Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Monday, December 21, 2009

Memperkasa Peranan Media Malaysia

Pendahuluan
Zaman berlalu begitu pantas melewati kehidupan manusia yang kadang-kadang tidak mampu mengikut corak perubahan yang dibawa oleh kemajuan canggih dan globalisasi. Sehinggakan manusia seolah-olah daripada berjalan kembali merangkak mencari langkah yang pasti dalam membawa dan mendukung halajtuju serta matlamat kehidupan yang hendak dicapai. Bebanan kemajuan kadang-kadang menyiksa dan membebankan. Sekiranya sesebuh kelompok atau masyarakat tidak mampu mengikut aliran kemajuan ini, meraka akan dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Malah, sehinggakan kadang-kadang suara mereka dan produktiviti mereka ditolak mentah-mentah.

Kemajuan yang semakin tiada hadnya perlulah dinikmati menggunakan akal yang waras dan dan bertamadun. Menyelami dan menghayati hak-hak asasi disamping mengimbau teladan lalu sebagai rujukan sangat signifikan dalam memanipulasi kemajuan untuk kepentingan universal. Dalam Islam, kemajuan yang dirangkul perlulah bersumber dan berdasarkan Quran, Sunnah, Ijma’, Qias dan sumber sekunder Islam yang lainnya. Agar tidak lari dan terpesong daripada ajaran Tuhan, segala perancangan dan gerak kerja perlulah diteliti dan dikawal setiap masa.

Media di Malaysia tidak dapat lari daripada menerima tempias kemajuan ini. Kini media telah mampu menembusi saluran-saluran akhbar, media, televisyen, radio, internet, telefon bimbit dan sebagainya. Keghairahan penyampaian maklumat yang kononnya tanpa had dan kononya beretika tidak mampu mendalasi peribadi manusia kearah kehidupan yang benar-benar aman dan harmoni.

Had Media dan Etika
Dalam menyelusuri kemajuan teknologi ini, kita mendapati bahawa sesetengah golongan telahpun kembali merangkak setelah mampu untuk berdiri sendiri. Media yang sepatutnya berdiri di atas prinsip yang hakiki, memberi dan menyampaikan maklumat, mestilah dalam bentuk membawa kebaikan dan manfaat. Ini jelas di dalam Quran yang sangat menegah manusia melakukan kemungkaran bahkan menganjurkan manusia berlumba-lumba melaksanakan kebaikan. Akhirnya media yang dihidangkan penuh dengan perkara kemungkaran, penipuan, penyelewengan, penindasan dan diskriminasi.

Konon diwujudkan sebuah pertubuhan yang mengkaji, menyelia dan seterusnya mempunyai kekuasaan dalam meluluskan sesebuh filem. Andai filem tersebut mempunyai unsur-unsur yang menyalahi adat, etika dan budaya, maka ianya tidak melepasi sistem penapisan. Andai ia selari dengan ciri-ciri yang ditetapkan, maka ia boleh ditayangkan. Namun, pihak ini tidak mampu menjalankan tugas mereka sebaik mungkin. Seolah-olah mereka tidak mempunyai kepakaran yang sepatutnya perlu dipenuhi. Atau panel mereka akan meluluskan sesebuah tanyangan dan filem atau mana-mana yang melalui proses mereka, asalkan ada ‘bahagian’ untuk mereka disamping bertindak sepeti lembu yang dicucuk hidungnya oleh pemerintah. Hatta, apa yang benar dihalang dan apa yang batil itu ditayangkan.

Apakah bergaul bebas itu merupakan budaya Melayu? Apakah ‘gambaran seolah-olah meminum arak’ itu tidak menyalahi etika bangsa Melayu? Dan adakah menayang bentuk badan, membuka baju dan seumpanya merupakan nilai-nilai bangsa timur yang dipertahankan? Adakah ini semua memenuhi citarasa bangsa Melayu? Pastinya tidak! Malah ia sangat bertentangan dengan adab, etika dan cara-budaya seorang Muslim!

Mungkin, kelak ada yang lantang bersuara kerana, semua yang dikatakan tadi berifat kolot dan mundur. Ini tidak melambangkan kemajuan dan kebebasan asasi. Ini menyalahi dengan gaya hidup moden. Namun persoalan timbul, kolot dan mundur ini istilah daripada mana? Pihak mana yang menggunakan istilah ini dan ianya ditujukan kepada siapa? Kemajuan mana yang mahu dijadikan contoh oleh media Malaysia dan kebebasan apa yang dilaung-laungkan? Kebebasan untuk terus merosakkan jatidiri masyarakat? Kebebasan untuk terus merosakkan budaya dan pemikiran remaja serta kanak-kanak? Atau kebebasan untuk terus memasukkan idea, budaya dan pemikiran Barat yang jelas menyimpang dengan budada Melayu dan peradaban Islam?

Hakikat pada hari ini, hiburan berleluasa. Malah hiburan yang ditanyangkan sangat jelas membawa budaya Barat dan mengiklankannya kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, hiburan ini mula dijinakkan di peringkat kanak-kanak lagi dengan diadakan program bersifat melahirkan bakat hiburan muda. Apakah tujuan hidup dalam seseorang anak dan manusia? Mencapai taraf penghibur dan artis terhebatkah? Apakah ini yang mahu dilahirkan oleh negara? Inikah bentuk modal insan yang mahu dilahirkan?

Pada awalnya, kita mungkin mendabik dada dengan pencapaian kita mampu bergerak seiring dan sejalan dengan perkembangan teknologi media. Namun, dalam tidak sedar pemonopoli media seolah-olah keliru dengan tugas dan peranan yang sepatutnya mereka laksanakan. Tugas mereka dalam sebuah negara yang boleh dianggap kecil berbanding Rusia, masih berada di tangga negara-negara membangun di berbanding Amerika dan England jelas telah berjinak-jinak dengan kerosakan etika dan budi media. Media yang dikuasai bukan mahu disalurkan ke jalan yang betul, malah ianya digunapakai untuk menyebarkan propaganda, fitnah dan kekeliruan pemikiran. Saluran elektronik dan komunikasi yang dibentang digunakan tidak mampu memberikan kebenaran kepada masyarakat atau rakyat. Akhirnya rakyat hidup dengan penuh penipuan dan diperbodohkan oleh media.

Tidak dinafikan kedapatan media pada hari ini telah jauh menyeleweng. Tidak tertumpu kepada Barat sahaja namun telah wujud di sempadan Timur. Malah, tidak dinafikan telah berpenyakit kepada media di Malaysia. Media digunapakai untuk menyebarkan provokasi, propaganda dan prejudis yang negatif kepada sidang rakyat. Fitnah kepada orang lain digembur-gemburkan. Mainan politik dijadikan bahan utama. Memenangkan sebelah pihak bukan atas dasar kebenaran, ketatasusilaan dan penuh hikmah serta kredibiliti sebagai pihak media, tetapi penuh dengan perasaan dengki, fitnah, mengadu domba, serta melaksanakan kehendak sesetengah pihak kerana takut atas banyangan. Inikah kebebasan yang mahu dan telah dijadikan panduan oleh pihak media Malaysia pada hari ini?

Politik
Media seharusnya bijak dalam mendepadi isu yang berkaitan politik. Pada hari ini, wujud sekelompok manusia yang menolak politik sebagai salah satu cabang kehidupan mereka. Golongan ini melihat bahawa politik suatu permainan kuasa yang kotor dan menjijikkan. Mereka dijamu bahawa politik ini lebih menjurus perebutan kuasa dan perpecahan masyarakat. Politik yang membawa kepada kekeliruan masyarakat, masyarakat menjadi menyampah dan akhirnya mensisihkan budaya ketimuran yang diperjuangkan selama ini di samping mentafsirkan politik dengan makna yang sangat sempit dan tidak diletakkan pada tempat yang tinggi.

Politik akan melahirkan kuasa dan kuasa inilah yang mampu bertindak sebagai pemerintah dan pemimpin negara. Media seharusnya bekerja dan berjasa kepada negara. Ini kerana negara meruapakan asal atau asas dalam lapangan mentadbir rakyat. Parti yang menang di dalam pilihanraya dan akhirnya bertindak sebagai pentadbir dalam mengurus negara bukanlah satu pihak yang berautoriti penuh dalam pentadbiran sepanjang masa dan zaman. Parti yang kalah dan menang dalam pilihanraya akan silih berganti. Ini bermakna hak pentadbiran akan berubah mengikut parti atau pihak yang menang melalui proses pilihanraya yang telus.


Kedapatan media perdana di Malaysia pada hari ini seolah-olah bertindak berkerja untuk kepartian dan bukan berkerja untuk negara. Media bukan memberi sumbangan, kebajikan dan manfaat untuk negara, tetapi untuk kepentingan kepartian. Adakah parti akan terus memerintah sekiranya kalah di dalam pilihanraya? Bagaimana pula konsep yang akan dibawa oleh media arus perdana ini apabila parti yang mereka dukungi kalah dan tidak lagi menjadi pentadbir negara? Adakah mereka kemudiannya menjadi talam dua muka yang akhirnya melaksanakan tugas sebagai media arus perdana yang menyokong parti lawan yang menang pilihanraya apadahal merekalah dahulu paling hebat dalam memutarbelit berita dan informasi? Atau kelak mereka akan bertindak sebagai media yang bersifat pembangkang bagi menyalurkan berita parti dahulunya sebagai pentadbir negara?

Kejengkelan budaya dan etika media perdana ini sangatlah menjijikkan. Media seolah menjadi medan bukan untuk menegakkan negara dan mendaulatkan agama, tetapi menyalurkan perpecahan dan merosakkan pemikiran masyarakat dan jatidiri mereka.

Media dan Survivor Rakyat
Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan budaya ketimuran sebagai pegangan, perlulah menjadikan Islam itu sendiri sebagai elemen utama dan etika kehidupan serta budaya ketimuran sebagai paksi keperibadian. Media perlu bertindak sebagai medium utama ‘yang tidak kelihatan’ terhadap pertahanan negara. Walaupun kita telah mempunyai angkatan tentera yang sedia berkhidmat untuk tanah air, namun itu adalah barisan kedua. Barisan yang paling paling pantas dan ampuh adalah media. Sebagai contoh, kita boleh melihat bagaimana Taliban telah dikalahkan dengan mainan media terhadap peristiwa WTC terlebih dahulu sebelum serangan oleh Amerika Syarikat. Masyarakat dunia telah menerima kekejaman Taliban dan menimbulkan simpati terhadap Amerika Syarikat. Taliban sebagai pengganas dan Amerika Syarikat sebagai mangsa.

