Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Thursday, March 12, 2009

Madu Tiga

Baru-baru ini, sebuah tajuk forum yang diadakan sempena program EMINENT ’09 di Tanta betul-betul menarik perhatian aku. Mana tidaknya apabila secara zahirnya forum tersebut bertajuk ‘Madu ‘Tiga’. Sekilas fikiran aku beranggapan ia membawa maksud maknawi iaitu poligami. Tetapi setelah diterangkan oleh panelis ia bermaksud majazi. ‘Madu Tiga’ yang dimaksudkan ialah ‘suami/isteri’, ‘ilmu dan thaqafah’ dan yang ketiganya ‘perjuangan’.

Perbincangan dimulakan dengan lebih kepada hakikat perkahwinan itu sendiri secara kasar. Fitrah, galakan dan keperluan perkahwinan itu sendiri. Iaitu pernikahan yang berlaku khususnya kepada mahasiswa yang masih di dalam proses menuntut ilmu. Diterangkan bahawa perhubungan yang tidak syar’ie adalah dilarang oleh Islam sebagai agama yang mementingkan akhlak dan pemeliharaan hak atas setiap insan. Hubungan yang terlarang membawa kepada kerosakan pada keturunan dan mendapat kemurkaan daripada Allah SWT.

Isteri/Suami

Semestinya apabila seseorang telah berpasangan, mereka akan bertambah tanggungjawabnya. Paling kurang perhatian yang perlu diberikan terhadap pasangan masing-masing. Belum lagi dibincangkan soal perbelanjaan, hubungan saudara-mara, masalah-masalah rumahtangga dan sebagainya. Setiap pasangan saling berhajat kepada layanan dan pastinya orang yang belum berkahwin terhindar daripada memerlukan layanan dan perlu melayan.

Ada dikatakan bahawa dengan berkahwin suatu semangat untuk menaikkan prestasi akademik akan berlaku. Malahan tidak dinafikan banyak perkahwinan membawa kepada kecemerlangan dalam kuliah dan pengajian. Mungkin kerana dorongan dan semangat daripada pasangan. Urusan dan keperluan kehidupan telah dipenuhi dan kepala tidak dibebankan dengan masalah kehendak naluri dalam fitrah manusia. Namun begitu kedapatan juga yang akhirnya tumbang dalam landasan menuntut ilmu kerana tidak mempunyai keupayaan yang secukupnya dalam mengurus rumahtangga dan perjalanan akademik mereka.

Ilmu dan Thaqafah

Bukannya selepas berkahwin makin rajin ke kuliah tetapi semakin berkurangan jejaknya di kuliah. Prestasi semakin merosot dan akhirnya terpaksa menambah tahun kerana mengulang tahun yang sama. Seandainya sebelum berkahwin kerap pergi pengajian talaqqi, menghadiri kuliah-kuliah tambahan, pembentangan kertas-kertas kerja, forum dan sebagainya, tetapi setelah berkahwin keterlibatannya sekakin berkurang. Boleh jadi, ia menggambarkan ilmu dan thaqafahnya tidak bertambah seperti sebelumnya.

Perjuangan

Ramai pelajar yang memikirkan statusnya sebagai mahasiswa aktif dalam berpersatuan. Menegakkan hak-hak pelajar disamping berperanan membawa fikrah dan hala tuju mahasiswa yang lain kepada pemikiran matang dalam bermasyarakat. Pada meraka inilah yang perlu diperjuangkan iaitu memberikan kebajikan kepada ahli. Dalam masa yang sama perjuangan dasar mereka adalah menegakkan agama Islam itu sendiri sebagai agama yang syumul. Perjuangan mereka adalah untuk memastikan Islam itu menjadi cerocok dalam segenap aspek kehidupan manusia, baik dari segi politiknya, ekonominya dan sosisalnya.

Setiap manusia berbeza pemikiran dan latar belakangnya. Berbeza bidang akademik atau jurusannya. Berbeza latar belakang keluarga dan berbeza fikrahnya. Suatu pendapat dilotarkan dalam forum tersebut. Apabila ditanya mengenai calon pilihan antara golongan doktor ataupun ustaz, si gadis jurusan doktor menjawab bahawa dia akan memilih daripada kalangan doktor sebagai pasangannya kerana berpendapat sukar untuk ustaz memahami kerjaya mereka. Kemudian dilontarkan oleh rakannya yang lain dengan mempersoalkan adakah para ustaz akan mampu memahami kerjaya mereka sebagai seorang doktor?

