Burung Bertasbih

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya. Q 34:10

Tumbuhan Menghiasi

"Dan Kami lihat bumi itu kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah." Q 22:5

Kejadian Burung

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia maha Melihat segala sesuatu." (Q 67:19)

Kepahlawanan Kuda

Maka ia (Nabi Sulaiman AS) berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan. Q 38:32"

Serigala

Berkata Nabi Ya'qub AS: "Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu berlengah daripadanya." Q 12:13

Tuesday, April 22, 2008

KIDS ARE QUICK

TEACHER: Maria, go to the map and find North America.
MARIA: Here it is.
TEACHER: Correct. Now class, who discovered America?
CLASS: Maria.


TEACHER: John, why are you doing your math multiplication on the floor?
JOHN: You told me to do it without using tables.


TEACHER: Glenn, how do you spell "crocodile?"
GLENN: K-R-O-K-O-D-I-A-L"
TEACHER: No, that's wrong
GLENN: Maybe it is wrong, but you asked me how I spell it.


TEACHER: Donald, what is the chemical formula for water?
DONALD: H I J K L M N O.
TEACHER: What are you talking about?
DONALD: Yesterday you said it's H to O.


TEACHER: Winnie, name one important thing we have today that we didn't have ten years ago.
WINNIE: Me!


TEACHER: Glen, why do you always get so dirty?
GLEN: Well, I'm a lot closer to the ground than you are.


TEACHER: Millie, give me a sentence starting with "I."
MILLIE: I is...
TEACHER: No, Millie..... Always say, "I am."
MILLIE: All right... "I am the ninth letter of the alphabet."


TEACHER: George Washington not only chopped down his father's cherry tree, but also admitted it. Now, Louie, do you know why his father didn't punish him?
LOUIS: Because George still had the ax in his hand.


TEACHER: Now, Simon, tell me frankly, do you say prayers before eating?
SIMON: No sir, I don't have to, my Mom is a good cook.


TEACHER: Clyde, your composition on "My Dog" is exactly the same as your brother's. Did you copy his?
CLYDE: No, teacher, it's the same dog.

Wednesday, April 16, 2008

Berzikirlah...

Al-Quran merupakan sebuah kitab yang haq. Tiada keraguan apatah lagi kebatilan di dalamnya. Al-Quran merupakan Kalamullah (kata-kata Allah). Maka, semestinyalah hanya kata-kata Allah itu sahajalah yang paling benar dan paling tinggi martabatnya dari segi kesempurnaanya, keilmuannya, kesenian bahasanya, undang-undangnya, nasihatnya dan segala-galanya.

Sepatutnya, apabila kita telah yakin bahawa al-Quran merupakan pegangan hidup yang paling utama, sewajibnya kita meyakini, menghayati dan seterusnya mengamalkan sagala isi kandungan yang termaktub di dalamnya. Sesungguhnya al-Quran merupakan rahmat dan penawar jiwa bagi setiap manusia yang mengharapkannya. Sekiranya terdapat golongan yang masih ragu-ragu dan tidak mahu menjadikan al-Quran segbagai panduan dan perlembagaan hidupnya, mereka itulah golongan yang hina lagi rugi di dunia dan akhirat. Hidup mereka tidak akan aman, sentiasa dalam kegelisahan dan kesempitan yang berterusan serta tiada penghujungnya itu.

Janji Allah itu benar dan Dia akan menunaikan segala janjinya terhadap hamba-Nya dan sesekali tidak akan menghampakan mereka. Antara ibadat atau amalan yang sangat disukai-Nya yang disebutkan di dalam al-Quran ialah amalan berzikir. Terlalu banyak keutamaan berzikir yang telah diterangkan di dalam pelbagai penulisan daripada pelbagai ilmuan. Banyak ilmu yang akan kita perolehi mengenai hal-hal yang berkaitan zikir andai ayat pertama yang berbentuk suruhan daripada Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui Jibril a.s. itu kita jadikan budaya dan kewajiban di dalam menjalani hidup kita iaitu membaca. Pelbagai keutamaan, kelebihan, kebaikan dan kemuliaan yang diperolehi bagi sesiapa yang menjadikan amalan berzikir ini sebati dalam hidup mereka.