Pengajaran seperti ini perlu diambil berat oleh media Malaysia. Kembali kepada peranan media yang sebenar dalam menyampaikan kebenaran kepada setiap golongan dan lapisan masyarakat merupakan satu langkan permulaan yang baik. Kembali menghayati tanggungjawab sebenar media kepada agama, bangsa dan negara dalam melunasi dan menjadikan realiti segala wawasan, falsafah dan matlamat negara dalam bidang pendidikan, ekonomi, budaya, politik, agama, kemajmukan rakyat dan lain-lain.


Islam
Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di dalam perlembagaan, istilah Islam sebagai agama persekutuan memberikan banyak faedah luar kepada agama Islam itu sendiri dan umat Islam. Namun, faedah yang bersifat dalaman dan menyeluruh tidak dapat direalisaikan dalam bentuk yang sebenar kerana pihak pentadbir negara tidak memandang bahawa Islam ini bersifat syumul dan menyuluruh dalam segenap aspek manusiawi.

Agama Islam secara jelas menyenaraikan segala macam sifat keji dan terpuji. Sifat keji adalah untuk dielak bagi memastikan keamanan dan kedamaian masyarakat secara keseluruhan dan sifat terpuji perlu disemai ke dalam jiwa setiap warganegara bagi memastikan tiada onak duri dalam kehidupan majmuk. Setiap warganegara mempunyai hak mereka sendiri yang tidak boleh dilanggar dan Islam sangat meraikannya.

Islam jelas menegah manusia melakukan perbohongan, mengadu domba, menyebarkan fitnah sehingga membawa kepada kekeliruan dan kecelaruan masyarakat. Malah, Islam juga mengarahkan agar setiap berita atau maklumat yang diterima perlulah diselidiki terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada masyarakat agar maklumat yang diterima benar dan sahih daripada sumbernya. Peranan media adalah berbakti kepada negara dan masyarakat demi mempertahankan maruah negara dan bangsa Malaysia. Bukan merosakkan intitusi media dengan menyebarkan segala bentuk prejudis negatif yang akhirnya melemahkan pertahanan negara secara senyap menyusup perlahan-lahan.

Islam mengajak manusia agar hidup dalam suatu sistem yang selamat dan sempurna. Sistem yang menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan keamanan abadi di akhirat. Islam mengajak manusia agar bersatu dalam melakukan kebaikan dan kebajikan dan menjauhi segala bentuk perpecahan dan kerosakan. Islam menyarankan manusia agar bersungguh-sungguh dalam menegakkan sesuatu kebaikan dan kebenaran. Fikirkanlah apa cara sekalipun, asalkan kebenaran itu diutamakan dan bijak menyampaikan maklumat dalam menjamin kesatuan dan perpaduan pelbagai kaum melalui cara yang dibenarkan. Islam adalah agama untuk penganutnya, tetapi nikmat dan hikmahnya meliputi seluruh alam tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, kedudukan, jawatan dan lain-lain.

Ketimuran
Budaya ketimuran meliputi budaya majmuk yang hidup subur di Malaysia. Malaysia bukan negara bagi sesuatu bangsa, tetapi merupakan sebuah negara bangsa Malaysia. Masyarakatnya meliputi Bumiputera, Melayu, India, Cina, Sikh dan sebagainya yang terdapat di kepulauan Borneo. Budaya ketimuran dipandang tinggi dan murni oleh seluruh masyarakat Malaysia. Ini kerana ia melambangkan ketinggian akhlak dan budi pekerti, memiliki ciri tradisional yang melambangkan bangsa dan jatidiri. Penuh dengan adab, etika dan bertoleransi dalam muamalat. Inilah ciri ketimuran.

Malangnya, ciri ketimuran ini tidak benar-benar dihayati dan dilaksanakan oleh masyarakat dan media khususnya. Sifat-sifat terkeji masih sebati dalam perancangan dan gerak kerja meraka. Budaya ketimuran yang penuh dengan adab sopan santun, pemalu, bertimbang rasa, mempunyai pertahanan maruah yang tinggi tidak lagi dilambangkan melalui rancangan dan program televisten, drama, filem-filem dan forum-forum hiburan. Kembali kepada adat murni ketimuran adalah langkah yang terbaik dalam menghayati keseluruh semangat berbilang bangsa dan agama tanpa menafikan kehendak Islam. Research and development juga perlu di dalam penayangan segala bentuk rancangan melalui media dan etika serta adabnya perlulah ada. Tidak patut untuk semberono dan mengambil segala macam daripada ‘negara maju’ kerana takut media Malaysia kelihatan kolot, jumud dan ketinggalan berbangding media Barat.

Malaysia sepatutnya memiliki jatidirinya sendiri. Kembali kepada Malaysia yang agama rasminya adalah Islam, masyarakatnya berbilang budaya, ras dan agama, kehidupannya penuh dengan semangat dan adab ketimuran. Berpegang teguh dengan rukun negara yang lima dan merealisasikannya dalam segenap lapangan dasar dan perjalanan negara. Bukan sahaja pihak pemerintah, tetapi jabatan, unit, badan, suranhajaya yang di bawahnya.

Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan membawa kepada berpegang teguh dengan kehendak dan suruhan agama. Kabajikan dan kebaikan didahulukan dan segala kerosakan dihindari. Kesetiaan kepada raja dan negara, bukannya kepada kepartian, menyebarkan propaganda, menabur fitnah, kekeliruan kapada rakyat dan merosakkan minda dan pemikiran generasi pelapis. Keluhuran perlembagaan menjadikan setiap pihak, bermula daripada kepimpinan tertinggi sehinggalah seorang tukang sapu bersama-sama mempertahankan kredibiliti perlembagaan. Kedaulatan undang-undang adalah dengan menghormati undang-undang yang menjamin untuk kelangsungan sebuah negara Malaysia. Undang-undang yang diwujudkan untuk menjamin keharmonian negara dan masyarakat dan bukanlah untuk memelihara golongan pemerintah kepartian.

Kesopanan dan kesusilaan seharusnya terpancar jelas melalui akauntabiliti dan karisma pemimpin. Pemimpin seharusnya sebagai idol dan item utama dalam melaksanakan keseluruhan lima rukun negara ini. Inilah sepatutnya kewajipan bagi sesiapa yang mahu masuk ke dalam Dewan Negara mahupun Dewan Rakyat. Inilah kewajipan yang seharusnya ada bagi sesiapa yang mahu menjadi wakil rakyat. Inilah juga yang perlu dilaksanakan oleh pihak media dalam mengeluarkan segala bentuk produk rancangan, berita, program, drama, filem dan lain-lain. Kesopanan meliputi akhlak Islam dan budaya ketimuran. Kesusilaan meliputi penghayatan kepada kesedaran terhadap tanggungjawab terhadap negara, bangsa dan agama.

Penutup
Suatu dosa yang amat besar terhadap media dan tidak akan dimaafkan oleh negara dan masyarakat apabila selama ini media melakukan penipuan dalam penyampaian berita dan maklumat. Dosa media merosakkan pemikiran masyarakat dan pelapis generasi masa hadapan. Suatu dosa besar media merosakkan jatidiri masyarakat Malaysia melalui hiburan yang melampaui tanpa penapisan daripada unsur kebaratan dan yang merosakkan melalui rancangan televisyen, filem-filem dan sebagainya.

Kembalikan hak media. Hayati peranan media dan funginya terhadapa survivor negara. Janganlah kita menjadi setitik nila yang bakal menyebabkan keseluruhan susu binasa.

Dari sisipan mataku.

Hidup dalam mencari...

Tuesday, November 10, 2009

Pengakuan JPMK : Kenyataan Rasmi Pemangku Presiden



PMRAM sekali lagi melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap Prof. Madya Dr. Jamil bin Hashim, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) apabila mendapat tahu bahawa beliau tidak mengakui tentang beberapa persetujuan dengan pihak PMRAM yang telah dibuat pada 14 Oktober lalu.

Pengakuan yang telah dibuat ketika bertemu dengan Ahli Jawatankuasa DESAK pada 3 November 2009 itu merupakan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang berpengaruh serta mempunyai jawatan yang cukup tinggi.

Ketika saya dan beberapa orang Badan Pengurus PMRAM serta wakil YDP BKAN yang lain bertemu dengan beliau untuk mendapatkan penjelasan tentang isu Kutub Sittah, beliau bersetuju untuk membersihkan kembali nama PMRAM di peringkat Al-Azhar serta bersetuju untuk menghadiri dialog secara terbuka di hadapan semua mahasiswa dan mahasiswi.

Walaupun persetujuan tersebut telah dicapai, namun sehingga ke hari ini, pihak beliau masih belum melakukan apa-apa tindakan. Bagi PMRAM, ini merupakan tindakan yang tidak profesional daripada beliau walaupun PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu Kutub Sittah ini. Sebagai seorang pengarah JPMK, beliau sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dan bertindak sebagai seorang yang mempunyai jawatan yang tinggi.

PMRAM berharap agar semua ahli sentiasa berdoa semoga persatuan induk ini terus mendapat bimbingan daripada Allah SWT dalam setiap tindakan yang dilakukan serta dilindungi daripada sebarang gangguan dan ancaman.

Akhir sekali, saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan ahli terutamanya kepada Ahli Jawatankuasa DESAK kerana berjaya menyerahkan memorandum tuntutan ahli kepada Pengarah JPMK pada pertemuan 3 November lalu. Tandatangan yang dikumpulkan hampir 2500 ini membuktikan bahawa sokongan dan dukungan ahli kepada PMRAM terhadap isu ini.

Shahrizan bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden PMRAM 2009

Sumber.

Hidup dalam mencari...

Monday, November 2, 2009

Warisan

Saya sebenarnya benar-benar tertarik dengan video klip yang saya jumpa di youtube ni. Tentang warisan melayu.





