Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Saturday, August 2, 2008

Mencari Ketenangan

Wahai diri, jangan sesekali berprasangka buruk. Terhadap sesiapa pun yang berada di sekeliling engkau. Walau siapapun jua mereka. Hatta kepada orang yang engkau baru kenal ataupun engkau benci. Apatah lagi orang yang tidak engkau kenali atau yang mahu memulakan sesuatu persaudaraan. Ini kerana prasangka buruk merupakan pembohongan yang paling besar. Manakan tidak, engkau berprasangka yang lahir dari dalam hati yang tidak kelihatan. Mengatakan yang bukan-bukan padahal ianya bersalahan sama sekali!! Cuba tenagkan diri, bersangka baiklah terhadap sesiapa jua, orang yang engkau benci mahupun orang yang engkau sayangi. Bersangka baiklah dengan Allah.


Wahai diri, jangan bercakap bohong. Apa faedah yang engkau dapat apabila engkau bercakap bohong? Bukan sahaja hati tidak tenang, malah engkau akan berasa seperti dihantui apabila yang engkau bohongi itu telah ternyata haknya. Bila-bila sahaja akan kembali menerjah diri yang akhirnya engkau terkulai layu akibat penyesalan. Walaupun mungkin engkau terlepas dengan pembohongan yang engkau lakukan, namun tak selamnya ia bertahan. Sanggupkah engkau andai engkau yang dibohongi? Insafilah kedudukan engkau di sisi Allah. Berkata benar dan bersikap jujurlah dengan sesiapa sahaja.


Wahai diri, kenapa perlu bangga diri? Sedangkan segala kebaikan yang mampu engkau lakukan dan miliki sekarang semuanya atas hidayah dan taufiq daripada Allah SWT. Siapakah yang memberi ilham kepada engkau untuk istiqamah melakukan solat tahajjud melainkan Allah SWT? Dan siapa pula yang memberi taufiq kepada engkau yang akhirnya engkau diberi kekuatan untuk bangun ketika orang lain sedang nyenyak yidur, bermunajat dihadapanNya sehingga mengalir air mata dan diampunkan dosa? Semestinya Allah Taala. Janganlah engkau memperlekeh orang lain kerana beranggapan banyaknya ibadah dan amalan kebajikan engkau. Ingatlah, Allah berkuasa menjadikan engkau mulia dan hina dina. Tawaddhu'lah dengan Allah kerana engkau adalah hamba.


Wahai diri, janganlah ego. Kerana ilmu engkau, kerana amalan engkau, kerana pangkat engkau dan kerana harta engkau. Ego kerana menyangka diri memiliki sifat kesempurnaan. Siapa yang sempurana melainkan Allah? Dan tiadalah yang sempurna akhlaknya melainkan aklhak Nabi SAW. Hidup ini bagaikan roda. Ada masa engkau berada di atas pusingan dan ada masa engkau akan berada di pusingan yang terendah. Janganlah selalu lihat tingginya diri tanpa menjenguk rendahnya orang lain. Janganlah merasakan diri sudah bagus sangat padahal sebelah engkau ada orang yang lebih bagus dan mulia dari engkau. Allah itu lebih layak untuk ego. Beradab sopanlah dengan orang lain. Merendah diri itulah sebenar-benar ketinggian yang dilupakan.


Wahai diri, jangan pandang rendah pada orang lain. Selagi engkau belum mati, engkau tidak tahu tinggi atau rendahnya kedudukan engkau di sisi Allah. Yakinkah engkau dengan ilmu engkau, engkau berada di tempat yang tinggi sedangkan engkau kurang beramal? Kenapa mahu berasa senang dan puas dengan amalan engkau sedangkan engkau susah untuk istiqamah? Adakah engkau yakin istiqamah engkau akan diterima padahal keikhlasan dalam niat dan amalan itu sangat sukar untuk engkau rasai? Kesimpulannya engkau masih belum tahu mana hujung pangkal kehidupan dan kedudukan engkau. Hormatilah semua orang. Anggaplah semua orang lebih baik dari engkau.


Wahai diri, janganlah lupa, engkau tetap membawa najis kemana sahaja engkau pergi. Wahai diri, janganlah engkau rasa mulia sedangkan engkau lebih tahu tentang banyaknya dosa yang engkau lakukan. Wahai diri, janganlah engkau sangka dengan banyaknya amalan engkau, engkau layak masuk ke syurgaNya. Semuanya atas dasar rahmat Allah SWT. Mudah-mudahan ketenangan itu akan engkau perolehi…

Kefardhuan Solat dan Solat Berjemaah

Solat pada hakikatnya meneguhkan iman serta menjadi perisai kepada diri manusia daripada amalan fahsya' dan munkar. Ia merupakan ibadat yang khusus dan ulung berbanding ibadat lain kerana perintah untuk menunaikannya diperolehi secara langsung daripada Allah SWT. Kefarduan solat yang berlaku pada malam mi'raj itu memberi kesan amalan seseorang tidak dihisab melainkan solatnya terlebih dahulu.


