Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Thursday, October 30, 2008

Hidup dalam mencari...

Baru-baru ini, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah hadir ke bumi Mesir sebagai transit sebelum ke Turki untuk menghadiri majlis berkaitan dengan Palestin. Banyak perkara yang dibangkitkan dalam ceramah umumnya. Pada awalnya, ceramah beliau lebih kepada kalam tasyji' (kata-kata semangat) dan penerangan mengenai sejarah Palestin dan keagungan pemerintahan Islam lampau.

Sesi menjawab soalan yang diajukan lebih tertumpu kepada waqi' (keadaan) pelajar yang belajar di Mesir sama ada dalam bidang pengajian Islam mahupun perubatan. Ini kerana, soalan daripada kalangan pelajar dan jawapannya lebih kepada tindakan bagi golongan pelajar juga.

Aku agak tertarik dengan beberapa isu yang dibangkitkan pemberi soalan. Pernah sebelum ini timbul istilah "protaz". Siapa mereka? Singkatan kepada 'profesional ustaz'? Dikatakan golongan profesional bertindak dalam memberi penjelasan mengenai agama lebih daripada golongan ustaz. Seperti mereka lebih lebih tahu tentang agama daripada ustaz atau golongan ulama'.

Di sini, perlu setiap orang jelas maksud profesional. Istilah profesional tidak boleh dikaitkan dengan golongan yang berpendidikan selain daripada agama sahaja. Ini kerana, makna profesional sendiri bermaksud pakar. Sekiranya seseorang pakar dalam bidang masakan, maka ia disebut sebagai profesional dalam bidang chef atau masakan. Sekiranya seseorang pakar dalam bidang kejuruteraan mahupun matematik, maka mereka digelar profesional dalam bidang-bidang tersebut. Maka, samalah juga jika seseorang pakar dalam bidang agama Islam, maka ia juga boleh digolongkan dalam golongan profesional. Cuma sekiranya mahu membezakan golongan tersebut, terdapat istilah yang orang telah guna walaupun ianya masih belum tepat. Iaitu golongan akademik dan golongan ulama' atau agamawan. Golongan akademik lebih kepada bidang bukan yang berkaitan dengan agama dan golongan agamawan adalah sebaliknya. Jadi, jangan dikatakan tiada profesyen profesional di dalam bidang agama.

Aku tertarik dengan nukilan daripada seorang pelajar senior di sini. Kenapa bila golongan ulama' memberi penjelasan atau memberi jawapan mengenai sesuatu persoalan atau masalah, terdapat 'cakap-cakap' secara belakang-belakang atau terang-terangan, mempertikaikan penjelasan yang diberikan? Mereka mengatakan golongan ulama' jumud, tidak berfikiran kontemporari, tidak mengikuti arus perderan masa dan sebagainya. Kenapa mahu mempertikai dan membantah kata-kata 'golongan pakar' di dalam agama? Persoal itu, ini, dari mana sumber, siapa sumbernya, terlalu mendalam bukan atas dasar ingin menegtahui secara ikhlas tetapi kerana mahu mempertikaikan. Kenapa, bila seseorang itu sakit, berjumpa dengan doktor, diberi ubat, terus diikut arahan doktor. Menuruti dosnya, berapa kekerapannya, apa pantangnya dan sebagainya tanpa sebarang pertikai? Kenapa tidak ditanya, kenapa saya perlu makan ubat ini, apa kandungan ubat, dari mana sumber ubat, dari mana kilangnya, kenapa perlu makan sekali, dua kali, sebelum makan atau selepas makan? Tentu sahaja kerana doktor tersebut lebih mengetahui dan pakar dalam bidang tersebut. Samalah juga keadaannya dengan situasi ulama' tersebut. Bukankah golongan ulama' merupakan golongan profesional dan pakar dalam bidang agama?

*****

Pembinaan masyarakat perlulah bermula daripada individu itu sendiri. Daripada individu, dibawa kepada bait muslim atau bait mithali. Kemudian kepada masyarakat Islam dan seterusnya pembinaan sistem, negara dan pemerintahan Islam. Asas ini perlu difahami oleh setiap individu muslim. Islah nafsak, wad'u ghairak, perlu dijadikan pegangan. Jangan tunggu sehingga diri dirasakan sempurna baru mahu bertindak memperbetulkan masyarakat yang rosak. Seseorang manusia sesekali tidak akan sempurna kejadian luar dan dalamannya kecuali Nabi Muhammad SAW. Andai dirasakan diri banyak kekurangan, maka perlulah diperbaiki dan andai dirasakan diri banyak berdosa dan tidak layak membawa serta menyeru kebaikan, maka bertaubatlah dan berhijrahlah meninggalkan terus segala perkara maksiat. Perlulah bermujahadah melawan hawa nafsu dan bermujahadah untuk istiqamah dalam perkara kebaikan.