ISLAM itu matlamat perjuangan,
Namun, nilai MELAYU kian malap,
Bukan salah melayunya,
Bukan salah jatidirinya,
Namun salah generasinya,
Yang kian alpa,
Dari pemimpin hinggalah rakyatnya,
Melupakan adab dan tradisi bangsa,
Menjadikan barat pengukur kemajuan,
Barat pengukur ketamadunan dan kemodenan,
Etika dan akhlak tercemar,
Pemimpin - rasuah,
Pemimpin - salahguna kuasa,
Pemimpin - makan duit rakyat,
Rakyat - masalah sosial,
Rakyat - bebanan hidup,
Rakyat - merempat, fakir kedana,
Hiduplah budaya! Islam dipinggirkan,
Hiduplah ekonomi! Islam disisihkan,
Hiduplah politik! Islam dinafikan,
Pemimpin -akhlak generasi muda rosak!
Rakyat - saluran hiburan diperhebatkan,
Pemimpin - inilah demokrasi negara Islam!
Rakyat - terhimpit provokasi fitnah,
Pemimpin - hidup melayu!
Rakyat - hidangan barat di merata tempat,
Pemimpin - rakyat diutamakan!
Rakyat - kaya makin kaya, miskin makin melarat..

Masih hidupkah MELAYU?
Masik tertegakkah ISLAM?

Kemana hilang landasan perjuangan?
Andai perjuangan diselaputi..
Wang, pangkat dan wanita.

Monday, September 21, 2009

Ku Terkenang Tragedi 1 Syawal 1419 Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar wa Lillahil Hamd

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya untuk-Mu Ya Allah, Rabbul Izzati, Tuhan pemilik alam dan 'arasy. Pengampun dosa dan pemberi rahmat, memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan menghinakan sesiapa yang Dia juga kehendaki. Kau terimalah segala amalan para syuhada' lalu atas niat ikhlas memperjuangkan agama-Mu dan pejuang serta syuhada' yang bakal menyusul.

Buatmu Ya Muhammad Rasulullah SAW, kekasih dan hamba Allah yang paling mulia, makhluk teragung di atas muka bumi. Engkaulah pemberi syafaat, engkaulah ketua kami di akhirat kelak, memimpin kami diwaktu tiada perlindungan dan naungan melainkan dengan izin Allah SWT, maka kau pimpinlah dan bawalah kami ke arah syurga Allah SWT.

...

Sejak seusai pulang dari rumah terbuka seorang sahabat, saya teruskan layaran saya di kota maya internet. Dalam fikiran saya hanya mahu mencari sesuatu tetapi tidak tahu apa yang hendak dicari. Melihat kembali tayangan video sebuah lagu yang di download dari youtube perihal tsunami oleh gabungan artis Malaysia bertajuk 'Suluhkan Sinar'.

Entah tiba-tiba ingatan saya kembali mengingati sebuah peristiwa yang mungkin sebahagian kita telah melupakannya atau ada yang tidak mengetahui. Pertama kali saya mengetahui peristiwa tersebut daripada sebuah tayangan amal yang dibuat secara kecil-kecilan oleh abang-abang senior di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu (SAMT KKB) pada tahun 1999. Masih jelas suasana tayangan tersebut dibuat, ketika berada di tingkatan satu.

Apa yang benar-benar saya ingat dan menyebabkan ianya terus saya mengingatinya ialah ia berlaku pada 1 Syawal, di waktu sepatutnya semua umat Islam bergembira menyambut kemenangan setelah menempuh Ramadhan selama sebulan. Mahu sahaja mengalirkan air mata sekiranya mengingati kembali peristiwa tersebut.

Pernah suatu ketika lebih kurang tiga tahun yang lalu, akibat semngat yang ingin tahu penyebab dan punca peristiwa dan tragedi ini berlaku, saya mencari sumber dan bahan bacaan mengenainya di Perpustakaan Negara. Tujuan asal ke sana adalah untuk mencari bahan bagi kajian ilmiah bagi diploma yang saya ambil untuk memenuhi syarat graduasi. Cari punya cari melalui komputer yang disediakan, pergi ke rak yang ditetapkan, akhirnya saya menjumpai apa yng dicari. Saya membaca sekilas. Nak baca perlu pinjam dan bimbang tiada masa untuk memulangkannya. Akhirnya saya ke mesin fotokopi dan melakukan penyalinan sebahagian tajuk yang menceritakan permulaan atau pendahuluan peristiwa tersebut. Sambil membaca, ingatan terhadap tanyangan secara langsung bergabung dengan apa yang saya baca menghasilkan sebuah imaginasi peristiwa yang berlaku di dalam minda saya, sehingga seolah-olah ianya sedang berlaku dan diri sendiri berada di dalam keadaan tersebut.

Peristiwa yang perlu kita semua ketahui secara mendalam. Melakukan analisis dan perbincangan di dalam usrah dan sebagainya. Ini isu kita, isu umat Islam. Mungkin tertalu 'over' kalau dikatakan mengkajinya terlalu dalam. Namun, inilah hakikat. Kita WAJIB dan SANGAT PERLU mengetahuinya. Lebih-lebih lagi ianya berlaku di kalangan serumpun kita, sebenua, jiran negara dan lebih penting seakidah kita.

Diwaktu ini, masih terbayang jelas dengan apa yang ditayangkan. Situasi...

.. kepala terbelah dua ditetak kapak..
.. badan terbelah ditetak parang..
.. anak panah tertembus di badan..
.. situasi kaki seorang lelaki yang terpaksa dipotong menggunakan gergaji besi akibat kaki tersebut telah hancur dalam keadaan sedar dan meronta kesakitan..
.. badan berlumuran darah dan kesan-kesan tetakan..
.. hayunan parang menggila memutuskan apa sahaja yang dihinggapi..
.. mayat bergelimpangan terbakar di dalam masjid..
.. seruan jihad dan kondisi pertempuran yang berlaku..

Memang, terlalu sedih dan pilu apabila mengngatinya.

Inilah ia Tragedi Ambon, Indonesia tanggal 1 & 2 Syawal 1419 H bersamaan 19 & 20 Januari 1999 jam 4:00 petang dan 8:00 pagi, 11 tahun yang lalu...

***

KRONOLOGIS KERUSUHAN DI AMBON MANISE
TGL. 1 & 2 SYAWAL 1419 H/ 19 & 20 JANUARI 1999
JAM 16.00 & 08.00 BTWI (WIT)

- Pada jam 16.00 terjadi pertikaian antara preman di pasar mardika.

- Pada pukul 18.00 terjadi kerusuhan di Batu merah antara kelompok Mardika dengan Batu merah.

- Pada pukul 21.00 terjadi kerusuhan di Batu Gantung dan sekitarnya. Penyerangan dilakukan oleh kelompok Nasrani dari Kudamati terhadap Kampung Batu Gantung. Massa muslim terkonsentrasi di Masjid dan bertahan menjaga jiwa dan keluarga.

- Pada pukul 22.00 ada 2 kelompok massa yaitu massa Nasrani yang terkumpul di Gereja GPM dan kelompok Muslim yang berkumpul disekitar Masjid An-Nur. Dua kelompok massa ini saling bertahan pada jarak 30 m.

- Pukul 23.00 terjadi penyerangan di Batu Gantung yang kedua kali oleh kelompok Nasrani dari Kudamati dari berbagai arah. Pada waktu yang sama, di sekitar jalan AM Sangadji - Anthony Reebok, massa membakar warung kecil di pinggir jalan, sebuah mobil dibakar pada kerusuhan ini. SD Al-Hilal juga terbakar.

- Pada Pukul 01.00 dinihari kelompok massa dari Nashara dan Muslim sudah saling berhadapan dan adu fisik di sekitar jalan AY. Patty dan Simpang dekat Masjid Al-Fatah, dilaporkan 1 orang dari kelompok Muslim tertembak dan belum diketahui siapa pelakunya.

- Pukul 01.20 dilaporkan bahwa kampung Banda Islam di depan kompleks OSM Air Salobar dibakar oleh kelompok Nashara. Penduduk sudah menghubungi Posko Ummat untuk meminta pertolongan, namun karena kondisi yang sulit, maka mengalami kesulitan dalam memberikan bantuan. 4 (empat) Rumah terbakar dalam kejadian ini.

- Pukul 02.00 dilaporkan oleh Posko Ummat bahwa ada perluasan gerakan atau kerusuhan dari Ambon ke Laha. Posko Keadilan telah meneruskan laporan tersebut ke Kompi C Waiheru (diterima oleh petugas Piket).

- Pukul 02.45 WIT, keadaan di Batu Gantung sudah mulai reda. Pihak Keamanan sudah mulai banyak berdatangan namun kondisi masih tegang, masyarakat setempat tetap siaga menunggu kemungkinan serangan berikutnya.

- Pukul 03.00 WIT menerima berita dari Posko Ummat bahwa Rumah Ust. Abdurrahman Khou di Air Salobar dibakar. Kemudian perumahan Kolam Susu (perumahan Arab) rumah tiga dikepung oleh kelompok orang yang belum jelas identitasnya dan disekitar rumah Ustazd Abdul Aziz Arbi ada yang terbakar.

- Pukul 03.30 ada informasi bahwa masjid As Sa'adah dibakar.

- Pukul 06.00 pagi (2 Syawal 1419 H) perusuh dan masyarakat berhadap-hadapan dan tidak ada kegiatan sama sekali.

- Pukul 06.30 banyak terdapat titik api baru yang terpantau di Posko 1.

- Pukul 07.00 ditemukan pembakaran ditoko Pelita.

- Pukul 07.40 dilaporkan jumlah korban makin bertambah.

- Pukul 08.15 dilaporkan bahwa kerusuhan meluas ke Galala.

- Pukul 09.15 penyerangan dilakukan kembali didaerah Batu Gantung.

- Pukul 10.30 korban bertambah lagi dipihak kita.

- Pukul 10.30 posko umat terkepung dan korban berjatuhan karena tertembak dan terkena panah, masyarakat batu merah siap siaga menjaga berbagai kemungkinan yang terjadi.

- Pukul 13.00 bantuan pasukan dari Ujung Pandang telah sampai di Ambon menggunakan angkutan udara. Korban sementara yang dapat dipastikan adalah 1 (satu) orang meninggal dan 13 orang luka-luka (terdapat/dirawat di Rumah Sakit Al-Fatah) Korban adalah korban dari insiden silale, batu merah an silale.

