para mufassir mengemukakan pelbagai pendapat. Ada yang kata li tanbih (untuk menarik perhatian) dan ada yang kata setiap huruf ada maknanya yang tersendiri..”

“Tidak, tidak…” katanya lagi. “Setiap huruf tersebut tidak membawa apa-apa makna.” Seolah-olah dia ingin mengatakan bahawa al-Quran ayat-ayat tersebut tiada makna dan sia-sia.

Maka berlaku sedikit bibit-bibit seperti mahu panjang perdebatan ini. Saya tetap tegaskan kepada dia perkara yang sama, bahawa ayat tersebut ada makna tersendiri dan untuk menarik perhatian manusia terhadap ayat atau surah yang berkenaan.

Teksi semakin menghampiri Awal Barh. Perdebatan yang berlaku labih kurang lima minit. Kurang lima minit rasaya. Sampai di persimpangan, dia memberhentikan kereta. Tangan menghulurkan duit syiling satu genih, dua keping. Dalam hati kata, “Macam banyak pulak dua geneh ni.. tapi tak mengapalah. Malas nak seluk poket jubah nak cari syiling yang lebih kecil.”

Bayar, buka pintu, sambil beri salam.

Dia menjawab salam.

Tutup pintu. Teksi berjalan..

“Apasal la aku beri salam kat dia sedangkan dah tahu yang dia ni orang kristian. Erm, tapi nak buat macam mana lagi, dah terbiasa beri salam masuk dan keluar dari teksi..” bisik hati. Terlepas sebut..

Hati berdebar juga. Pengalaman kali pertama dengan orang kristian, lebih-lebih lagi tentang agama, yang berkaitan dengan agama. Saya beristighfar banyak-banyak..

Kepala asyik memikirkan tentang perkara yang berlaku beberapa ketika di dalam teksi tadi. Sambil berjalan kaki, menyusuri pasar Awal Bahr menuju Masjid Badawi. Selalu kalau jalan di situ, pandang juga kiri dan kanan. Tapi akibat kepala ligat fikir tentang peristiwa tadi, seolah-olah kiri dan kanan tiada orang dan seperti ‘tidak wujud!’. Tambahan, azan sudah lama berlalu. Sampai di Masjid Badawi, khatib sedang membacakan khutbah…

Inilah serba sedikit lebih kurang perbualan yang berlaku antara saya dengan pakcik pemandu teksi yang beragama Nasrani tersebut.

Teringat nasyid kumpulan Mawaddah yang bertajuk 'Luruskan Hatiku Tuhan'


Mungkin ada hikmahnya Allah menetapkan saya akan menghadapi situasi sebegitu. Antaranya;

- Allah tidak akan menetapkan sesuatu berlaku terhadap diri seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Mungkin itu tahap kemampuan saya setakat ini untuk menghadapi realiti. Diberi tempoh tidak lebih lima minit, berdebat dengan seorang yang bertaraf pakcik. Orang Kristian beragama Nasrani, berbahasa Arab dan berbangsa Arab Mesir.


- Saya masih tidak memiliki ilmu yang jitu dalam persoalan yang dikemukakan. Tidakkah bidang yang dipersoalkan tersebut memang bidang pengkhususan yang dipelajari. Fakulti Usuluddin, Jabatan Tafsir. Memang sudah kena bidangnya, mengetahui perincian terhadap tafsir ayat-ayat al-Quran. Namun, tahu sahaja tanpa pengukuhan, pemahaman dan kejituan terhadap ilmu tersebut memungkinkan saya tidak mampu menjawab soalan dengan jelas dan terperinci.


