Al-Ghazzah Tahta An-Naar

Tirai 2008
Tirai 2008 M dilabuhkan dengan serangan Israel dan keperitan peperangan yang dirasai oleh penduduk Palestin. Inilah dia pengakhiran tahun 2008 dan inilah juga permualaan 2009, permualaan yang tragis. Hampir seminggu telah berlalu serangan Israel terhadap bumi suci Palestin. Masih tiada lagi tanda-tanda serangan tersebut akan diberhentikan oleh pihak Israel. Serangan pertama telah ditujukan kepada bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan Hamas, kerajaan yang menang secara rasmi dalam pilihanraya. Ramai anggota keselamatan Hamas telah terbunuh melalui serangan udara.

Serangan Israel pada kali ini lebih banyak menggunakan serangan melalui udara dan sebahagiannya melalui laut. Helah kali ini untuk menghalalkan serangan mereka ialah disebabkan serangan permualaan yang dilancarkan oleh pihak Hamas. Inilah helah saban tahun. Helah yang sangat mudah untuk pihak yang menyokong Israel mengiktiraf dan memperakui kenyataan tersebut. Kini serangan Israel diperhebatkan apabila pihak Hamas menyatakan ingin melancarkan Intifada (kebangkitan) yang ketiga.


Kerajaan Sah yang tidak Diiktiraf
Inilah gambaran betapa tidak adilnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang ‘dicucuk hidung’ oleh proksi zionis, Amerika dan Israel. Selain kuasa-kuasa veto yang lain berdiam diri, Perancis, China, England dan Russia. Mereka memperakui dan mengiktiraf kerajaan Fatah sebagai pemerintah Palestin sedangakan kerajaan yang memenangi pilihanraya hasil undian rakyat tidak diiktiraf, malah dikatakan sebagai punca keganasan. Amat jelas agenda barat yang memainkan peranan di dalam politik dunia.

Akhirnya Mahmoud Abbas dijadikan boneka untuk memudahkan perjalanan perancangan Yahudi Zionis. Mahmoud menyatakan bahawa serangan ini perlu dihadapi bersama oleh seluruh negara Arab. Ya, benar. Namun, apakah yang telah dialakukannya selama menjadi ketua kerajaan pilihan Amerika dan Israel dan bukan pilihan rakyat tersebut? Kerajaan Hamas mendapat kemenangan disebabkan kebajikan yang mereka hulurkan kepada rakyat Palestin, bukan kerana mainan politik.


Secara tidak sedar, kebanyakan kepimpinan negara pada hari ini adalah dibawah aturan pihak zionis. Tidak dinafikan negara-negara Arab, Eropah, Asia Tenggara tidak terlepas daripada aturan ini. Kepimpinan yang dipilih adalah kepimpinan yang dapat mereka jadikan sebagai proksi dalam memastikan rancangan Yahudi Zionis berjaya. Maka, tidak mustahillah apabila terdapat pimpinan negara-negara ini yang masih mempertahankan dan menyokong tindakan ketua sesebuah negara yang ternyata akan jenayahnya terhadap dunia. ‘Tidak menyokong rakyat yang membaling kasut’ bahkan mempertahankan kredibiliti ketua negara yang dibenci dunia tersebut. Adakah ini hasil aturan yang telah disusun Yahudi Zionis?

Wein Hum al-‘Arab?
Inilah serumpun bangsa yang penuh dengan kemuliaan kerana dari merekalah lahir ‘Penghulu segala Nabi’ dan ‘Pemberi Syafaat’ di akhirat kelak. Sehingga ke saat penulisan ini dilakukan, jumlah rakyat yang tercedera telah mencecah 2070 orang. Malangnya, meraka kurang merasakan tanggungjawab mereka dalam mengekalkan kemuliaan tersebut dengan cara mendaulatkan kalimah Islam di atas muka bumi Allah ini. Kurang merasakan bahawa mereka lebih-lebih lagi perlu memperjuangkan agama ini disamping menolong saudara-saudara Arab yang lain.

Wein Hum al-‘Arab? Umumnya ia merujuk kepada seluruh bangsa Arab, namun secara khususnya persoalan ini ditujukan kepada ketua-ketua negara Arab. Ke manakah perginya suara-suara kepimpinan Liga Arab terhadap isu ini? Kebanyakan mereka lambat bentindak dan memberi respon terhadap serangan ini. Mereka lambat bertindak dalam mengutuk serangan, lambat memberi bantuan ketenteraan dan kemanusiaan serta tidak membantu negara Palestin dalam erti kata yang sebenar sebagai saudara muslim.