Solat merupakan suatu bentuk penyembahan dan bukti perhambaan kepada Tuhan Yang Esa Pemilik Alam fana' ini. Tanpa ibadat solat, maka runtuhlah agama seseorang dan bukti kepada sifat kesombongan dan keangkuhan manusia. Maka mereka termasuk dalam golongan orang yang kufur. Orang yang meninggalkan solat kerana malas atau sibuk dengan urusan keduniaan atau tunduk kepada hawa nafsu dan bisikan syaitan, meraka dihukum fasiq dan boleh jatuh kepada kufur atau murtad.


Solat hendaklah dilaksanakan pada waktunya. Tiada alasan untuk seseorang melengahkannya apatah lagi meninggalkannya kerana sibuk mengulangkaji, besukan, bermusafir atau sewaktu dengannya. Membersihkan diri lantas bersiap untuk mengingati dan menghadap Allah SWT merupakan keutamaan yang tertinggi berbanding pekerjaan lain. Dari Abu Qatadah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu barangsiapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah)


Solat mempunyai kelebihan tersendiri dalam memelihara kesihatan manusia seperti dalam pergerakan otot. Semasa seseorang mengangkat takbiratul ihram secara tidak langsung ia telah membesarkan rongga dada manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Pergerakan yang lain juga seperti ruku', sujud, duduk tahiyyat dan memberi salam sebenarnya telah membantu melancarkan perjalanan darah kepada setiap anggota tubuh badan kita. Hasil daripadanya juga kita telah menggerakkan sendi-sendi tubuh kita dalam menjamin kesihatan yang maksima setiap hari.


Menurut suatu kajian oleh seorang doktor neurologi Amerika, terdapat beberapa urat saraf di dalam sistem urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Inilah indahnya kewajipan menunaikan solat.


Dalam menuju kesempurnaan solat, beberapa perkara hendaklah diambil penekanan. Antaranya bersuci, memenuhi syarat wajib dan sah solat, melaksanakan sunat-sunat ab'ad dan hay'at serta meninggalkan perkara makruh dan membatalkan solat. Selain itu, kesempurnaan akan diperolehi apabila solat tersebut dilakukan secara berjemaah terutamanya solat fardhu. Hadis Rasullullah s.a.w. "Solat berjemaah itu adalah lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali darjat…" (Hadith riwayat Bukhari). Sebahagian ulama telah mensyaratkan atau mewajibkan berjemaah dalam menunaikan solat fardhu berdasarkan beberapa nas sahih yang lain.


Seorang doktor fizik Amerika telah membuat kajian mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita terdiri daripada dua cas elektrik iaitu positif dan negatif. Dalam perjalanan hidup kita setiap hari, semasa bekerja, beriadhah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas-cas tersebut berlaku di dalam tubuh badan kita. Ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita kepada keadaan normal. Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam pergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Inilah proses yang berlaku dari sudut fizik di dalam tubuh kita semasa solat berjemaah dilakukan. Hasilnya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.


Solat fardhu secara berjemaah merupakan salah satu agenda tarbiyah dan wadah perpaduan ummah. Berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Al-hadith serta pendapat ahli-ahli feqah (ulamak), telah jelas tuntutan berjemaah di masjid atau di tempat azan dilaungkan. Jika solat berjemaah dilakukan oleh semua muslimin lelaki yang mukallaf dengan cara yang sebaik-baiknya, ia pasti menghasilkan natijah yang berguna untuk diri dan ummah. Antaranya ialah membina disiplin hidup yang tinggi, perhimpunan yang terbimbing, membina kesefahaman dan kesatuan fikrah dan membina semangat persaudaraan dan kerjasama sesama muslim. Selain itu ia mendorong kepada kesempurnaan dan kekhusukan, membina kekuatan iman serta menjana pelakunnya ke arah melaksanakan segala perintah Allah SWT sebagai cara hidup yang syumul.


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" (Surah Ali-Imran 3:190-191).


Sabda Nabi s.a.w.: "Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara:- 6 perkara di atas dunia, 3 perkara sewaktu hendak mati, 3 perkara sewaktu di dalam kubur dan 3 perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan."


6 perkara seksaan di atas dunia

# Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya

# Dikurangkan rezeki di dalam usahanya

# Tiada dipelihara baginya agama Islam

# Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya

# Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.

# Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya


3 perkara sewaktu hendak mati

1. Dimatikan dalam kehinaan

2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar

3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air ke dalam kerongkongnya sebanyak mana pun


3 perkara sewaktu dalam kubur

1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.

2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama Shwaun-Rak yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.

3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata: "Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh" Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.


Sabda Nabi SAW, "Perjanjian antara kami dan mereka adalah menunaikan solah, maka sesiapa yang tidak menunaikan solah,maka dia adalah termasuk orang yang kafir".