- Pukul 13.41 warga batu gantung waringin sedang SOS, posko keadilan mencoba menghubungi korem dan dijawab "personel sudah tidak ada".

- Pukul 13.30 perkembangan baru untuk warga rumah tiga dan sekitarnya bahwa warga rumah tiga, wailela, poka dan sekitarnya sudah mengungsi edenzipur untuk mendapatkan keamanan. Warga desa Benteng Karang mendapatkan informasi bahwa Al-Fatah sudah rata dengan tanah sehingga mereka bertindak dengan turun ke jalan dan membuat kerusuhan dengan membakar kampung kristen yang mereka temui sepanjang jalan. Setelah sampai di Passo dan bertemu brimob, mereka redam karena mendapat kejelasan bahwa kondisi Al-Fatah masih terkendali.

- Pukul 13.50 warga sekitar masjid Al-Fatah hampir semuanya mengungsi kedalam kompleks al-fatah.

- Pukul 14.10 Untuk daerah rumah tiga, wanita dan anak-anak diungsikan disatu tempat di Denzipur, sedangkan pria berjaga-jaga di sekitar masjid karena ada indikasi bahwa akan ada serangan ke arah rumah tiga.

- Pukul 14.25, akhwat dan anak-anak di sekitar perumnas diungsikan ke dalam masjid Al-Muhajirin Perumnas. Kondisi masih relatif aman untuk di perumnas.

- Pukul 14.45 daerah Batu gantung terbakar, saudara ikhwah kita Pak Budi Santoso (Wakil Ketua DPW) seluruh rumahnya terbakar, semua barang tidak terselamatkan termasuk kendaraan bermotor, dan bersamaan dengan itu Masjid di Batu Gantung dibakar habis. Informasi dari Ustadz Abdul Aziz, perusuh sudah menguasai masjid PLN, sedangkan Masjid An-Nur kondisinya sudah hancur.

- Pukul 16.26 warga Waihong terkepung serbuan warga Tarake (Nashara), dan terjadi saling bakar-membakar namun aparat di sekitar lokasi hanya ada 6 orang dan tidak bereaksi.

- Pukul 18.09 pasukan kostrad dari Ujiung Pandang sudah ditempatkan dilokasi rawan kerusuhan sehingga kondisi relatif lebih pemantauan terhadap provokator diketahui sebanyak 118 orang yang datang dari Jakarta.

- Pukul 18.45 diperoleh informasi bahwa masjid Al Muhajirin di Batigong Paso dibakar. Pada saat yang sama informsi dari Posko Umat di Al Fatah ditemukan sebanyak 76 korban, 10 diantaranya meninggal dengan rincian di RS Al Fatah 13 luka-luka 1 meninggal, di RS Tentara 10 luka-luka 3 orang meninggal, di RS Bakti Rahayu 2 luka-luka 2 meninggal , di RS Perigi Lima 40 Luka-luka 4 meninggal, (Jumlah 76 tsb, tidak termasuk korban yanbg dirawat di RSU Ambon). Informasi lain di daerah Air Salobar suasana memanas sehubungan dengan adanya mobilisasi massa Nashara di daerah Amahusu.

- Pukul 19.00 diperoleh informasi ada beberapa mesjid dibakar, antara lain mesjid Jamiatul Islamiyah di Galala dan Musholla di desa Galala.

- Pukul 21.00 diperoleh informasi dari TQ As Salam, bahwa ratusan warga Benteng Karang (Muslim) Turun menuju Al Fatah karena dapat Isue bahwa kompleks Al Fatah sudah rata dengan tanah. Mereka turun dengan kemarahan dan melakukan penyerangan terhadap desa-desa Kristen. Langkah mereka terhenti ketika mendapat Informasi dari Brimob bahwa keadaan Alfatah baik-baik saja.

- Pukul 21.15, masuk Laporan dari Slamet Wahyono yang bertugas di daerah Waitatiri bahwa serangan dari perusuh pada malam ini berasal dari laut dengan menggunakan kapal ikan, namun mereka berhasil dihalau warga setempat. Warga mohon Posko Keadilan untuk menghubungi satpol Air P. Ambon atau AL, dan sudah terhubungi (Polair) tetapi saat ini kapal operasinya sedang beroperasi di daerah Hatu.

Wassalam,
Mohon balasan jika sudah, terima Syukron.

POSKO KEADILAN
TELP.0911 378842, 379384
EMAIL : mailto:keadilan@...

Sumber.


Rupa-rupanya ia peristiwa ini juga diselewengkan oleh musuh Islam. Seolah-olah Islamlah yang salah. merekahlah yang disiksa dan dibunuh.[Sila baca]

Lihat dan baca apa yang disediakan di pautan-pautan ini. [1], [2], [3] dan [4].



Carilah lagi maklumat mengenainya. Semoga kita menjadi seorang yang 'FAHAM' terhadap agama sendiri.

Inilah sebabnya mengapa kita sangat-sangat dituntut untuk 'memahami' dengan sebenar-benarnya agama kita, Islam. Islam tidak memerlukan kita, namun kita yang akan teramat rugi andai tidak bersama Islam.

Kerana Islam, Nabi Muhammad SAW bermandikan darah pulang dari kota Taif.
Kerana Islam, Nabi Muhammad SAW dilempar najis, batuan, hinaan, ejekan dan kejian.
Kerana Islam, Nabi Muhammad SAW menolak harta, pangkat dan wanita untuk dikaburi.
Kerana Islam, Sumayyah menjadi syahid pertama dalam Islam.
Kerana Islam para sahabat syahid di medan perang, terputus tangan, tertusuk anak panah, terbelah akibat layangan pedang..
Kerana Islam, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali dibunuh.
Kerana Islam, parajurit Sultan Muhammad al-Fateh mengangkat kapal menyeberangi lautan darat.
Kerana Islam, Sultan Abdul Hamid II sanggup pertaruhkan nyawa untuk kedaulatan Palestin..

Semuanya kerana Islam..

Apa sumbangan, tindakan dan pengorbanan kita untuk Islam?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (Surah at-Taubah 9:111)

Salam Aidilfitri 1430 Hijrah untuk semua.

Hidup dalam mencari..

Thursday, September 17, 2009

Hadiah sempena Aidilfitri 1430 H

Assalamualaikum WBT..

Segunung puji yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat kita terus menghirup udara, manarik dan menghembus nafas setiap saat. Juga atas nikmat-Nya sehingga kita masih kekal dalam keadaan Islam dan Iman.

Selaut selawat kepada junjungan mulia dan teragung, Nabi dan utusan Allah terakhir, Ibnu Abdullah Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, peneraju gerakan muda, pembangkit kefahaman dan semangat Islam. Panglima yang ramah, suami yang penyayang, ketua negara yang penuh berhikmat terhadap rakyat yang majmuk. Engkaulah Ya Rasulallah, penerang dunia yang gelita dengan jahiliyyah sehingga ke hari akhirat.

Seterusnya kepada ahli keluarga baginda yang mulia daripada golongan al-Muthathohhirunn (suci mulia), para isterinya dan seluruh keturunannya sehinnga kehari ini dan selamanya. Juga kepada para sahabat Rasulullah SAW, as-Saabiquun al-Awwaluun, segenap Salafus-Saleh, para ulama', awliya' dan syuhada'.

Video yang saya perolehi ini sebenarnya telahpun lama diterbitkan dan wujud di dalam Youtube. Tapi, entah mengapa baru dalam tempoh seminggu ini saya menjumpainya melalui blog 10tahun.blogspot.com

Saya ketinggalan rupa-rupanya...

Inilah sejarah kita...

10 Tahun Sebelum Merdeka (1 of 4)


10 Tahun Sebelum Merdeka (2 of 4)


10 Tahun Sebelum Merdeka (3 of 4)


10 Tahun Sebelum Merdeka (4 of 4)


Federation of Malaya


Malayan Union


Ulasan sejarawan tentang 10tahun


Secara peribadi, saya amat kesal kerana sejarah yang selama ini saya pelajari, melalui bahan dan rujukan yang disediakan oleh pihak kerajaan sejak dibangku sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah, 'tidak lengkap', 'telah diseleweng' dan banyak penipuan walau saya tidak penafikan ada yang benar.

Bukan nasionalisme yang kucari, tapi ku cari Islam.

Kemenangan umat Islam untuk menemui Syawal kian tiba. Moga kemenangan yang sebenar untuk Islam kian membangkit.

Di kesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan, kepada seluruh yang saya kenali secara terus mahupun tidak. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini diterima oleh Allah dan kemenangan Syawal ini kita raikan bersama dengan penuh syukur kepada Allah SWT.

Hidup dalam mencari,

dan tetap akan terus mencari...

Monday, September 7, 2009

Facebook, Jaringan Internet, Israel dan Rancangan Zionis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, ahli bait baginda dan seluruh para sahabat, golongan as-Saabiquun al-Awwaluun.

Saya betul-betul tertarik dengan isu ini apabila di'link'kan oleh salah seorang sahabat alam YM list. Link tersebut disambungkan kepada sebuah blog yang dimiliki oleh saudara Khairul Afnan Khalid. Ini kali kedua saya membaca secara langsung perkara yang berkaitan dengan Facebook. Sebelum ini agak heboh di media Indonesia khususnya apabila Majlis Ulama Indonesia mahu mengharamkan situs Facebook. Malah ianya juga banyak diperkatakan oleh Facebooker sendiri dari kalangan rakyat Indonesia. Ingin saya berkongsi apa yang terdapat di dalam blog saudara Khairul Afnan Khalid.



Pada waktu yang sama ketika itu, saya ada menerima link daripada seorang sahabat yang mana ia menerangkan akan keterlibatan atau kaitan Facebook dengan CIA (pasukan risik) Amerika daripada blog Hasril Dot Com, entrinya bertajuk 'Facebook - Laman Sosial No. 1'. CIA merupakan salah satu daripada cabang agen Freemasonry.

Tidak dinafikan terdapat banyak pendapat yang memperkatakan menganai Facebook ini. Salah satunya daripada blog Mari Belajar yang penulisnya warga Indonesia. Tidak mustahil juga terdapat pandangan-pandangan lain mengenainya. Pernah suatu ketika saya ke lapangan terbang Kaherah yang lama, saya menjumpai sebuah buku. Sambil memerhatikan buku-buku yang berada di situ, saya tertarik dengan sebuah buku yang bewarna kuning. Benar-benar menarik perhatian saya. Tajuknya saya kurang ingat, namun buku berkenaan berkisar cara-cara untuk 'expert' dengan selok-belok penggunaan Facebook di internet. Dari satu bab ke satu bab sehinggalah seseorang itu benar-benar mahir dalam selok-belok Facebook.