- Mungkin ilmu tersebut sudah ada. Tapi disebabkan kemungkinan diri ini yang tidak lari dari melakukan dosa dan kesilapan, akhirnya Allah menghijab jawapan yang sepatutnya untuk diberikan. Ini baru soalah yang mudah berkaitan dengan al-Quran, belum lagi andai ditanya mengenai persoalan aqidah dan sebagainya. Akibat dosa, hati menjadi kosong, maka jiwa mudah goyah. Ditanya soalan yang berkaitan dengan aqidah, tidak mampu dijawab. Na’uzubillahi min zalik


- Mesir, bumi ‘lebih nyata’ berbanding Malaysia. Segala apa balasan baik atau buruk Allah akan bagi cash. Kadang-kadang kesalahan tersebut dilakukan di Malaysia, tapi Allah ‘bayar terus’ di bumi Mesir ini. Orang yang bangga diri, kadang-kadang Allah terbalikkan terhadap kata-katanya di sini. Orang yang bersangka buruk terhadap Allah, Allah akan balas terus dan mendapat balasannya. Perlekeh terhadap orang lain, hina dan sebagainya, Allah akan timpakan kembali keburukan dan hinaan tersebut kepada pengucapnya. Mungkin kerana ia bumi berkat, bumi para Nabi, para sahabat, ulama, wali, para soleh dan sebagainya. Allah akan ‘bayar cash’, itulah istilah mudahnya…


- Pasti setiap yang berlaku adalah ujian dan ada hikmahnya. Jalan untuk kebaikan dan mengubah diri kepada lebih baik terbuka luas. Mudah-mudahan diri ini mendapat hidayah dan taufiq daripada Allah SWT.

Nasib baik semasa perdebatan saya memandang ke arah wajahnya. Ada yang menagtakan bahawa amat merbahaya sekiranya kita bersembang atau bermuamalah dengan orang Kristian di sini dengan memandang wajah mereka. Ini kerana kemungkinan mereka berniat jahat dan boleh mendatangkan mudharat melalui sihir contohnya hanya dengan apabila kita bertentang mata dengan mereka.

Malah, ada kisah yang mengatakan bahawa sihir Firaun itu masih kekal dan masih ada tempiasnya sehingga ke hari ini. Saya juga mengakui, pernah kadang-kadang, apabila memandang salib di gereja-gereja dengan pandangan yang lama, akan rasa lain macam. Pada saya itu situasi yang merbahaya untuk diri saya dan saranan ini saya tujukan kepada semua dan sesiapa sahaja agar menghindarinya.

Mengenai persoalan yang diutarakan oleh pakcik pemandu teksi tadi akan saya lampirkan jawapannya pada sedikit masa akan datang. Wallahu a’lam.


Luruskan Hatiku Tuhan
Album : Terimakasih Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com


Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini.


Hidup dalam mencari…

Akhir Helwa, Tanta.

Thursday, May 7, 2009

KeredhaanMu (In-Team)





KeredhaanMu
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih


Lagu : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Lirik : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


Sumber http://www.hijjaz.com.my

Hidup dalam mencari...

Monday, May 4, 2009

Nak Jugak!!

Salam sejahtera.

Bila terdapat golongan yang tidak putus-putus mencuba untuk merebut kekuasaan, pangkat dan kroni, maka semakin kalutlah arena politik di Malaysia. Walaubagaimanpun, ia tetap salah satu daripada rencah perjalanan politik yang semakin mencabar dek kerana timbulnya 'perkara-perkara pelik' di dalamnya.

Sudah pastinya, terdapat golongan yang tidak mahu menjadikan dan mengaitkan Islam sebagai sumber di dalam perundangan. Kononnya mengatakan ianya tidak sesuai digunakan pada masa sekarang. Islam diwar-warkan dengan bayangan prejudis yang tidak baik dalam perlaksanaannya seperti hukuman hudud. Apakah ianya dilaksanakan kepada seluruh manusia termasuk orang bukan Islam? Hakikatnya, hukuman hudud untuk orang Islam sahaja, tidak untuk orang bukan Islam atau non-muslim.

Apabila ada golongan yang mahu melakukan tindakan 'pelik' terhadap perkara-perkara Dewan dan sebagainya, mengubah orang-orang tertentu dengan sesenang dan sesuka hatinya sahaja. Seolah-olah sudah tiada autoriti terhadap perlembagaan dan terhadap pemimpin yang telah dilantik.

Sudahlah undang-undang Islam tidak mahu diikut, sekarang peruntukan di dalam perlembagaan seolah-olah mahu untuk diubah-ubah agar 'selari dengan selera'.