Ironisnya, walaupun ada perbezaan yang agak besar dari segi keadaan suami/isteri itu sendiri dan ilmu atau bidang jurusan mereka, ia bukanlah suatu penghalang. Ini kerana andai pemahaman setiap pasangan mengenai apakah tujuan mereka sebagai seorang mahasiswa dan sebagai seorang Islam dihayati dan difahami dengan mendalam.

Hakikatnya, walau mereka berbeza tetapi perjuangan mereka tetap sama dan satu iaitu berjuang untuk Islam. Berjuang untuk mendaulatkan kembali agama Islam sebagai negara dan kerajaan, Islam sebagai kehidupan, Islam di dalam ekonomi dan Islam di dalam kemasyarakatan atau sosial. Apabila terdapat kefahaman ini, mereka akan mengetahui tujuan, peranan dan pengkhususan masing-masing dalam sama-sama, melalui satu arah iatu berjuang untuk Islam. Ustaz dalam bidang ilmu agamanya, doktor dalam bindang kedoktorannya, akauntan dalam bidang ekonominya, jurutera, arkitek, peguam dan sebagainya dalam bidang masing-masing.

Kesimpulannya, kehendak berpasangan sememangnya fitrah bagi manusia. Ilmu dan thaqafah adalah keperluan dalam survivor kehidupan. Manakala perjuangan itulah merupakan aplikasi dan keperluan daripada kedua-dua perkara itu tadi. Ilmu dan pasangan masing-masing saling meguatkan dan melengkapi menuju puncak perjuangan. Andai pasangan saling ikhlas kerana Allah dan saling berkorban, memahami hati pasangan, peranan dan matlamat hidup ini, pastinya kebahagiaan yang menanti mereka. Andai tidak di dunia, tetapi kelak dikecapi di akhirat kelak. Akhirnya, tujuan yang tertinggi akan diperoleh iaitu keredhaan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat. Kemenangan dapat diperolehi hanya dengan pengorbanan.

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.”

(Surah ash-Shaff 61:10-13)

Alangkah indahnya lafaz ini dijadikan pegangan dan prinsip hidup…

“Sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah SWT”

Hidup dalam mencari…

Tuesday, March 3, 2009

Insan Mencari Cinta (1)


Kisah Satu

Sejak dahulu lagi insan telah didatangi cinta. Namun, insan tidak mengetahui dan menyedari adakah ia benar-benar cinta seperti apa yang diketahuinya atau cinta pada hakikat maknanya. Tapi yang penting baginya, cinta yang pada dirinya sedang dirasainya, itulah cinta. Cinta yang dia yakin seperi yakinnya dalam hakikat cinta walaupun tanpa disedari tiada cinta dan kecintaannya itu. Itu lebih kepada suka kerana tertarik, kerana adanya muka, salah satu penciptaan. Insan merasakan umurnya semakin bertambah.

*****

Kisah Dua

Kenapa perlu dilibatkan haiwan dalam cinta? Apakah kerana cinta seperti haiwan tersebut. Atau pencinta itu seperti haiwan yang dimaksudkan. Atau sifat cinta yang seperti haiwan. Tetapi insan tidak sedar, haiwan itu adalah berdasarkan akal dan fikirannya dalam menilai cinta. Kerana menilai cinta dan memuja cinta seperti tabiat haiwan itu.

Haiwan ini sebenarnya pernah menerima bunga. Dan dia juga pernah diberi jolokan seorang penyepi. Penyepi dari kawanannya. Maka, insan telah jatuh ke dalam alam cinta haiwan ini. Hanya sekadar permainan, suka-suka, tiada diketahui makna sebenar, matlamat dan laluan sebenarnya yang insan perlu membawa cinta.