*****

Dipersoalkan pertambahan yang mendadak pelajar tibb atau perubatan di bumi Mesir. Inilah realitinya. Perjanjian mu'adalah telah ditamatkan dan akhirnya sudah tiada lagi sistem tranfer credit pengajian kepada lepasan institut pengajian tinggi di Malaysia yang mahu menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Kelayakan pelajar STAM untuk sambung pelajaran ke Mesir juga sudah semakin diperketatkan. Hasilnya, makin berkuranganlah pelajar atau pelapis yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Islam.

Pelajar perubatan bertambah dengan mendadak daripada pelbagai institut, agen dan sebagainya dengan pembiayaan JPA, Majlis Agama Islam Negeri, MARA, persendirian dan sebagainya. Jangan terlalu dilihat daripada sudut negatifnya, tetapi perlu mencari penyelesaian dengan jalan positif. Hakikat yang berlaku sukar untuk diubah kerana itulah yang sedang realitinya.

Pengajian Usuluddin, Syariah, Lughah, Qiraat, Usul Fiqh dan sebagainya merupakan ilmu dan khazanah Islam. Tetapi jangan dilupa bahawa bidang perubatan juga merupakan khazanah Islam. Bidang perubatan jugalah merupakan antara bidang yang telah sampai puncak kegemilangan keilmuannya suatu masa dahulu. Keadaan yang berlaku perlulah dicari peluang dan ruang. Gabungkanlah golongan ulama' pengajian Islam ini dengan golongan doktor. Mencari kesesuaian, persefahaman dan penyatuan.

Tidak dinafikan akibat agenda dan perancangan musuh Islam, akhirnya ilmu dan ulama' Islam ini telah dibahagi-bahagikan bidangnya. Dipisahkan perubatan dengan usuluddin, dipisahkan senibina, sosiologi, kejuruteraan, astronomi dan sebagainya dengan syariah. Dipisahklan lagi ilmu pengajian Islam itu kepada usuluddin, syariah, lughah, adab, usul fiqh, qiraat dan sebagainya. Sehingga dunia Islam kini tidak mampu untuk melahirkan golongan ulama' seperti ulama'-ulama' terdahulu yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu sekali gus.

Walaupun ianya suatu kerugian tetapi kita masih punya jalan. Inilah yang diperlukan dan hendaklah dilaksanakan iaitu gabungan golongan profesional dalam pelbagai bidang termasuk pengajian Islam secara kolektif dan sinergi. Perlu diwujudkan perkumpulan atau organisasi yang ahlinya terdiri daripada kepelbagaian profesyen itu tadi. Secara tidak langsung, penyatuan ilmu Islam dapat dilakukan semula dalam merungkai kembali kegemilangan yang telah lama terpadam. Membentuk suatu penyatuan, kesatuan, kesamaan fikrah dalam memperjuangkan Islam.

*****

Amal berjemaah merupakan tunjang kepada kekuatan dalam memastikan kelangsungan dakwah dan amal Islami. Setelah kita mampu membentuk satu fikrah, maka kita perlu bergerak secara berjemaah. Sekiranya, bergerak dalam individu, pelbagai masalah adn kelemahan akan berlaku. Antaranya, futur (putus asa) dalam medan perjuangan. Melaksanakan amal Islami atas dasar semangat semata dan bukan atas dasar kefahaman Islam bakal mengundang episod kegagalan.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: "Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan." Di sini jelas membuktikan, Islam itu sendiri tertegak atas dasar jemaah dan bukannya individu ataupun perseorangan. Dengan jemaah akan lahir kekuatan, ukhuwah dan persefahaman. Sebatang lidi sangat mudah untuk dipatahkan berbanding 50 batang lidi yang dikumpulkan bersama. Seekor kambing sangat mudah diratah oleh dua atau tiga ekor serigala berbanding sekumpulan 20 sehingga 30 ekor kambing. Pastinya akan timbul juga kegerunan daripada serigala-serigala tersebut.