Di dalam blog saudara Afnan juga ada menyiarkan berita menganai 'orang kuat' Google dan Facebook mengesahkan kehadiran meraka di dalam perayaan ulangtahun ke-60 Israel. Saya mencari sumber asalnya dan saya jumpa daripada akhbar Haaretz online, antara media akhbar utama Israel. Di dalam laporan tersebut Haaretz mengatakan bahawa selain Sergey Brinn (Google) dan Mark Zuckerman (Facebook), Presiden Amerika Obama dan bekas Perdana Menteri England, Tony Blair menyatakan pengesahan kehadiran mereka.

Barack Obama, calon Demokrasi yang menang di dalam pilihanraya yang di'harap'kan oleh masyarakat dunia dan Islam membawa perubahan terhadap dasar Israel kepada Palestin serta isu-isu yang berkaitan dengan penindasan di negara-negara Islam yang lain.

Bekas Perdana Menteri England, Tony Blair yang turun takhta akibat kemarahan rakyatnya di atas tindakan beliau melibatkan misi ketenteraan terhadap Iraq dan Afghanistan secara besar-besaran.

Mark Zuckerman, perintis Facebook.

Bekas Perdana Menteri England, Tony Blair yang turun takhta akibat kemarahan rakyatnya di atas tindakan beliau melibatkan misi ketenteraan terhadap Iraq dan Afghanistan secara besar-besaran.

' yang dibuat khas untuk menyatakan kemarakan dan ketidaksokongan terhadap Israel seperti group 'How Many People On Facebook Hate Israel And Support Palestine??????'


Sepertimana yang diketahui, jaringan lebar internet ini meliputi seluruh negara yang dianggap globalisasi tanpa semapdan. Memang benar ianya tanpa sempadan. Segala perkara yang hendak di akses tiada halangan kecuali yang telah diletakkan security atau laman berbayar. Malah ia tetap boleh dimasuki kepada para hackers.

Kembali kepada jaringan internet ini tadi. Kita telah tahu, enjin carian raksasa, Google dan Yahoo, mereka ini ada kaitan langsung dengan musuh Islam. Mereka yang mencipta internet ini dan mereka mempunyai kuasa meng'akses' seluruh laman atau apa sahaja yang boleh dianggap telah berada di dalam 'tangan' mereka. Mereka telah menguasai teknologi.

Apabila seseorang memasuki laman sesuatu web atau blog, maka secara tidak langsung pemilik atau IP komputer tersebut dapat dikenalpasti. Dengan ini, sesebuh blog dan laman web dapat mengetahui jumlah pengunjung yang mengunjungi laman dan blog mereka, negaranya, masanya dan mungkin boleh mengetahui individu-individu yang berkait langsung dengan laman atau blog tersebut. Fungsi ini memang ada kebaikannya.

Akan tetapi, melaluinya juga pemilik laman porno dapat mengetahui siapa yang melayari dan mengunjungi laman mereka. Jumlah pengunjung, negara mana dan masanya. Cara tersebut memberi peluang untuk mereka mengetahui bahawa orang Islam juga banyak melayari laman-laman web porno mereka. Dari situ, perancang yang mahu menghancurkan Islam menggunakan statistik tersebut untuk mengetahui dan mengkaji sejauh mana kehancuran akhlak umat Islam yang berada di sesebuah negara Islam tersebut. Perancangan teknikal yang sangat mudah dan amat mebantu kejayaan misi mereka. Selain itu, maklumat-maklumat dan gambar-gambar peribadi yang diletakkan di dalam jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, Hi5, Myspace dan lain-lain tidak mustahil ia boleh diakses oleh 'mereka' untuk tujuan permusuhan serta tujuan yang tidak baik.

Jika kita hayati dengan bijak, pelbagai kejayaan yang telah dikecapi oleh pada musuh Islam dalam menghancurkan menggunakan medium yang mereka cipta sendiri. Terkeluarlah persoalan hukum. Antara manfaat dan kemudharatan laman jaringan sosial dan sebagainya apakah hukum keterlibatan kita mengenainya? Bagaimanakah cara terbaik kita menggunakan medium yang ada untuk memastikan kemenangan Islam? Bagaimana untuk kita 'bergerak di atas landasan yang mereka bina' lantas kita memperkukuh ilmu dan jatidiri ke arah mendaulatkan Islam?

Semoga kita terlepas dengan fitnah penggunaan teknologi semasa ini dan mempergunakan sebaik mungkin medium jalur lebar.

Hidup dalam mencari...

Wednesday, September 2, 2009

Kedamaian




Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers



Damaikan perasaan
Lupakan segala kedukaan
Leraikan sengketa
Yang melanda di antara kita oohh...

Usahlah dikenang
Segala kedukaan lama
Biarkan ianya
Terlerai dari hati mu oh teman

Jangan diulang kesilapan lama
Bersama kita pastikannya
Kerana orang beriman tidak melakukan
Kesilapan berulang kali

Lihatlah hari esok
Yang bakal kita hadapi bersama
Semoga ia menjanjikan
Ketenangan yang kita cari

Ku tahu kita merindukan
Ku tahu kita mengidamkan
Ketenangan dan kedamaian

Semoga hari yang mendatang menjadi lebih cerah dan ceria dengan berkat Ramadhan. Bina permulaan yang baru dalam menjana ukhuwah yang lebih erat. Untuk teman-teman seperjuangan..

(Melahirkan isi hati melalui video..?? Hurm..)

Hidup dalam mencari...

The Tree by 15MALAYSIA





Ulama Pewaris Para Nabi

Hidup dalam mencari...

Sunday, August 30, 2009

Saturday, June 13, 2009

Sakitnya Hati...

Sakit hati bukanlah sejenis penyakit yang baru sahaja membiak dan tersebar di kalangan manusia. Malah ia telah tersebar sejak permulaan kehidupan manusia di atas muka bumi ini lagi. Sakit hati yang berlaku di antara anak-anak Nabi Adam AS, Qabil terhadap saudaranya Habil.

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!." Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Maa'idah 5:27)

Semua manusia tidak sempurna. Saya tidak nafikan kadang-kadang diri ini juga ada merasakan sakit hati terhadap sesuatu yang berlaku. Antara ianya berlaku pada waktu kini atau perkara yang telah lepas. Pastinya sebab sakit hati pada orang lain adalah kerana hati itu sendiri yang sakit. Padanlah juga apabila diistilahkan dengan 'sakit hati' bukan?

Banyak buku-buku yang membicarakan masalah hati. Kerana apa? Kerana hati inilah raja bagi tubuh seseorang, manusia. Dialah raja dalam segala tindakan, percakapan, pemikiran, pendengaran, penglihatan dan selainnya.

Kadang-kadang saya gemar membelek-belek buku Bidayatul Hidayah. Dikatakan sekiranya semua buku yang berada dia atas muka bumi ini terhapus, maka cukuplah Bidayatul Hidayah mengembalikan akhlak manusia dan memberi keamanan di kalangan manusia.

Setiap kali membacanya, saya mengakui bahawa diri saya sendiri masih belium mampu dalam erti kata yang sebenar untuk menghayati dan mengaplikasikan apa yang disenaraikan dan disebut oleh Imam al-Ghazali. Bahasanya cukup tinggi dan perlaksanaannya benar-benar memerlukan kepada pemahaman dan persediaan zahir dan batin.

Perasaan sakit hati kepada orang lain adalah berpunca daripada hati kita sendiri yang 'sakit' sebenarnya. Ia merupakan salah satu daripada cabang maksiat. Maka benarlah kata Imam al-Ghazali bahawa untuk membersihkan dan menyucikannya ia memerlukan tindakan yang berterusan (istiqamah).

Mari kita melihat serba sedikit apa yang Imam al-Ghazali ulas mengenai penyakit 'Sakit Hati' ini. Bersesuaian andai saya mengaitkan sakit hati ini dengan perasaan 'hasad'.

Sifat hasad adalah salah satu cabang daripada sifat bakhil. Ini adalah kerana orang yang bakhil tidak mahu memberikan sesuatu yang ada di tangannya kepada orang lain. Dan 'syahih' (bersangatan bakhil) ialah orang yang tidak mahu melihat kurnia Allah atau perbendaharaan Allah yang sebenarnya bukan perbendaharaannya tercurah kepada sesiapa sahaja daripada hamba Allah.

Orang yang hasad ialah orang yang merasa keberatan bahawa Allah mencurahkan nikmat dan kurnia kepada salah seorang di antara hamba-hamba Allah. Sama ada nikmat itu berupa ilmu, harta, kecintaan manusia atau apa sahaja habuan yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya sehingga orang yang hasad itu bercita-cita kalau nikmat Allah itu hilang dari orang lain walaupun ia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada hilangnya nikmat itu. Maka sifat hasad ini merupakan kejahatan yang luar biasa.

Menurut Imam al-Ghazali lagi, orang yang hasad ini sebenarnya sentiasa jauh daripada kasih sayang Allah SWT dan sentiasa berada di dalam siksaan di dunia dan akhirat. Di dunia ini seseoranga yang hasad berasa tersiksa dengan tekanan perasaan keran bila-bila masa Allah SWT selalu mencurahkan kurnianya kepada orang ramai, bahkan kepada kawan-kawan orang yang hasad itu yang ia mengenali mereka.

Allah sentiasa mencurahkan nikmat ilmu, harta dan kedudukan. Maka sentiasa pulalah orang yang hasad itu dalam penyiksaan bila ia melihat kemurahan Allah SWT terhadap orang lain. Maka begitulah keadaannya sehingga akhir hayatnya.