*****

Kisah Tiga

Hari ini insan sedikit mengerti bahawa umurnya semakin berkurang. Ini bermakna jarak yang lalu semakin jauh. Lebih jauh dari umur tuanya. Tetapi insan tetap tercari-cari di mana cinta. Insan terkenang bahawa dia pernah menemui cinta buat pertama kalinya. Dia yakin. Tapi, kenapa cinta tidak bersamanya. Kalau cinta menerimanya, masakan cinta boleh lenyap? Kenapa cinta tidak menjelma dirinya tetapi menjelma banyangannya. Hanya bayangan. Insan hanya tahu bentuk keadaannya tetapi tidak tahu siapa bayangan cinta tersebut.

Suatu hari, insan bertemu dengan suka. Rupanya suka adik-beradik cinta. Cuma cinta lebih tua dan suka agak muda. Kalau diikutkan kata tuan mereka, cinta lebih matang dan lebih cekal. Cinta tabah dalam mengahdapi sebarang dugaan. Sehingga cinta sanggup berkorban. Tidak seperti suka. Dari penilainan insan sendiri, suka kelihatan lebih suka bermain-main. Tidak dengar kata. Malah tidak hairanlah tuannya lebih mempercayai cinta daripada suka untuk menemani orang dalam ketika singgah di perhentian pohon. Tapi insan lebih menyenangi suka dari cinta. Kerana suka tidak setegas cinta. Kerana suka lebih terbuka berbanding cinta. Walaupun suka tiada matlmat yang jelas dalam hidupnya, namun insan lebih mengambil suka sebagai teman berbanding cinta.

Akhirnya insan berdiri kaku, melihat menyedari perbezaan besar kembar cinta dan suka. Rupa-rupanya orang lebih senang dan percaya dengan cinta. Orang tidak mengambil suka dari insan, tetapi orang lebih memandang dan memepercayai cinta. Orang lebih suka yang tegas dan mempunyai matlamat hidup. Insan tahu menyedari bahawa dia, suka, cinta, orang mahupun nafsu adalah hamba. Hanya hamba kepada tuan.

*****
(Dipetik dari karya Insan Mencari Cinta)
Hidup dalam mencari...

Dijajah tanpa sedar

Hari ini hujan lagi. Lebih lebat berbanding semalan dan kelmarin. Kemungkinan hujan ini sebagai petanda bahawa musim musim sejuk akan berakhir dan musim panas akan menjelma. Dalam tempoh seminggu ke dua minggu akan datang.

Setiap kali musim hujan, setiap kali itu jugalah aku merasa sedikit rimas. Manakan tidak, keadaan jalan-jalan akan berlecak, berlumpur dan air-air bertakung di kawasan yang berlubang dan sebagainya. Inilah hakikat bumi keadaan bumi Mesir. Andai tidak hujan, udara akan berdebu dan apabila musim hujan, keadaan sekeliling akan berlecak. Mengotorkan pakaian dan sebagainya.

Apa yang berlaku adalah disebabkan di sini tiada sistem perparitan yang menyeluruh dan bersepadu. Sistem pengaliran yang mampu menyalurkan limpahan air hujan ke dalam longkang, parit dan sungai. Amat susah untuk menjumpai longkang di Mesir. Di jalan-jalan, kawasan peumahan, komplek-kompleks pasaraya dan pejabat sehinggalah ke tempat-tempat peranginan.
Aku pernah bertanya kepada seorang sahabat sewaktu baru tiba ke sini, mempersoalkan jalan yang berlecak dan tiada longkang. Apa yang dijawab ialah mungkin disebabkan kekerapan hujan turun di Mesir adalah sangat rendah. Maka, sebab itulah longkang dlihat sesuatu yang tidak penting dalam proses pembangunan bandar.

Kalau nak diandaikan tidak sampai teknologi pengairan dan perparitan, rasanya tak masuk akal. Ye lah, aku rasa ianya bukan suatu bentuk teknologi yang terlalu hebat sehingga sukar untuk diambil sebagai rujukan. Tapi, bila aku renung-renung balik keadaan bumi Mesir ni, aku bersetuju dengan diri aku bahawa Mesir telah mengalami kelembaban pembangunan atau kemajuan teknologi.