Islam sangat menitikberatkan agar amal Islami ini dilaksanakan secara berjemaah. Inilah jemaah yang mahu kita bina. Jemaah mahasiswa Islam, jemaah mahasiswa azahari, jemaah mahasiswa di bumi Mesir, tidak kiralah apa jua bidang yang diceburi. Janganlah pengajian Islam membawa haluannya dan pelajar perubatan membawa haluannya. Masing-masing membawa haluannya sendiri. Perlunya kita sehaluan atas nama Islam walaupun bidang kita berbeza.

Amal berjemaah tidak bermaksud kita menubuhnya pelbagai jemaah atau mendirikan berbilang-bilang jemaah. Jemaah perlulah satu agar kekuatan dan perjalanan dakwah menjadi padu dan jitu.


*****

Politik merupakan tunjang dalam perlaksanaan Islam. Kuasa politik merupakan lambang kepada pemerintahan dan penguasaan. Politik bergerak atas platform kepimpinan. Jangan dilihat bahawa, politik terpisah daripada Islam. Jangan dilihat bahawa isu politik tidak boleh boleh berganding dengan isu-isu agama yang lain. Ini kerana politik itu sendiri sebahagian daripada Islam dan politik tidak dapat lari perkaitan dan persangkutannya dengan Islam.

Andai direnung kembali bagaimana pembinaan negara Islam Madinah al-Munawwarah. Ia bermula daripada perjanjian yang akhirnya membawa kepada ketaatan kepada kepimpinan. Dari sana ia membentuk kekuatan masyarakat. Daripada peringkat rakyat sehinggalah peringkat kepimpinan. Kekuatan pemertintahan itulah yang diperlukan dalam memastikan perlaksanaan Islam yang adil dan syumul itu berjaya.

*****

Bahan bacaan yang paling utama bagi mahasiswa Islam adalah al-Quran kerana disana tersimpan segala petunjuk, penyinar segala keraguan, penyuluh setiap kegelapan, penenang segala kesempitan dan kunci segala ilmu.

Kekuatan akan diperolehi dengan pembacaan dan penghayatan al-Quran. Perlulah ianya dijadikan sebagai teman kemana sahaja setiap waktu. Tadabbur dalam pembacaan mudah-mudahan diperoleh hikmah dan syafaat. Perlulah istiqamah dalam amalan berdasarkan ilmu dan bukan atas dasar taqlid semata-mata. Sentiasa memohon kekuatan dan pertolongan Allah SWT dalam menjalani kehidupan. Memahami dan menguasai bidang pelajaran yang diceburi merupakan suatu tuntutan. Pelajaran hendaklah diutamakan dan tidak banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat.

*****

Majlis berakhir sebelum jam 10:00 malam. Banyak lagi perkara yang perlu aku dalami...

Hidup dalam mencari...

Thursday, October 16, 2008

Islam dan Kristian


Dalam perjalan ke Kaherah petang tadi, tiba-tiba mata terpandang sebuah papan tanda iklan besar di tepi jalan utama selepas Mahattah Syoubra Khemah. Apa yang benar-benar menarik perhatian di papan tanda tersebut ialah dua buah gambar dan serangkap ayat. Gambar kubah masjid yang di puncaknya terdapat bulan sabit dan gambar menara gereja yang dipuncaknya terdapat palang. Di atas ayat tersebut tertulis di dalam bahasa Arab yang bermaksud “Dengan Kekuatan dan Kesatuan Kita”.


Apabila terlihat papan tersebut dan membaca ayat yang tertera, otak ini lantas terfikir. Apakah maksud sebenarnya yang terselindung di sebalik ungkapan tersebut?


Beberapa kesimpulan yang diperoleh antaranya ialah kemungkinan pada masa ini tersebar di kalangan rakyat Mesir untuk bersatu dalam satu penyatuan masyarakat dan kesatuan. Antara masyarakat Islam dan Kristian yang merupakan kumpulan majoriti warganegara Mesir.


Apakah sebenarnya yang telah berlaku sehingga wujud ungkapan dan saranan ini? Sekiranya atas alasan ancaman dalaman ianya kurang sesuai dengan gambar dan tema yang diletakkan. Aku berpendapat ianya hasil daripada gelombang ancaman yang dirasai oleh masyarakat Mesir sendiri yang bersifat luaran.