Islam sebagai agama dan undang-undang perlembagaan tidak mahu diikut, perlembagaan yang telah termentai semenjak merdeka juga tidak mahu diikut. Andai ini keadaannya, apa yang mahu diikut? Mahu ikut seperti cerita kartun di dalam televisyen ke?

Mengapa asyik melakukan perkara pelik..?

Hidup dalam mencari...

Impian Hamba (Rabbani)





Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani


Pada-Mu Allah kami bermohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberikannya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

http://liriknasyid.com

Hidup dalam mencari...

Bukti CINTA pada SETIA? (1)

Betulkah bukti sebuah CINTA adalah SETIA..?
Mari kita renungkan...

Allah SWT merupakan Pencipta, Pentadbir dan Pemilik alam ini.
Allah SWT juga merupakan Yang Disembah dan tiada sembahan selain daripada-Nya.

Mengapa Allah mahu ciptakan Adam AS sedangkan sudah ada para Malaikat menyembah-Nya?
Itu tandanya Allah mahu melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada manusia.

Mengapa Allah turunkan Adam dan Hawa ke dunia sedangkan sudah ada neraka untuk pelaku dosa?
Itu tandanya sayang Allah kepada mereka, mahu mereka kembali kepada Allah dan Allah melimpahkan lagi rahmat-Nya kepada manusia.

Mengapa Allah jadikan syurga untuk manusia?
Itu tandanya anugerah dan hadiah terbesar tanda cinta-Nya dan kasih sayang-Nya Allah kepada manusia.

Maka Allah SWT berfirman...
"Tidaklah Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepada-Ku"

Allah menjadikan manusia agar manusia beribadat dan menyembah-Nya, bukan selain daripada-Nya.

Maka Allah bersangatan CEMBURU-Nya apabila ada manusia yang mahu menyembah selain daripada-Nya. Bukankah telah diberi segala kasih sayang, nikmat, panduan, rahmat kepada manusia?

Maka Allah SWT berfirman...
"Katakanlah: "Apakah kita akan menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan kemanfaatan kepada kita dan tidak (pula) mendatangkan kemudharatan kepada kita dan (apakah) kita akan kembali ke belakang (syirik), sesudah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan di pesawangan yang menakutkan; dalam keadaan bingung, dia mempunyai kawan-kawan yang memanggilnya kepada jalan yang lurus (dengan mengatakan): "Marilah ikuti kami." Katakanlah:"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Tuhan semesta alam" (Surah al-An'aam 6:71)

Carilah CINTA Allah di sebalik keSETIAan-Nya...

Allah menjadikan manusia.
Allah memberi rezeki kepada manusia.
Allah menciptakan kasih sayang untuk dinikmati manusia.
Allah memberi kehidupan untuk manusia.

Tiba-tiba manusia tidak menyembah-Nya.
Melakukan ketaatan, melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan.
Tiba-tiba manusia menjadi penentang yang nyata.
Tiba-tiba manusia berpaling daripada-Nya.
Patutkah semua ini berlaku?

CINTAnya Allah kepada manusia sehingga Allah sangat mengingin dan merindui suara hambanya memohon, merintih dan mengadu kepada-Nya.

Maka Allah SWT berfirman...
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas" (Surah al-A'raaf 7:55)

CINTAnya Allah sehingga Allah memperkenankan segala doa para hamba-Nya.

Maka Allah SWT berfirman...
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (bedoa kepada-Ku) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (Surah al-Mu'min 40:60)

CINTAnya Allah kepada masnusia sehinnga Allah sangat hampir di sisi sentiasa SETIA menemani para hamba-Nya.

Maka Allah SWT berfirman...
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (surah al-Baqarah 2:186)

Sangat CINTAnya Allah kepada manusia sehinggakan walau di mana manusia berada, Allah tetap berada di sisi dan di samping manusia, bukti SETIAnya Allah dan sayangnya Allah.

Maka Allah SWT berfirman...
"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui." (surah al-Baqarah 2:115)

Inilah bukti CINTA Allah kepada manusia. Allah sentiasa berada disamping para hamba-Nya. Allah SETIA bersama dan menemani manusia. Allah SETIA mendengar dan melihat para hamba-Nya. Allah, bukti SI PENCINTA YANG SETIA.