Maha Agung dan Maha Rahmat-Nya Allah s.w.t. ke atas para hamba-Nya. Sesungguhnya segala ibadah kita kepada Allah s.w.t. merupakan amalan timbal-balik. Allah s.w.t. tidak akan mensia-siakan usaha para hamba-Nya yang mengharap keredhaan, kebaikan dan pengampunan daripada-Nya asalkan mereka bersungguh-sungguh serta istiqamah dalam peribadatan mereka. Bersungguh-sungguhlah melaksanakan segala kewajiban dan meninggalkan segala larangan-Nya. Haq dan batil itu saling bertentangan dan tidak akan berkongsi dan bercampur-aduk untuk selamanya.

"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan limpahan rahmat dan keampunan), dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (al-Baqarah 2:152)

"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya". (al-Ahzab 33:41)

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar". (al-Ahzab 33:35)

Yang dimaksud dengan 'muslim' dalam ayat di atas ialah orang-orang yang mengikuti perintah dan larangan Allah pada lahirnya, sedang yang dimaksud dengan 'mukmin' ialah orang yang membenarkan apa yang harus dibenarkan dengan hatinya.

"Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai". (al-A'raaf 7:205)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram". (ar-Ra'd 13:28)

Daripada Abi Musa r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda "Perumpamaan orang yang menyebut (nama) Tuhannya dengan orang yang tidak menyebut (nama) Tuhannya umpama orang yang hidup dengan orang yang mati". (Sahih Bukhari, Kitab: Doa-doa, Bab: Kelebihan Mengingati Allah, Hadith No. 5928. Hadith Marfu'.)

Daripada Abi Darda' r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu sebaik-baik amalan kamu yang paling suci di sisi Tuhan kamu, yang paling tinggi darjatnya bagimu, yang lebih baik bagimu dari menderma emas dan perak dan lebih baik bagimu dari bertemu dengan musuh maka kamu memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kamu?" Jawab sahabat: "Ya". Sabda Nabi s.a.w. "Menyebut dan mengingati Allah". (Sunan at-Tirmizi, Kitab: Doa, Hadith No. 3299. Hadith Marfu'.)

Daripada Abu Hurairah (Abdul Rahman bin Sukhr) r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. berfirman: Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya) apabila dia mengingatiaKu. Jika mereka mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku menyebutnya dalam diriKu. Apabila mereka menyebut namaKu dalam kumpulan, nescaya Aku menyebutnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika mereka menghampiriKu sejengkal, aku mendekati mereka sehasta. Jika mereka menghampiriKu sehasta, Aku mendekati mereka sedepa dan apabila mereka datang kepadaKu (dalam keadaan) berjalan, (maka) Aku datang (kepada mereka dalam keadaan) berlari". (Sahih Bukhari, Kitab: Tauhid, Bab: Firman Allah s.w.t. "Dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya" (Ali 'Imraan 3:28 & 30), Hadith No. 6856. Hadith Qudsi.)

Ka'ab al-Quradziy telah berkata: Aku mendengar Abdullah bin Mas'ud berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Sesiapa membaca satu huruf dari kitab Allah (al-Quran), maka baginya satu kebajikan dan satu kebajukan pahalanya sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". (Sunan at-Tirmizi, Kitab: Kelebihan Al-Quran, Bab: Apa yang diperoleh kepada sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran dan perolehan daripada pahalanya, Hadith No. 2835. Hadith Marfu'.)

Hitung sahajalah bilangan huruf di dalam surah al-Fatihah, kemudian setiap huruf yang membawa satu kebajikan itu digandakan pahalanya dengan sepuluh. Maha PemurahNya Allah kepada para hambanya yang membaca dan melazimi hidupnya dengan membaca al-Quran.

Apalagi yang mengahalang kita untuk seintiasa mengingati Allah dan berzikir kepadanya?

"Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (pada hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang". (an-Nuur 24:37)

"Mereka (yang disembah itu) menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagi kami mengambil selain Engkau (sebagai) pelindung, akan tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapa-bapa mereka kenikmatan hidup, sehingga mereka lupa mengingati (Engkau); dan mereka adalah kaum yang binasa." (al-Furqaan 25:18)

Mengingati Allah dalam setiap keadaan, merasakan diri dan segala tingkah laku diperhati serta dicatit serta akan dipertanggungjawabkan…

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas".
(al-Kahfi 18:28)
"Katakanlah: "Siapakah yang dapat memelihara kamu di waktu malam dan siang hari dari (azab Allah) Yang Maha Pemurah?" Sebenarnya mereka adalah orang-orang yang berpaling dari mengingati Tuhan mereka." (Al Anbiyaa' 21:42)

"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (penguasa dan pemakmur) di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)". (an-Naml 27:62)

Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepadamu dikurniakan lidah yang sentiasa basah berzikir kepadaMu, hati yang sentiasa bersyukur dan anggota yang sentiasa dalam ketaatan kepadaMu. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada bisikan syaitan yang menyesatkan dan dorongan hawa nafsu yang membinasakan.