Manakala di akhirat kelak akan menerima azab yang lebih dahsyat kerana seseorang hamba tidak akan mencapai hakikat iman selama ia masih belum lagi mencintai bagi seluruh kaum muslimin apa-apa yang ia cintai bagi dirinya sendiri. Bahkan, sepatutnya ia hendaklah bersama dengan perasaan seluruh kaum muslimin baik dalam kesenangan mahupun kesusahan. Ini adalah kerana umat Islam itu bagaikan sebuah bangunan, di mana satu bahagian mengukuhkan bahagian yang lain dan seperti batang tubuh apabila mana-mana anggota berasa sakit, maka penderitaan itu dirasakan oleh seluruh anggaota badan yang lain.

Jadi, apabila engkau mendapati hatimu bukan dalam keadaan yang seperti ini, maka ini bermakna sifat hasad masih wujud di dalam hatimu. Oleh sebab itu, hendaklah engkau berusaha untuk membersihkannya kerana usahanya dalam meninggalkan penyakit hati ini adalah lebih penting daripada engkau menyibukkan diri dalam mendalami ilmu furu' (ilmu fiqh yang bersifat cabang dan secara terlalu terperinci) yang ganjil-ganjil dan mendalami masalah-masalah yang dikhilafkan oleh para ulama.




Inilah Hati by Xifu.

Sebenarnya sangat susah untuk seseorang membersihkan hatinya daripada segala sifat cela. Perasaan tidak puas hati, sentiasa orang lain sahaja yang salah, dia sahaja yang betul, merupakan bibit-bibit awal penyakit hati ini. Tiada jalan lain melainkan jalan mujahadah dan istiqamah dalam jalan tersebut.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia sembahyang. (Surah al-A'la 87: 14-15)

* Saya perolehi video ni daripada youtube. Lebih kurang setahun yang lalu. Tapi bila mencarinya kembali di youtube, tak jumpa-jumpa. Entah ke mana lah ia menghilang...

Hidup terus mencari dan menanti...

Friday, June 12, 2009

Kemalangan Pelajar Perubatan Kaherah

Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.

Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.

Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.

Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.

Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.

2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti - mediaPERUBATAN

* Walaupun saya memang langsung tidak mengenali saudara Ammar, tapi apabila mendengar berita kematiannya, terasa benar-benar pilu dan sedih. Bagaimana rasanya apabila seseorang rakan yang sangat rapat dengan kita, senang susah bersama, sedih dan gembira bersama, meninggalkan kita. Meninggalkan sahaba-sahabat yang lain. Pastinya, tiada kata yang terucap. Kenangilah dan berbaktilah sebaik mungkin dengan sahabat-sahabat kita selagi mereka masih berada di sisi kita. Benar-benar pilu apabila ada rakan yang meletakkaan lagu 'Kau Sahabat Kau Teman' daripada kumpulan Hijjaz di blognya.

Salam Takziah kepada ahli keluarga Ammar dan seluruh sahabat yang mengenalinya.

Al-Fatihah...

Wednesday, June 10, 2009

Orang Yang Baik Akhlaknya

Dan janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika ia dirangsang oleh nafsu syahwatnya. Dan Saidina 'Alqamah telah menghimpunkan segala akhlak yang baik dalam wasiatnya kepada anaknya ketika ia hendak mati.

'Alqamah berkata:

"Wahai anakku! Apabila engkau mahu bersahabat dengan seseorang, maka buatlah persahabatan dengan orang yang;

1- Apabila engkau berkhidmat kepadanya, maka ia akan memelihara akan dikau,

2- Apabila engkau bersahabat dengannya, maka akan bertambah nilai dirimu,

3- Apabila engkau ditimpa kesusahan, ia akan turut sama menanggung kesusahanmu,

4- Apabila engkau menolong akan dia, nescaya ia akan membalas kebaikanmu,

5- Apabila ia melihat akan kebaikan daripadamu, nescaya mengambil kira dia akan ia,

6- Apabila ia melihat akan dirimu kejahatan, nescaya menutup dia akan ia,

7- Apabila engkau berkata, nescaya membenarkan ia akan perkataanmu,

8- Apabila engkau mengusahakan akan sesuatu perkara, nescaya menolong ia akan dikau,

9- Apabila engkau berselisih dengannya pada sesuatu, nescaya melebihi ia akan dikau."


Dan berkata Saidina Ali bin Abi Talib RA:

"Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan ia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu dan ia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian."


Dipetik daripada kitab Bidayatul Hidayah.

Hurm...

Hidup dalam mencari...

Sunday, June 7, 2009

كيف نتعلم الإعراب : طريقة ملونة مبتكرة

Sebagai seorang pelajar azhari, perkara yang paling utama ialah pengasaan bahasa Arab. Ini kerana sebahagian besara silibusnya adalah berbahasa Arab. Selain pelajar azhari, pelajar perubatan di bumi Mesir juga tidak lari daripada keperluan kepada pengausa bahasa Arab. Pelbagai cara perlu dicari dan dipraktikkan agar ianya berkesan dan mampu membatu pelajar tersebut dalam pengajian dan komunikasi mereka.

Sebuah buku yang patut dimiliki oleh setiap pelajar yang ingin mendalami bahasa Arab ialah Kaifa Nata’allamu al-I’rab, Thariqatu Mulawwanatu Mubtakiratu (Bagaimana Mempelajari I’rab, Cara Berwarna di Peringkat Awal) yang ditulis oleh Taufiq bin Umar Balthah Ji terbitan Dar al-Fikr.

Bagi penulis, ianya merupakan sebuah buku yang terperinci. Disamping membincangkan sesuatu tajuk dengan cara yang ringkas dan padat, ianya juga disertai dengan peneranagan ringkas subtopik dan contoh-contoh yang berkaitan.

Sebelum memasuki perbincangan besar tajuk-tajuk Nahu, pada permulaannya penulis mendedahkan secara umum ilmu I’rab mengikut disiplin terhadapa setiap ilmu. Bermula dari Ta’rif, diikuti dengan Muraadif, Waadhi’, Asbaab, Maudhu’, Faa’idah dan al-Farqu baina ‘Ilmu al-Nahu wa ‘ilmu al-I’rab.

Di dalam buku ini diterangkan 7 bab besar. Bab 1, Ta’rif ‘Aam bi al-Musthalahaat al-I’rabiyah. Bab 2, I’raab al-Mufradaat. Bab 3, I’raab Syibhu al-Jumlah. Bab 4, I’raab al-Jumlah. Bab 5, I’raab al-Mashadir al-Mu’awwilah. Bab 6, Amthilah Mu’rabah Tfshilan. Bab 7, Fawaa’id fi al-I’rab.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah, buku ini di dalam babnya yang ke-6 menyediakan perkataan dan disertai dengan I’rabnya da;am bentuk jadual secara terperinci. Satu tajuk khas untuk contoh bagi kesemua tajuk yang diperbindangkan di dalam buku. Selain itu, buku ini menggunakan kombinasi warna hijau dan merah agar penyampaiannya menjadi lebih menarik kepada pembaca mahupun pelajar.

Mempelajari bahasa Arab merupakan keperluan yang sangat-sangat dituntut kepada semua umat Islam. Lebih-lebih lagi yang mendalami ilmu agama kerana khazanah kebanyakan ilmu dan ilmu agama khususnya menggunakan bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa agama islam dan merupakan bahasa antarabangsa. Al-Quran merupakan bahasa Arab dan untuk memahaminya kita tidak dapat lari daripada untuk mempelajarinya. Bagaimana mungkin kita tidak rasa terangsang apabila dikatakan bahasa Arab itu bahasa syurga?

Mari kita sama-sama hayati pesanan penulis buku ini, “Pembaca perlu memahami perbincangan buku dengan baik sebelum mempraktikkan kaedah yang baru di dalam I’raab dan memahami juga maksud peringkat-peringkat I’raab yang sepuluh beserta syarahnya sehingga ia mampu melakukan I’raab (ke atas perkataan-perkataan arab). Selain itu mampu merujuk kembali kepada syarahannya ketikamana timbulnya keraguan di dalam melakukan I’rab.”

Disediakan oleh: Hamizan bin Abdul Karim


* Revinsi buku ini diambil daripada majalah Suara Kampus Edisi Tanta (SAK-T), Bilangan ke-5, Tahun 2009.

Kenangan Indah





Album : Syahadah
Munsyid : Nazrey Johani
Judul: Kenangan Indah
http://www.liriknasyid.com/


Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

*
Zaman Nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panas yang membakar lawan

Di celah itulah kita mengatur langkah
Membina semula ukhuwah
Di sini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam
*

*Ulang*

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun dunia baru Islam

Lakukan perubahan.
Hidup dalam mencari...

Mengetahui Hakikat Modal Insan

Menjelang RMK-9: Modal insan agenda utama kerajaan

PEMBANGUNAN modal insan akan terus menjadi antara agenda utama program pembangunan negara pada masa akan datang selaras usaha membentuk individu berketrampilan dan berkualiti dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sehubungan itu, Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tempoh antara 2006 dan 2010 yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jumaat ini dijangka memberi tumpuan kepada aspek pembangunan modal insan.

Antaranya, ia meliputi usaha membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, memiliki nilai jati diri, beretika, mempunyai pendidikan, terlatih dan mempunyai pekerjaan sewajarnya.


Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Mohd Salleh, berkata pembangunan modal insan bukan saja penting kepada pertumbuhan masyarakat, malah memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi.

“Modal insan mempunyai dimensi yang luas iaitu daripada aspek individu, masyarakat dan ekonomi.

“Dengan memperkukuhkan modal insan itu sendiri, ia akan menggalakkan peningkatan produktiviti negara, sekali gus akan menjana pendapatan lebih baik di samping mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, semalam.

Bagi negara yang mana aset materialnya rendah seperti Korea Selatan dan Jepun, mereka berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding negara maju lain.

Kejayaan yang dicapai kedua-dua negara itu sering dijadikan model oleh negara lain, termasuk pesaing dalam menangani aspek nilai dan jati diri sebagai pemacu kepada pertumbuhan negara.

“Dengan nilai modal insan yang tinggi, rakyat Jepun dan Korea Selatan berjaya membuka mata dunia terhadap kemajuan yang dicapai. Rakyatnya mempunyai kesetiaan tinggi bukan saja terhadap negara, malah pekerjaan.

“Kita mahu masyarakat Malaysia menjadi orang berilmu, berkemahiran dan memiliki integriti yang tinggi,” katanya sambil menekankan bahawa peranan pembangunan sosial perlu diseimbangkan dengan pembangunan fizikal.