Kita sebagai hamba-Nya bagaimana pula?

Bangun dari tidur, lupa mengucapkan Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk hidup.

Mahu memasuki tandas, lupa berlindung kepada-Nya daripada syaitan dan lupa mengikut sunnah Kekasih-Nya Muhammad SAW.

Solat, lewat pula menunaikannya. Sedangkan inilah 'dating' kita dengan Allah, hanya lima kali sehari, tidak lebih sepuluh minit setiap waktu. Allah mahu lima waktu kerana ia sangat merindui untuk hamba-Nya menghadap-Nya.

Setiap perbutan, lupa pula kita menyebut-nyebut nama-Nya yang Maha Mulia. Pasti sangat CEMBURU Allah bila kita tidak menyebut nama-Nya. Pasti sangat cemburu Allah, segala kasih dan sayang-Nya diberikan kepada hamba-Nya, tetapi mereka yang tidak langsung mengingati Allah.

CEMBURUnya Allah tidak membawa kekurangan, kelemahan dan ketidaksempurnaan Allah. Bahkan Allah itu Maha Sempurna, Maha Hebat dan Agung, Maha menyeliputi segala sifat kesempurnaan dan rahmat-Nya. Malah, CEMBURU Allah membawa kerugian, penyeksaan dan azab daripada-Nya kepada sesiapa leka dari mengingati-Nya.

Sehinggkan betapa SETIAnya Allah kepada kita, bahawa Allah sentiasa di sisi dan di samping manusia serta sangat hampir dengan manusia, lebih hampir dari urat nafas manusia itu sendiri. Subhanallah, Maha Pencinta Yang SETIAnya Allah terhadap seluruh makhluk dan para hamba-Nya.

Rupa-rupanya Allah Maha SETIA terhadap hamba dan janji-janji-Nya. Allah SETIA kepada kita. Namun, di mana kedudukan ke'setia'an kita kepada-Nya?

Hidup dalam mencari...

Sunday, May 3, 2009

Perbicaraan Hari Ini

Hakim: Hamizan, kamu didapati bersalah!

Pesalah: Tapi apa salah saya?

Hakim: Pendakwa raya, sila jelaskan kembali kepadanya apa kesalahannya.

Pendakwa raya: Kamu telah malanggar beberapa undang-undang. Sebutan kesalahan kamu pada hari ini ialah, pertama; Kamu telah mensabotaj sebuah syarikat dengan cara kamu mencuba untuk mengubah nama pemilik dan menjadikan syarikat tersebut milik kamu. Padahal kamu tiada hak keatas syarikat tersebut. Di sini saya menyebutkan kembali tarikh-tarikh dokumen yang menyatakan perlakuan awak tersebut...

Hakim: Adakah kamu tidak tahu bahawa tindakan awak untuk menukar nama syarikat tanpa prosedur merupakan suatu kesalahan di sisi akta pensyarikatan?

Pesalah: Ya, saya tahu itu, tapi...

Hakim: Adakah kamu mengetahui bahawa tindakan kamu ini akan menyebabkan syarikat ini bankrap dan akan menjadi muflis. Segala aset dan akaun syarikat ini akan terhapus dan kemungkinan seluruh pelabur yang mengambil bahagian dalam syarikat ini juga akan mengalami kerugian yang sangat besar!! Pendakwa raya, sebutkan kesalahan defendan yang kedua.

Pendakwa raya: Kesalahan kamu yang kedua ialah, kamu didapati bersalah kerana cuba untuk melanggar hak-hak asasi manusia yang telah ditetapkan oleh perlembagaan kepada kamu. Kamu telah melanggar peruntukan undang-undang dan perlembagaan yang berkaitan dengan diri kamu sebagai seorang warganegara. Adakah kamu sedar bahawa kamu sekarang mempunyai taraf kewarganegaraan? Adakah kamu sedar bahawa sebagai warganegara, kamu perlu menjalankan dan menunaikan tanggungjawab dan hak kamu sebagai warganegara?

Hakim: Pendakwa raya, terima kasih. Hamizan, adakah kamu sedar dan mengerti akan kesalahan yang telah disebutkan oleh pendakwa raya ke atas diri kamu sebentar tadi?