Wallahu ta'ala a'lam.

Monday, April 14, 2008

Ilmu Hadith



Bismillahirramanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Menurut kitab Taisir Musthalah al-Hadith karangan Dr. Mahmud ath-Thahhan, hadith Mutawatir bermakna hadith (khabar) yang diriwayatkan oleh sekumpulan (perawi) yang ramai dan mustahil mereka berpakat untuk berdusta. Andai dirujuk dalam kitab Metodologi Ilmu Hadis karangan H. Muhammad Iskandar Lc, antara maksud lain yang dikemukakan ialah sesuatu yang menghasilkan ilmu dharuriy (pasti) dari awal sanad sehingga akhir dan mustahil para perawi hadith tersebut berdusta.

Andai dilihat syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum sesebuah hadith itu dikatakan sebagai hadith mutawatir, jelas menggambarkan bahawa hadith mutawatir merupakan hadith-hadith yang sahih:-
• Hadith tersebut diriwayat dengan jumlah perawi yang ramai dan sekurang-kurangnya sepuluh orang perawi.
• Jumlah ini terdapat pada setiap thabaqat (peringkat).
• Mustahil para perawi tersebut berpakat melakukan pendustaan.
• Hadith tersebut mestilah diriwayatkan dalam bentuk al-hissiy, iaitu dengan lafaz "kami telah mendengar", "kami telah melihat" dan sebagainya.

Dengan ciri-ciri tadi, maka secara tidak langsung ia mengurangkan dan seterusnya melenyapkan kebarangkalian wujudnya sebarang pendustaan di dalam matan hadith tersebut. Maka, hukum ke atas hadith mutawatir ialah ia merupakan ilmu dharuriy (ilmu yang pasti), ilmu yaqiniy (ilmu yang yakin). Hadith mutawatir wajib untuk diamalkan dan dijadikan hujjah dan dalil di dalam intinbat atau mengeluarkan sesuatu hukum tanpa membahas kesahihannya. Orang yang mengingkarinya dihukum kafir dan ini merupakan kesepakatan jumhur ulama'. Ia bolehlah dikatakan sebagai qoth'iyatul thubbut.

Hadith qudsi ialah hadith yang dinukilkan atau disabdakan daripada Nabi s.a.w. dan akhir sanad hadith tersebut adalah daripada Allah s.w.t. Pada al-Quran, lafaz dan maknanya adalah daripada Allah s.w.t. Manakala hadith qudsi pula maknanya sahaja daripada Allah, tetapi lafaznya daripada Nabi s.a.w. Sekiranya kita mahu mencari perbezaan antara hadith qudsi dan hadith sahih, maka perlulah dirujuk kembali makna bagi hadith itu sendiri.

Hadith sahih dan hadith qudsi dikategorikan di bawah pembahagian hadith ahad. Akan tetapi, hadith sahih dinisbahkan melalui tahap kuat dan lemahnya hadith tersebut. Ia digolongkan sebagai hadith yang diterima (yang tidak ditolak kerana dha'if, maudu' dan sebagainya). Manakala hadith qudsi pula dikategorikan di bawah pembahagian hadith yang dinisbahkan kepada sanad (rantaian) hadith tersebut. Walaubagaimanapun, di dalam kategori ini ada yang diterima dan ada yang ditolak. Di bawahnya terdapat tiga lagi hadith selain hadith qudsi iaitu hadith marfu', mauquf dan maqthu'.

Maka bolehlah dikatakan bahawa, hadith-hadith selain hadith qudsi merupakan hadith yang makna serta lafaznya adalah daripada Nabi s.a.w. berpandukan wahyu dan petunjuk daripada Allah s.w.t.