Baru-baru ini aku berjalan bersama seorang sahabat lain ke Kaherah dan singgah ke ‘Atabah untuk membeli minyak wangi. Dalam ketika waktu pulang ke Tanta, sahabat mengeluh. “Bila la Mesir ni nak bersih ye..?” Aku tersengih je la.

Aku buka topik. Mungkin ini kesan daripada sekatan yang berlaku terhadap Mesir. Manakan ridak, bukankan Mesir berada di dalam keadaan darurat sejak berakhirnya perang dengan Israel?

Beberapa sekatan yang berlaku hasil daripada beberapa perjanjian dengan Israel menyebabkan Mesir menjadi sebuah negara yang sedikit tercabul kehormatannya. Sekatan ekonomi terutamanya menyebabkan Mesir lambat membangun dan mengcapi kemajuan yang terkini secara menyeluruh. Kalau sampai pun hanya sekadar teknologi telefon bimbit.

Kewangan mereka disekat. Pembangunan moden lambat berlaku. Kemajuan teknologi lewat tiba ke sini. Semuanya untuk kesenangan dan kemudahan hidup rakyat. Namun, apa yang sangat cepat tiba ke Mesir ini ialah pengaliran budaya Barat. Tidak kiralah dalam bentuk pakaian, fesyen, hiburan, program televisyen dan akhlak. Ianya sangat cepat meresap ke dalam budaya kehidupan penduduk Mesir.

Secara peribadi, aku berpendapat inilah hasil rancangan musuh Islam untuk memusnahkan Islam. Bukan dalam bentuk penjajahan negara, tetapi penjajahan pemikiran. Tidak hairanlah apabila antara gerak kerja mereka ialah menjauhkan umat Islam daripada berpegang dengan al-Quran sebagai sumber rujukan dan perlembagaan hidup.

Ini berdasarkan kepada penilaian aku. Aku melihat taraf hidup rakyat Mesir tidak meningkat. Pembangunan masih dalam keadaan ‘kurang cergas’. Nilai kebersihan bagi mereka seperti lebih murah berbanding nilai sekotak rokok atau lebih rendah dari harga sepasang selipar buruk, Hendak dikatakan, kesedaran mereka memelihara dan menjaga kebersihan sangat rendah. Tiada kesedaran sivil untuk memelihara kebersihan. Tidak malu orang luar melihat keadaan negara meraka memiliki taraf kebersihan yang teruk.

Namun, budaya barat seperti diagung-agungkan. Pasukan bola Al-Ahly di puja-puja oleh kebanyakan penduduk Mesir. Fesyen pakaian perempuan menjolok mata walaupun bertudung. Pergaulan antara lelaki dan perempuan agak bebas di kolej-kolej, universiti-universiti dan di kawasan bandar.

Hasilnya, umat Islam mundur dari segi pemikiran dan peningkatan taraf kehidupan. Dalam pada yang sama budaya umat Islam terus dinodai dan dirosakkan. Pemikiran anak-anak muda terpengaruh dengan budaya Barat. Barat dijadikan kiblat dalam mereka mencari kehidupan yang fana.

Kekebasan selaku hamba Allah SWT...

Mungkin banyak lagi yang kita boleh muhasabah mengenai rancangan musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan keadaan umat Islam yang semakin kronik ini. Mudah-mudahn kita terhindar daripada sebarang fitnah. Semoga uamt Islam akan segera sedar tentang ‘diri meraka’ bangun dari lena keseronokan dan keselesaan.

Bersama-sama menunggu kebangkitan umat Islam ini.

28 Febuari 2009,
5:00 petang,
Tanta.

Hidup dalam mencari…

Hijab dan Kesucian


Hijab demi hijab yang menghijab dengan beribu-ribu hijab,
Kesucian adalah membuka segala hijab,
Cahaya kesucian menyingkap kegelapan hijab..

Sucikan diri dari dosa, Bertaubatlah..
Sucikan diri dari hadas, Bersuci dan berwuduklah..
Sucikan hati dari mazmumah, Isilah mahmudah..
Sucikan hati dengan zikirullah, Allah, Allah..


Inilah jalan pembuka hijab,
Barang yang suci harus diletak di tempat yang suci...


Hidup dalam mencari...