Pesalah: Ya, saya sedar dan saya mengaku akan semua kesalahan dan perlanggaran undang-undang dan perlembagaan saya sebagai warganegara.

Hakim: Bedasarkan peruntukan undang-undang, segala kesalahan kamu ini, kamu akan menjalani hukuman yang berat. Adakah kamu ingin membela diri kamu?

Pesalah: Izinkan peguam saya untuk membela saya.

Peguam: Wahai tuan Hakim. Izinkan saya menuntut rayuan dan pembelaan terhadap anak guam saya.

Hakim: Silakan.

Peguam: Tuan Hakim, walaupun anak guam saya telah melakukan dua kesalahan besar seperti yang disebutkan oleh pihak pendakwa raya, namun saya yakin bahawa anak guam saya akan berhenti serta merta daripada melakukan kesalahan tersebut. Saya juga berkeyakinan bahawa anak guam saya mempunyai potensi untuk berubah dan berkelakuan baik pada masa akan datang. Saya juga yakin bahawa dengan arahan untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan mampu untuk mendidik kembali anak guam saya ini mejadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan menunaikan hak dan tanggungjawabnya sebagai warganegara. Saya dengan ini memohon daripada pihak mahkamah dengan membuat rayuan untuk meringankan tindakan undang-undang yang akan dikenakan ke atas anak guaman saya ini.

Sekadar hiasan.

Hakim: Terima kasih. Dengan kuasa yang ada pada tangan saya, menguasai sepenuhnya mahkamah dan perjalanan mahkamah ini, sebagai pemilik, hak penggubal perlembagaan dan undang-undang, atas belas ihsan dari saya, saya meluluskan rayuan tersebut dengan beberapa syarat.

Syarat pertama; pesalah mestilah sesekali tidak akan cuba bertindak untuk mengulangi kesalahannya yang pertama. Pesalah juga mestilah bertanggungjawab sepenuhnya dan bersedia untuk menerima akibat sekiranya syarikat tersebut benar-benar akan mengalami kerugian dan sebagainya.

Syarat kedua; kamu wajib mengikuti dan melaksanan kerja-kerja kebajikan yang akan diputuskan oleh mahkamah dengan berterusan mengikut skala yang telah ditetapkan di dalam etika kerja-kerja kebajikan itu nanti. Sebarang perlanggaran etika tersebut berkemungkinan akan menyebabkan rayuan kamu akan ditarik kembali dan kamu akan dijatuhi hukuman sepertimana asal bagi hukuman kamu.

Syarat ketiga; kamu sebagai warganegara wajib menunaikan tanggungjawab kamu dan menunaikan hak-hak warganegara yang lain. Kamu dialarang sama sekali untuk mencabuli sebarang hak asasi manusia terhadap warganegara lain sepertimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Sebarang perlanggaran tersebut, akan menyebabkan kamu akan dibuang kerakyatan dan kamu sesekali tidak akan mendapat jaminan daripada mana-mana pihak sekalipun untuk melindungi kamu.

Kamu juga tidak akan diterima oleh mana-mana pihak untuk membantu kamu tanpa kewarganegaraan tersebut. Akibatnya, kamu tidak berpeluang dan terlepas daripada menerima sebarang kemudahan, keuntungan, royalti, subsidi dan sebagainya daripada mana-mana warganegara dan syarikat. Juga pihak mahkamah tidak akan memberi sebarang bantuan untuk kamu menerima sebarang bantuan yang telah disebutkan tadi.

Pihak mahkaman juga tidak teragak-agak untuk menjatuhkan kepada kamu hukuman yang berat di atas segala perlanggaran undang-undang yang telah kamu lakukan tersebut. Dengan ini, pihak mahkamah membebaskan pesalah, Hamizan, dengan ikat jamin menjalankan kerja-kerja kebajikan seumur hidup dan wajib melaksanakan hak dan tanggungajwab kamu sebagai warganegara. Sebutan tersebut mengakhiri perbicaraan pada hari ini.

Mahkamah ditangguhkan.

Hidup dalam mencari...

Saturday, May 2, 2009

Kajian Mengenai Labah-Labah




Hidup dalam mencari...