Hadith qudsi tidak ditetapkan syaratnya dengan mutawatir. Ia juga digolongkan di dalam kumpulan hadith yang ada padanya hadith-hadith yang boleh diterima dan yang ditolak. Maka secara tidak langsung, hadith qudsi telah hilang kelayakannya untuk wajib dipegang sebagai sumber hukum. Sekiranya mahu menjadikan hadith qudsi sebagai sumber hukum, hendaklah dikaji kedudukan dan keadaan sanad dan matannya. Adakah di antara keduanya memiliki ciri-ciri yang yang boleh menyebabkan ianya ditolak atau tidak boleh dijadikah hujjah.

Sebagai seorang muslim, kita hendaklah mempraktikkan sesuatu hukum yang telah disepakati oleh ijma' ulama'. Sekiranya kita telah mengetahui dan mempelajarinya, wajiblah kita mengamalkannya. Seseorang itu tidaklah dianggap berdosa melainkan telah diketahui hukumnya. Walaubagaimanapun, apabila seseorang tidak mengetahui hukum sesuatu perkara, wajib keatasnya mempelajari dan mencari hukum tersebut. Ini kerana seseorang itu tidak akan terlepas untuk selamanya daripada dosa akibat kejahilannya. Seseorang akan berdosa apabila masih tidak mahu mencari hukum sesuatu perkara kerana beranggapan mahu terlepas daripada dosa dan mahu berterusan di dalam kejahilan.

Wallahu taala a'lam. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam hendaklah merujuk kepada bahan bacaan yang lain dan orang yang lebih alim.

Aku berlindung kepada Allah daripada sebarang bisikan dan hasutan hawa nafsu yang merosakkan. Amin Ya Rabbal 'Alamin…

Friday, April 11, 2008

Kebahagiaan?


Sebelum aku datang ke sini, kebetulah aku rapat dengan seorang pensyarah kolej aku. Aku kurang pasti bagaimana keakraban tersebut bermula. Mungkin kerana aku selalu berjumpa dengannya menanyakan pandangan selain selalu terserempak di bangunan kuliah dan juga di masjid. Aku selalu berbincang dengannya berkaitan isu-isu agama, fiqh dan lain-lain. Pensyarah yang usianya aku rasa sudah menjangkau umur 30-an ini sehingga aku ke sini masih lagi belum berkahwin.

Pada aku dia merupakan seorang pensyarah yang tegas dan kadang-kadang suka bergurau dengan para pelajarnya. Beliau juga amat mengambil berat mengenai pemikiran masyarakat. Pemikirin bangsa melayu, pemikiran mahasiswa, khususnya para pelajarnya.

Pernah suatu hari, kebetulan aku bertembung dengannya di masjid. Seperti biasa kami akan bersembang. Pelbagai tajuk yang kami buka. Mungkin beliau mahu bersembang panjang dengan aku, kami ke sebuah restoran di luar kolej.

Kami rancak bersembang. Kalau sebelum ini hanya isu-isu panas semasa, agama dan pelajar, tapi di sini kami saling bertukar pengalaman dan sejarah hidup. Beliau menceritakan sejarah hidupnya dan pengalaman percintannya.

Persoalan yang beliau utarakan pada aku, apakah erti kebahagiaan sebenarnya? Sebelum kahwin dan selepas kahwin. Mungkin sebelum kahwin, bahagianya adalah saling ber'sms', berbual di telefon, mendengar suara yang disayangai. Atau mungkin juga bahagianya ialah dapat melihat muka orang yang disayangi. Bahagia apabila saling melafazkan kata rindu dan sayang kepada pasangan masing-masing. Apakah ini bahagia yang dicari? Sedangkan hubungan masih belum terjamin, dijamin dan sah. Apakah ini bahagia?

Beliau mempersoalkan erti bahagia yang sebenarnya berdasarkan petikan temuramah daripada sebuah majalah wanita yang beliau kongsi dengan aku dan berdasarkan respon para pelajarnya. Apakah bahagia itu apabila merasakan suami berada di sisi sepanjang masa? Cukup dan sempurnakah bahagia itu hanya apabila sudah ada rumah sendiri, sudah ada anak, pekerjaan dan gaji untuk menampung perbelanjaan rumah?

Beliau mengatakan, sesetengah masyarakat kita merasakan bahagia dengan cukup sekadar apa yang disebutkan tadi. Bahagia bukanlah dengan sms, panggilan dan menatap wajah yang disayangi semata-mata. Bukan sekadar sentiasa mahu pasangan di sisi, cukup dengan ada rumah, ada anak, ada kereta ada gaji. Bahagia itu apabila pasangan saling memahami dan hidup dalam suasana saling Bantu-membantu dan saling lengkap melengakapi.