Dalam pada itu, Di Ismail berkata modal insan juga mampu meningkatkan mobiliti masyarakat dalam membentuk anjakan paradigma ke arah mencapai masyarakat yang cemerlang.

Justeru, pemahaman mengenai kepentingan modal insan perlu diberi penekanan di kalangan rakyat supaya mereka memahaminya dan memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan serta mencapai matlamat.

“Pemahaman rakyat terhadap pembangunan modal insan itu sendiri mungkin tidak menyeluruh. Ada yang berpendapat ia membabitkan aspek pendidikan dan yang lain pula melihatnya sekadar latihan saja,” katanya sambil menambah nilai adalah perkara subjektif untuk ditaksirkan.

Tumpuan terhadap pembangunan modal insan juga dapat mengurangkan jurang pendidikan serta taraf hidup di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Mungkin tidak ramai antara kita yang menyedari bahawa jurang itu kini semakin melebar.

Dalam bidang pendidikan sebagai contoh, walaupun ada di antara sekolah luar bandar yang mempamerkan prestasi lebih baik berbanding sebelum ini, secara keseluruhannya perbezaan masih ketara berikutan kurangnya kemudahan dan guru berpengalaman.

Dr Ismail berkata, ada beberapa perkara berkaitan pendidikan yang akan menjadi tumpuan pada RMK-9 iaitu memperkasakan sekolah kebangsaan supaya menjadi sekolah pilihan dan merapatkan jurang pendidikan di antara kawasan bandar dan luar bandar.

Antara lain, kerajaan akan memberikan tumpuan terhadap usaha meningkatkan kerjaya perguruan dan menyediakan graduan yang dikehendaki pasaran melalui usaha menambah kemahiran dan kecekapan mereka dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Untuk tujuan itu, kerajaan dijangka memperuntukkan kira-kira RM40 bilion bagi pendidikan dan latihan.

Aspek lain yang akan diberi penekanan dalam RMK-9 ialah berhubung pertumbuhan ekonomi dan pengagihan kekayaan di kalangan rakyat.

“Walaupun ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan tinggi dan menggalakkan, jurang pendapatan di kalangan masyarakat juga semakin melebar. Ini berlaku kerana pengagihan kekayaan yang tidak merata.

“Sepatutnya dalam usaha mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan, pada masa sama jurang pendapatan di antara rakyat dapat dikecilkan,” kata Dr Ismail.

Dalam pada itu, RMK-9 dijangka dapat memberi nafas baru kepada pertumbuhan sektor swasta yang menjadi enjin kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Bidang baru seperti bioteknologi, perkhidmatan dan sektor pertanian adalah antara yang bakal menjadi tumpuan RMK-9.

Rancangan pembangunan lima tahun kali ini juga dijangka memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki ketidaksamarataan sosio ekonomi dengan mengambil pendekatan berbeza berbanding sebelumnya.

Selaras saranan Abdullah supaya memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti dan peningkatan daya saing, RMK-9 juga dijangka menumpukan kepada sistem penyampaian. Tiada makna jika negara mempunyai perancangan yang baik, tetapi gagal dilaksanakan.

Note: sumber: Berita Harian. 30/3/2006

Perkara yang hendak dicapai oleh kerajaan melalui Modal Insan:

1- Umumnya ke arah membentuk individu berketrampilan dan berkualiti;

2- Modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, memiliki nilai jati diri, beretika, mempunyai pendidikan, terlatih dan mempunyai pekerjaan sewajarnya;

3- Penting kepada pertumbuhan masyarakat, malah memberi kesan besar kepada pertumbuhan ekonomi;

4- Menggalakkan peningkatan produktiviti negara, sekali gus akan menjana pendapatan lebih baik di samping mewujudkan peluang pekerjaan;

5- Pembangunan modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding negara maju lain;

6- Masyarakat Malaysia menjadi orang berilmu, berkemahiran dan memiliki integriti yang tinggi;

7- Rakyat yang mempunyai kesetiaan tinggi bukan saja terhadap negara, malah pekerjaan;

8- Mengurangkan jurang pendidikan serta taraf hidup di antara masyarakat bandar dan luar bandar.

*********************************

Modal Insan Menurut Islam
Oleh : Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Wahai hamba-hamba Allah, saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri supaya bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa. Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan adalah bertakwa kepada Allah.

Seterusnya marilah kita memberi perhatian kepada perkara hangat yang diperkatakan kini iaitu yang berkaitan dengan modal insan. Persoalannya ialah modal insan untuk apa?

Perkara ini difahami mengikut ideologi dan fahaman masing-masing. Ideologi yang berteraskan kebendaan menyatakan bahawa modal insan adalah menggunakan manusia bagi memajukan negara untuk mendatangkan hasil ekonomi serta kemajuan kebendaan yang meningkat sama ada ideologi sosialis, komunis mahupun kapitalis.

Mereka memberi penekanan bahawa manusia menjadi modal insan untuk melahirkan manusia yang memberi kemajuan dari segi kebendaan.

Adapun Islam, agama Allah SWT melihat modal insan itu mestilah berpandukan acuan serta ketetapan daripada Allah SWT. Allah telah menetapkan tiga tujuan manusia dijadikan di muka bumi.

Pertama, supaya mereka beribadat kepada Allah, dengan makna mengabdikan diri, tunduk kepada semua perkara yang diperintah oleh Allah.

Perkara kedua adalah manusia dijadikan sebagai khilafah dengan tujuan untuk mentadbir bumi Allah dengan agama Islam.

Ketiga adalah untuk memikul amanah dalam menunaikan perintah Allah sama ada dalam ibadat atau melakukan khilafah.

Bagi menyempurnakan semua perkara itu, maka manusia itu mestilah dibentuk mengikut insan yang telah ditetapkan acuan oleh Allah. Sekiranya tidak, maka modal insan itu akan menempah kerugian.

Allah SWT telah menetapkan acuan di dalam al-Quran (maksudnya): Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr: 1-3)

Imam As-Shafie menegaskan, sekiranya Allah tidak menurunkan kepada umat ini melainkan hanya ayat ini sahaja, nescaya cukup bagi mereka. Betapa pentingnya surah ini bagi membangun insan sehingga salafusoleh di kalangan sahabat dan tabiin mengakhirkan majlis dengan surah ini.

Allah SWT telah menetapkan bahawa insan yang dinamakan manusia itu tidak ada erti dan tiada makna bahkan hanya membawa kerugian sekiranya tidak menyempurnakan perkara-perkara yang disebut iaitu pertamanya beriman, kedua mengerjakan amal yang soleh, yang ketiga berpesan dengan perkara yang benar dan keempat, berpesan dengan kesabaran.

Iman merupakan perkara yang penting bagi diri mansuia. Segala amalan manusia ditolak oleh Allah sekiranya tidak berlandaskan kepada iman yang tepat dan betul sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah serta diajar oleh para nabi dan rasul-rasul. Betapa pentingnya iman menjadi modal kepada kehidupan manusia.

Apabila seorang sahabat, Sufian bin Uyainah bertanyakan Rasulullah s.a.w.: Wahai Rasulullah, terangkan kepadaku berkenaan dengan Islam, sesuatu yang aku tidak perlu bertanya lagi selain engkau. Jawab Rasulullah s.a.w.: Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamah. Beristiqamah dengan pengertian mengikut jalan yang betul, jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., yang sempurna dan lengkap. Bermula hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan dirinya sendiri, keluarganya, masyarakatnya serta hubungannya dengan makhluk-makhluk yang lain dalam kehidupan ini.

Perkara iman disempurnakan oleh Rasulullah s.a.w. secara praktikal dalam perjalanan hidupnya. Iman tidak cukup dengan hanya percaya sahaja tanpa keyakinan di dalam hati.

Dalam masa yang sama, iman itu mestilah dipelihara daripada perkara yang membatalkan iman. Sekiranya sekadar iman, dalam masa yang sama membenarkan gejala murtad, hiburan yang keterlaluan, mencabar dan melanggar hukum Allah, maka insan yang tiada iman itu tidak akan menjadi modal, bahkan rugi di dunia dan akhirat.

Sebaliknya iman itu mestilah disempurnakan dengan amal yang soleh, mengerjakan ketaatan dalam perkara yang diperintah oleh Allah serta meninggalkan segala perkara maksiat, yang ditegah oleh Allah.

Dalam pengertian yang lain, mestilah melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar.

Maka bagi merealisasikan modal insan itu, perlulah berpandukan kepada kebenaran yang dinyatakan oleh Allah.

Yang benar hanya Islam manakala yang lain adalah palsu. Kita juga diwajibkan berpesan-pesan dengan kebenaran kerana kebenaran itu terlalu banyak halangannya. Allah Taala menguji kehidupan dengan dikelilingi dengan perkara-perkara yang batil sejak Nabi Adam a.s.

Oleh kerana cabaran kebenaran itu terlalu banyak, maka ia perlu kepada kesabaran. Hanya mereka yang sabar sahaja dapat memelihara imannya, sebaliknya yang tidak sabar akan terjerumus dalam kehancuran.

Firman Allah (maksudnya): Alif, lam, mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedang mereka tidak diuji. Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdosa. (Al-Ankabut: 1-3)

Perlu difahami bahawa kehidupan ini penuh dengan ujian. Mereka yang berada atas dasar kebenaran serta berpesan dengan kesabaran akan mendapat kemenangan. Manakala mereka yang tidak membina insannya, tidak beramal soleh serta tidak menegakkan kebenaran, bermakna mereka tidak mempunyai modal insan, bahkan insannya musnah serta hancur di dunia dan akhirat.

Firman Allah (maksudnya): Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah.

Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman, tentulah (iman) itu menjadi banyak bagi mereka tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Ali Imran: 110)

Pembangunan Modal Insan Menurut Islam

1- Bertentangan dengan ideologi kebendaan (metarialistik) yang menggunakan manusia bagi memajukan negara untuk mendatangkan hasil ekonomi serta kemajuan kebendaan yang bersangkutan dengan ideologi sosialis, komunis mahupun kapitalis. Manusia menjadi modal insan untuk melahirkan manusia yang memberi kemajuan dari segi kebendaan;

2- Modal insan itu mestilah berpandukan acuan serta ketetapan daripada Allah SWT melalui tiga tujuan manusia dijadikan di atas muka bumi iaitu (a) beribadat kepada Allah, (b) manusia dijadikan sebagai khilafah untuk mentadbir bumi dan (c) memikul amanah dalam menunaikan perintah Allah;

3- Manusia itu mestilah dibentuk mengikut insan yang telah ditetapkan acuan oleh Allah dan berpandukan kebenaran yang dinyatakan oleh Allah;

4- Menyempurnakan perkara-perkara yang berkaitan dengan (a) keimanan, (b) mengerjakan amal yang soleh, (c) berpesan dengan perkara yang benar dan (d) berpesan dengan kesabaran;

5- Beriman kepada Allah dan istiqamah;

6- Mengikuti syariat dalam perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan dirinya sendiri, keluarganya, masyarakatnya serta hubungannya dengan makhluk-makhluk yang lain dalam kehidupan ini;

7- Keimanan yang disempurnakan secara praktikal melalui amal yang soleh, mengerjakan ketaatan dalam perkara yang diperintah oleh Allah serta meninggalkan segala perkara maksiat, yang ditegah oleh Allah (melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar);

8- Iman itu mestilah dipelihara daripada perkara yang membatalkan iman;

9- Mereka yang berada atas dasar kebenaran serta berpesan dengan kesabaran;

10- Menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah.

*********************************

Modal Insan bolehlah dikatakan sebagai bekalan atau persiapan yang mahu diwujud dan disediakan oleh generasi hari ini daripada diri manusia itu sendiri. Modal yang berbentuk pembentukan ciri-ciri generasi yang memenuhi kriteria yang melengkapi keseimbangan unsur-unsur kemanusiaan sempurna.

Pastinya modal insan ini menjadi sumber yang terpenting dalam mencapai kemajuan sejagat yang bukan sahaja berbentuk material semata-mata tetapi lebih kepada keseimbangan rohani, fizikal, emosi dan intelektual. Bukan sahaja kemajuan dalam bidang teknologinya, tetapi juga keharmonian sosial kemasyarakatan, politik dan ekonomi.

Wallahu a'lam.

Hidup dalam mencari...

Friday, June 5, 2009

Kerajaan Perpaduan

SHAH ALAM 4 Jun – Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi hari ini menyeru golongan ulama supaya sentiasa berusaha meyakinkan ahli-ahli parti terhadap idea-dea baru yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan, contohnya pembentukan kerajaan perpaduan.

Katanya, ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan idea tersebut, sepatutnya ulama adalah golongan utama yang menjalankan penyelidikan dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

‘‘Selepas sedikit kajian dibuat, didapati Afrika Selatan dan Indonesia adalah antara negara yang awal mengamalkan konsep negara perpaduan selepas United Kingdom pada suatu masa dahulu selepas Perang Dunia Pertama.

‘‘Penjelasan dari perspektif syarak yang digabungkan dengan pendapat cendekiawan politik semasa akan dapat membantu mengukuhkan idea Presiden yang juga seorang ulama. Ini sekadar contoh apa yang berlaku pada sesi lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS, di sini hari ini.

Mohamed Iraq berkata, sebagai sebuah dewan yang tinggi dalam PAS, golongan ulama perlu mengikuti perkembangan dalaman parti dan seterusnya membantu kepimpinan dalam mengeluarkan, mempromosikan dan mempertahankan idea-idea yang dikemukakan oleh kepimpinan parti.

Selain itu juga, Mohamed Iraq meminta ulama dalam parti itu supaya membuka minda dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang dapat diselaraskan dengan tuntutan agama untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Katanya, golongan ulama juga perlu mendekatkan diri dan bertukar pandangan dengan golongan profesional seperti ahli ekonomi, tokoh undang-undang, pakar teknologi dan ahli politik bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka untuk mentadbir.

‘‘Ini adalah kerana ada ulama yang tinggi ilmu agamanya tetapi kurang dari segi kemampuan pentadbiran atau memahami isu semasa.

‘‘Ulama tidak boleh lari daripada sejarah dan situasi kemasyarakatan. Kalau dapat, majlis-majlis wacana antara ulama dan golongan profesional hendaklah diadakan dengan lebih kerap,” katanya.

Beliau mengingatkan anggota parti itu supaya taat kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan parti selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan hadis.

‘‘Jangan kita tertipu dan dipermainkan oleh nafsu kita sehingga mengutamakan kepentingan peribadi, keperluan semasa dan andaian kita sahaja sehingga prinsip taat tidak terlaksana,” katanya.

Mohamed Iraq berkata, perbezaan pendapat sememangnya dibolehkan dalam perkara furu’ (cabang) tetapi selepas sesuatu keputusan dibuat, tiada pilihan lagi kecuali taat dan patuh kepada keputusan itu, walaupun mungkin bertentangan dengan pandangan sendiri.

Sumber: Utusan Malaysia

Hidup dalam mencari...

Thursday, June 4, 2009

Perlunya Tarbiyah Anak-anak

Assalamualaikum wbt.

Waktu berbaki lebih kurang lima jam sebelum peperiksaan tahriri terakhir bagi madah Hadith. Periksa-periksa juga, tapi rasa nak berkongsi apa yang terjadi tadi..

Sambil menunggu iqamah untuk mendirikan solat subuh, tiba-tibah masuklah dua orang budak. Baiasa juga mereka ini datang ke surau sebelah rumah ni. Rumah yang diduduki bertentangan dengan rumah sewa saya. Namun, saya tidak pasti adakah itu memang rumah meraka atau saudara. Keduanya tidaklah kelihatan seperti adik-beradik, tapi besar kemungkinan mereka ini sepupu. Seorang kurus sikit, seorang lagi nampak sepeti 'cool' je...

Masuk-masuk yang kurus sikit ni terus solat sunat. Mungkin qabliah subuh atau sunat tahiyyatul masjid. Seorang lagi mengikutinya. Kedua-duanya solat sunat. Tidak sampai lima saat, bapa saudara mereka barangkali masuk juga ke dalam masjid dan solat sunat dua rakaat. Yang kurus ni nampak khuyuk dalam solat walaupun hanya berseluar paras atas lutut.

Habis solat, tiba-tiba mereka ni berdiri. Erm, apa lagi diorang ni, bisik hati saya. Jalan ke bahagian hadapan, ingatkan nak iqamah atau nak jadi imam. Rupa-rupanya pergi ke rak al-Quran, ambil al-Quran seorang satu. Mereka ni mahu membaca al-Quran. Tindakan lebih banyak dimulakan oleh budak yang kurus dan diekori tindakan budak yang cool tadi.

Sambil-sambil mereka di membelek mencari muka yang mahu dibaca, seorang yang 'cool' ni mula menampakkan sikapnya yang 'cool' dan 'slamber'nya. Sedap je korek hidung. Lama pulak tu. Silih berganti tangan dan jari. Nak tergelak je. Dalam hati saya memang sudah gelak kuat barangkali, tapi hanya perlu zahir senyuman sahaja. Tidak beradab pulak saya tergelak dalam surau atau masjid tu..

Pakcik yang memakai speck mata dan sedikit berjambang telah lama menunggu. Akhirnya dia pun iqamah untuk menunaikan solat subuh. Bapa saudara kedua budak ini tadi yang dalam lingkungan 30 tahun mengangkat takbiratul ihram. Seusai sahaja mengangkat takbir, terdengar bunyi ketawa, gelak, suara berbisik dan macam-macam lagi. Pastinya mereka berdua tadi!!

Sejak awal solat sehinggalah beri salam, tak putus-putus suara mereka ni. Sedang solatkan, tidak ada yang menegur mereka. Dalam hati ni, sudah hilang sedikit kekhusyukan.

Selesai je solat, senyap. Terhenti terus suara mereka. Dalam hati dah berkata, "Bagus betul budak-budak ni, memang bijak dan bagus!!" Masa solat buat bising, selesai solat, senyap. Buat muka baik. Geram pun ada. Depan pakcik sendiri la katakan. Takut kena marah mungkin. Sedang orang berzikir dan beristighfar selepas solat, budak yang 'cool' ni membenarkan lagi tentang perangainya. Selamba je 'dok' bahagian depan, menghadap kami (makmum) sambil korek hidung. Aduh, bagus betul. Silih berganti jemarinya dan tangannya. Saya memang sudah tak tahan nak pandang lebih lama. Nanti tak pasal-pasal terlepas gelak pulak. Memang tak pandang mereka ni, tak boleh tahan nak tergelak. Memang normal la pada saya. Semasa orang solat boleh la buat bising sebab semua tengah solat. Tapi selesai solat, mahu uga buat bising, 'cari nahas' namanya tu. Mungkin juga mereka ni balik rumah nanti kene 'cubit' peha ataupun kena 'piat' di telinga oleh bapa saudara mereka tadi.

Kemudian, mereka bingkas bangun untuk mengambil kembali al-Quran untuk dibaca. Saya pula setelah selesai berdoa, bingkas bangun, balik ke rumah dan terus tulis entri ini.

Apa yang saya fikir ialah, pertama sejak awal lagi masyarakat di sini (yang memahami agama) sudah mendidik anak-anak mereka untuk mengamalkan solat sunat rawatib. Memang bagus. Kedua, mengajar untuk melazimi membaca al-Quran dan menghafalnya (kemungkinan kebetulan musim cuti sekolah telah tiba). Ketiga, sejak kecil telah dididik untuk datang solat berjemaah di masjid. Keempat, diajar untuk hormat. Habis solat je, mereka ini salam kami. Tapi yang hairannya, kami (dua lagi sahabat saya) sahaja yang mereka salam. Pakcik yang iqamah sebelum solat tadi dan bapa saudara mereka, tidak pula mereka salam.

Apa-apa pun, ia membuat saya berfikir tentang tarbiyah anak-anak san saya teringat buku yang ditulis oleh seseorang yang masyhur. Masyhur dengan penulisan berbentuk ilmiah dan tarbiyah iaitu Dr. Abdullah Nasih Ulwan yang bertajuk 'Tarbiyah Anak-anak'. Semalam pun saya baru sahaja bersembang dengan seorang sahabat tentang tarbiyah anak-anak.

Sekadar hiasan.

*Setakat ini dahulu untuk salam pagi, kembali mengulangkaji untuk peperiksaan beberapa jam sahaja lagi. Pelu segera mengulangkaji!

Hidup dalam mencari...