Sebagai contoh, sekiranya terdapat keretakan atau perpecahan dalam masyarakat Islam itu sendiri, pastinya iklan yang tertera bertema dan menggambarkan kepada penyatuan umat Islam. Tetapi, iklan ini merupakan saranan kepada penyatuan dan perpaduan dua buah agama besar iaitu Islam dan Kristian. Secara tidak langsung ia menggambarkan kepada penyatuan seluruh rakyat Mesir ini.


Beberapa andaian yang pernah aku terfikir. Andai dilihat semula kedudukan Republik Mesir ini, telah jelas ianya bersempadan dengan Israel, musuh politik dan musuh agama. Musuh politik bagi negara Mesir dan musuh agama kepada Islam.


Dengan kapasiti masyarakat Kristian merupakan kelompok majoriti kedua selepas Islam, bagaimanakah kedudukan mereka sekiranya berlaku peperangan antara Mesir dan Israel? Apakah kemungkinan masyarakat Kristian ini? Membantu kerajaan Mesir mempertahan dan melawan Israel atau membantu mereka? Kita juga sudah sedia maklum bahawa Kristian dan Yahudi tidak akan meredhai Islam sehinggalah islam ini lenyap atau mengikuti telunjuk mereka.


Andai Kristian di mesir berpegang kepada permusuhan terhadap Islam, maka akan ‘robek’lah negara Mesir ini. Namun, andai masyarakat Kristian berpegang kepada semangat menghormati agama Islam disamping merasai perpaduan dengan masyarakat Islam, maka akan terselamatlah Mesir. Semangat nasionalisme dalam diri masyarakat Kristian yang wujud, berkemungkinan mampu mempertahankan Mesir daripada sebarang perkara yang tidak disenangi.


Fakta mengatakan bahawa gereja terbesar di Afrika terdapat di Mesir. Ini jelas menggambarkan besarnya pengaruh Kristian dalam Mesir itu sendiri. Negara Mesir bukanlah negara bersifat perdagangan ataupun teknologi, tetapi ia merupakan negara tentera. Sehingga kini, Mesir masih diperintah di bawah perintah darurat.

Inilah hakikat keadaan Mesir. Sebuah negara republik, gerbang ilmuan Islam dan penuh dengan sejarahnya yang tersendiri.


Hidup dalam mencari…

Monday, October 13, 2008

THE PATH TO JANNAH (PARADISE)


Anas Ibn Malik reports that a Bedouin came to the Messenger of Allah (saws) and greeted him in the mosque. The Messenger of Allah (saws) asked him where did he come from. The Bedouin said: "I came from far seeking answers to some questions".

Our master told him to ask his questions:

I wish to be an intelligent man, what should I do? Holy Prophet (saws) Replied, "Fear Allah"

I wish to be a loyal servant to Allah and do what He wants me to do?
Holy Prophet (saws) Replied, "Read the Qur'an"

I wish to be enlightened and have peace of heart? Holy Prophet (saws) Replied, "Remember Death"

I wish to be protected against enemies?
Holy Prophet (saws) Replied, "Trust in Allah"

I wish to follow the Straight Path? Holy Prophet (saws) Replied, "Do good to others for Allah's sake"

What should I do so that Allah does not abase me? Holy Prophet (saws) Replied, "Do not respond to the desires of your flesh"

I wish to have a long life? Holy Prophet (saws) Replied, "Praise and thank Allah"

I wish for prosperity? Holy Prophet (saws) Replied, "Be in a state of ablution at all times"

How can I save myself from the hellfire? Holy Prophet (saws) Replied, "Protect your eyes and your tongue and your hands and what is below your waistline against evil"

How can I cleanse myself from my sins? Holy Prophet (saws) Replied, "Shed tears for what you have done and repent by undoing what you have done wrong"


I wish to be a respectable person? Holy Prophet (saws) Replied, "Then, don't ask for anything from anybody"

I wish to be honorable? Holy Prophet (saws) Replied, "Then don't divulge the wrong doings of anybody"

What should I do to protect myself from the tortures of the grave? Holy Prophet (saws) Replied, "Recite the Surah Mulk"

What should one do to be rich? Holy Prophet (saws) Replied, "Read the Surah Muzammil"

How should I calm my fear of the day of last judgment? Holy Prophet (saws) Replied, "Remember Allah before you eat anything and before you sleep"

What should I do to feel the presence of Allah when I make my prayers? Holy Prophet (saws) Replied, "Give the utmost care in taking your ablutions and in being clean and pure"