Beliau membawa contoh. Andainya si suami seorang kakitangan akademik, sibuk dengan forum, simposium, pembentangan kertas kerja. Suatu ketika si suami mendapat tugas membentangkan kertas kerja di luar negara. Kebetulah tarikh tersebut ialah hari kedua aidilfitri dan terpaksa berada di luar negara seminggu. Ini bermakna tidak berpeluang menyambut hari pertama aidilfitri bersama keluarga. Adakah si isteri sanggup menemani si suami ke luar negara? Merasakan bahawa biarlah dia bersama dengan suaminya, menemaninya di luar negara walaupun tidak berpeluang menyambut raya pertama bersama keluarga? Ataupun bertindak tidak mahu menemani suaminya ke luar negara?

Mungkin pada aku boleh dibawa contoh lain. Si suami mendapat isteri yang bekerja sebagai doktor. Doktor biasa mahupun doktor pakar dalam bahagian tertentu. Lumrahnya semua mengetahui pekerjaan sebagai seorang doktor dan keadaanya yang sentiasa 'on call'. Pastinya seorang doktor sangat sibuk dengan pesakitnya, memberi rawatan yang terbaik mengikut jadual dan gilirannya. Malah, cuti yang diperolehi biasanya sangat singkat dan terhad kuotanya untuk setahun. Adakah si suami merasakan telah hilang bahagia hidupnya apabila isterinya sibuk dengan tugas dan tidak dapat selalu menemaninya? Kerana kurang masa untuk bersama di rumah dan sebagainya.

Hakikat bahagia bukanlah sekadar di atas kata-kata dan angan-angan semata-mata. Tetapi ia lebih berbentuk tindakan fitrah bagi insan. Lebih berbentuk kepada pengorbanan dan saling memahami antara pasangan. Ini bermakna, janganlah menilai apabila si suami tidak berkemampuan membeli rumah yang besar, mewah besar dan selasa, si isteri tidak merasa bahagia. Mersakan dirinya terbeban, susah dan malu dengan adik-beradik atau saudara mara atau rakan-rakannya yang memiliki rumah yang besar, cantik dan selesa. Janganlah menilai apabila si suami masih tidak bermampuan membeli kereta, merasakan diri dan hidupnya akan susah dan hilang bahagianya. Juga janganlah si lelaki merasakan hilang bahagia apabila isteri sibuk dengan tugasan dan tanggungjawabnya.

Makna bahagia mungkin berbeza bagi setiap individu. Perbezaan atas sebab berbeza pangalaman, keadaan hidup dan sebagainya. Sekiranya disoroti kehidupan Rasulullah s.a.w., baginda merupakan ketua turus angkatan perang, ketua sebuah negara, pendakwah, kounselor, hakim dan sebagainya. Baginda merupakan ketua bagi umat negara Islam dan umat Islam keseluruhannya. Pastinya dengan tanggungjawab yang dipikul, sering membuatkannya jarang berada di rumah dan bersama isteri-isterinya. Namun, keluarga baginda tetap bahagia. Andai dikira masa, tanggungjawab dan sebagainya, Rasulullah lebih besar dan rumit keadaanya daripada kita sekarang. Malah, jika mahu menilai harta kekayaan yang dimiliki, Rasulullah s.a.w. bukanlah seorang hartawan, tetapi seorang yang hidup sangat sederhana dan hanya memenuhi keperluan dan bukannya kehendak. Bagaimanakah bentuk kebahagian yang telah berjaya dititipkan dan dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. ini?

Pelbagai lagi kisah-kisah contohnya daripada kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. yang boleh diajadikan tauladan. Kebahagiaan yang dikecapi adalah kebahagiaan yang indah dan diredhai oleh Allah s.w.t. Mungkin sama-sama kita boleh bermuhasabah bagimanakah kehidupan dan mahligai yang kita mahu bina akan datang. Semuanya bermula daripada ilmu dan pengalaman. Jangan berfikiran sempit tentang kebahagiaan dan merasakan bahagia itu hanya perkara kebendaan. Juga dada merasa senak, susah hati dan sebagainya memikirkan perkara yang remeh yang sepatutnya boleh diselesaikan dan disempurnakan dengan baik.