Peranan Liga Arab tidak dapat dilaksanakan sebaiknya dalah menghadapi isu Palestin. Walaupun mempunyai sebanyak 24 buah negara ahli, namun mereka masih tidak mampu menjalankan dan melaksanakan artikel ke-16 iaitu “Mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mempertahankan mana-mana negara Arab jika ditakluk oleh mana-mana penverobohan”. Dalam serangan yang terbaru ini, dalam masa tiga hari pertama serangan, tidak ada langsung mana-mana negara Arab yang terus kehadapan dalam memberikan respon. Kemana mereka?

Al-‘Arab lil ‘Arab, sebuah lagu kemanusiaan gabungan daripada para penyanyi negara-negara Arab. Lagunya sungguh sayu, namun ke manakah penghujungnya penghayatan terhadap lagu ini? Andai orang ajnabi mengalir air mata mendengar lagu ini, apatah lagi orang-orang arab kerana daripada bahasa mereka sendiri? Tanah Arab untuk orang Arab, bukannya orang lain untuk dicerobohi, dizalimi dan dinafikan hak.

Oh I See
Akhirnya Pengerusi OIC sesi lepas kurang berjaya membawa OIC dalam memastikan peranannya terhadap negara-negara Islam terlaksana. Sepatutnya, Pengerusi OIC perlu menjadi pihak pertama dalam segala perkara yang berkaitan dengan negara-negara Islam dibawah naungannya. Pengerusi OIC perlu lebih peka dalam menanggapi isu-isu semasa yang berkaitan negara ahli. Isu politik, ekonomi, pendidikan, kemanusiaan, social, kesihatan, kebajikan dan sebagainya.


Apa gunanya platform OIC andai segala keputusan, polisi dan perlaksanaan kerja didasari oleh PBB yang terang nyata diperalat oleh Amerika dan Yahudi Zionis? OIC sepatutmya penjadi pertubuhan yang lebih berkesan dan proaktif. Bukanlah peranan OIC hanya dalam pakatan sosial dan ekonomi semata-mata, tetapi lebih memainkan peranannya sebagai sebuah organisasi yang betul-betul mantap dalam memberikan kebajikan dan perlindungan kepada negara-negara ahli. OIC perlu memayungi dan menjadi tempat bergantung negara ahli.

Sebagai sebuah organisasi induk bagi seluruh negara-negara Islam, OIC tidak boleh banyak bergantung di atas telunjuk mana-mana kuasa besar. Disebabkan OIC kurang berperanan dan terkehadapan dalam menghadapi isu-isu global serta kontemporari, OIC akhirnya tidak berpengaruh dan dihormati oleh negara-negara barat dan lain-lainnya. Contohnya isu Palestin dan beberapa siri penjajahan dan kekejaman ke atas negara-negara Islam. Tibalah masanya OIC perlu memperkasakan pentadbiran dan pengurusan disamping bersifat lebih proaktif, dinamik dan agresif dalam memastikan mereka berperanan sebagai kuasa ketiga dunia mewakili negara-negara Islam.

Human Rights?
Akhirnya keputusan dan muafakat yang telah dicapai dalam persidangan Geneva tidak diendah lagi. Negara yang lemah terus dizalimi dan negara-negara besar bersikap sombong melanggar ketetapan tersebut. Pelanggaran hak asasi manusia tidak diendah. Hak asasi anjuran PBB ini hanya melaksanakan tugas dan peranan apabila telah berlaku sekian banyak pelangggaran dan bukannya sebelum perkara tersebut berlaku.



Artikel dan ketetapan yang dibuat perlu diikuti sebelum peperangan dan bukannya sebagai landasan memberi pertolongan kemanusiaan selepas pelanggaran artikel berlaku. Satu pihak terus menjalankan kekejaman ke atas rakyat pribumi palestin dan satu pihak yang lain sibuk memberikan bantuan kemanusiaan padahal ada sebahagian mereka dari puak yang sama.

Pelanggaran Hak Asasi terus berlaku. Orang awam banyak terkorban, pembunuhan dan kematian orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak kecil. Pasukan perubatan tidak dibenarkan memberi pertolongan cemas, malah ada yang diserang. Bantuan kemanusiaan dihalang dan disekat. Masjid-masjid diserang dan dirosakkan tanpa sedikit pun rasa hormat.

Akhirnya kita akan dapati bahawa perancangan sulit Freemasonry terus berlaku. Susur jalur strategi dan perancangan mereka sedang melalui tahap-tahap yang telah direncanakan…

…kemudian sahabat bertanya: “Adakah kerana sedikit bilangan mereka?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak, bahkan ramai! Tetapi mereka seperti buih-buih di lautan…”

Hidup dalam mencari…

Comments