What I can tell about myself

Selaut puji-pujian hanya layak kepada Allah, Tuhan petala langit dan bumi. Segunung selawat dan salam kepada Pemberi Syafaat, al-Mustafa al-Amin, Muhammad SAW. Seterusnya kepada ahli bait baginda dan seluruh orang saleh sehingga ke hari kiamat.

Kiriman kali ini aku lebih mahu bercerita tentang pengalaman diri sendiri..

Pada zaman persekolahan dahulu tidaklah aku tahu-menahu tentang perjalanan pengurusan dalam sesebuah organisasi. Baik dari organisasi kepimpinannya sehinggalah kepada perjalan gerak kerja dan sebagainya. Dulu masa sekolah adalah aku terlibat dengan sekali dua mesyuarat yang boleh aku istilahkan wujud atau tidaknya aku di dalamnya tidak memberi sebarang kesan dari segi perubahan polisi, gerak kerja atau sebagainya.

Apa yang pasti bermulanya tingakatan lima ketika ditugaskan dalam Badan Teknologi Pendidikan, aku mula meminati bidang fortografi. Mungkin disebabkan jatuh cinta sentuhan pertama terhadap kamera yang diberi dan dipertanggungjawabkan oleh sekolah untuk aku mengambil gambar-gambar progran dan sebagainya.


Minat yang mula bertunas dengan pantas itu menghasilkan keinginan untuk mencari kursus-kursus yang melibatkan kemahiran berfotografi. Cari punya cari, melilau punya melilau akhirnya aku terjumpa dengan sebuah iklan di dlam bangunan Pertama Complex. Iklan mengenai kursus fotografi profesional. Gambar-gambar contoh yang diletakkan benar-banar menarik perhatian aku untuk aku meneruskan minat aku ini. Namun, bila terpandang harganya aku merasakan niat tersebut perlu dikuburkan sementara. Harganya kalau tidak silap RM 900 untuk hanya dua hari berserta malamnya.

Sehingga ke hari ini, mahu membeli kamera sendiri masih tidak mampu. Jadi, bila dah kempunan sangat nak ambil gambar, pinjam la dari orang. Lagi satu, yang tak best nya bila asyik disuruh ambil gambar, akhir-akhir gambar sendiri yang paling kurang. Gambar orang lain banyak, gambar sendiri 'jarang-jarang' dan 'kadang-kadang'.

Bidang fotografi merupakan bidang yang boleh aku istilahkan sebagai enjoy dan make yourself happy. Suatu kepuasan. Makin banyak melihat gambar-gambar menarik, makin geram rasanya (iri hati dengan hasil yang memukau - pada aku la..). Ini bab fotografi. Mengidam memiliki kamera sendiri. Kalau tidak 6 pixel, l8 pixel pun sudah memadai...


Aku ingat lagi masa darjah dua dlu aku ada melukis dua orang pahlawan terkenal dalam siri Dragon Ball. Nama yang masih aku ingat sehingga hari ini iaitu Trunks dan Picollo si jembalang bewarna hijau. Selain itu, pada zaman yang sama aku pernah melukis gambar sebuah motosikal TZM. Pernah juga suatu hari tu seorang kawan meminta aku melukis gambar yang sama, watak Dragon Ball. tapi aku memberi alasan bahawa aku mampu melukis seseuah gambar hanya sekai. Kalau untuk kali keduanya, pasti ianya tidak 'menjadi'.

Dulu sebelum rumah mak dan ayah dicat baru untuk kali pertama, akulah salah seorang pelukis dinding yang aktif. Lingkungan umur tadika. Melukis gambar rumah dan kereta menggunakan pensel warna bewarna biru. Bukannya apa, aku lukis masa tu pun disebabkan aku meresakan dinding rumah pada waktu tu kurang ceria. Maka perlulah diceriakan. Dinding kosong dan tidak boleh memberi inspirasi kepada ahli rumah. Jadi, aku berijtihad untuk melukis sedikit gambar sebagai sumber ilham kepada mak ayah dan adik-beradik yang lain.


Antara lukisan jenis lakaran atau kartun, aku lebih terdorang kepada bentuk lakaran pensil, pen hitan dan yang se'adik-beradik' dengannya. Bila mula sekolah di tingakatan satu, setiap kali balik rumah pada hujung bulan, mahu atau tidak kenalah singgah di Pasar Seni terlebih dahulu. Masuk sahaja bangunan Pasar Seni, tempat yang aku akan cari adalah sudut-sudut para seni lukis ber'uzlah' dengan lukisan-lukisannya.


Banyak tempat orang melukis di sana, dan pelbagai gaya dan sentuhan diberikan oleh sang pelukis. Motif potret, semulajadi, abstrak, bangunan, alam dan sebagainya. Dari satu sudut ke sudut yang lain aku singgah. Kadang-kadang lebih lima minit aku berdiri terpacak membatu melihat orang-orang di sana melukis.


Akhir sekali sebelum datang ke bumi Mesir ini aku ada terserempak dan bersembang dengan seorang pelukis di Pertama Complex. Aku menyertainya secara tidak langsung dalam lukisannya. Pada waktu tersebut aku meluahkan kepadanya bahawa aku benar-benar minat dlam bidang lukisan. Diterangkan kepada aku serba sedikit ilmu lukisan ni. Manggunakan artline, pensil karbon, pen sehinggalah ke karyon dan persil warna. Setelah mengambil nombor telefon aku berjanji dengannnya untuk berjumpa dan belajar serba sedikit tentang selok-belok melukis. Malangnya tempoh untuk aku terus berada di Malaysia ketika itu agak terhad. Cita-cita terkubur sementara waktu di Malaysia. Tapi tidak bermakna terus senyap di sini...


Aku tidak suka sejarah, kerana penerangannya panjang berjela-jela. Tapi aku cukup minat sejarah. Jadi apabila minat VS penerangan yang berjel-jela, penerangan tersebut kalah tersungkur. Dari siru minat aku untuk membaca bertambah dan minatku dalam bidak sejarah serta apa-apa yang ada kaitan dengannya aku bertambah. Sehinggalah ke hari ini aku masih berpegang, 'orang yang mampu mencipta sejarah adalah orang yang membaca sejarah'. Setakat ni dulu, sambung lain kali. Bilamana kelopak mata yang di atas merindui kelopak yang di bawah, mereka ingin sekali bertemu...


Hidup dalam mencari...

Comments