Sorotilah sejarah penghulu dan kekasih Allah ini. Hayatilah kisah-kisah para sahabat, alim ulama' yang masyhur dengan kealiman mereka dan keberkatan kehidupan mereka. Mudah-mudahan aku dan kau dapat mencari dan seterusnya menemui kurniaan DIA yang penuh rahmat dan nikmat, maha luas dan maha indah.

"… Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kam pun adalah pakaian bagi mereka…"
(al-Baqarah 2:187)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

(ar-Ruum 30:21)


Wallahu ta'ala a'lam.

Thursday, April 10, 2008

Akhlak Muslim Ketika di dalam Masjid

  • Berdoa memohon rahmat ketika memasuki dimulai dengan langkah kanan
  • Jangan lupa berniat i'tikaf selama mana berada di dalam masjid
  • Mendirikan solat tahiyatul masjid sebelum melakukan perkara lain
  • Menyahut seruan azan yang dilaungkan oleh muazzin (bilal)
  • Memperbanyakkan doa kepada Allah di antara azan dan iqamah
  • Memelihara solat-solat sunat (solat sunat rawatib dan lain-lain)
  • Tidak tertumpu hanya pada satu tempat tertentu sahaja untuk menunaikan solat
  • Mendapatkan saf (barisan) pertama untuk solat berjemaah
  • Hendaklah merapatkan dan meluruskan saf (barisan)
  • Tidak berjalan di hadapan orang yang sedang solat
  • Tidak berkata-kata dan memberi tumpuan ketika khutbah sedang dibaca
  • Memperbanyakkan membaca al-Quran dengan penuh tadabbur
  • Melazimi lidah dangan zikrullah dan selawat ke atas Nabi
  • Tidak meninggikan atau melantangkan suara walaupun membaca al-Quran
  • Tidak mengetap jari ketika menunggu menunaikan solat
  • Membersihkan badan, pakaian dan stokin
  • Memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas
  • Menghindarkan bauan yang tidak menyenangkan daripada tubuh atau pakaian
  • Membersihkan mulut dari sebarang bauan makanan dan yang kurang selesa seperti bau rokok, bawang, petai, jering dan sebagainya
  • Tidak membazirkan air ketika berwuduk
  • Bersiwak setiap kali hendak menunaikan solat
  • Tidak membawa kanan-kanak yang belum mumayyiz dan nakal
  • Menutup telefon bimbit atau menutup bunyi telefon
  • Tidak berjual beli
  • Tidak bersembang mengenai hal dunia
  • Berkata-kata dengan lemah lembut dan memaniskan muka
  • Berdoa menghindari bala ketika keluar masjid dimulai dengan langkah kiri

Sunday, April 6, 2008

Maafkan aku..

Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan kesalahan. Sama ada ianya berhubung kait dengan Tuhannya, sesama manusia atau dengan alam. Kemaafan dan keampunan Allah adalah terletak kepada kemaafan orang yang dianiaya atau dizalimi. Andai mahu mendapat keampunan Allah, pintalah dahulu kemaafan dari yang dilakukan aniaya.

Namun, tidak semudah orang yang dilakukan aniaya memberi kemaafan. Bergantung kepada kesalahan yang telah dilakukan terhadapnya. Bergantung juga hubungan antara kedua yang terbabit. Adakah mereka kawan, atau kawan istimewa. Atau hanya sekadar kenalan biasa yang baru bertemu. Atau mereka sebagai teman istimewa. Hatta sebagai adik beradik, kaum kerabat dan juga suami isteri.

Rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain. Mungkin dalam sesuatu perkara kita beranggapan apa yang kita lakukan adalah betul dan terbaik, tetapi ia tidaklah sama keadaanya kepada orang lain. Bukan semua yang kita anggap betul, ia sememangnya boleh 'jadi betul' pada diri orang lain. Mungkin kita fikir cara kita betul, tetapi pada pandangan orang lain, mungkin ia salah dan dia sama sekali tidak menerima cara tersebut.

Bersesuaian dengan sifat sebagai makhluk, hamba dan insan. Makhluk adalah yang dijadikan. Kesempurnaan terletak pada Penciptanya dan pastilah yang dicipta tidak akan dapat menandingi kesempurnaan Pencipta. Kekuasaan pastinya terletak kepada yang berkuasa. Andai dilihat semula, antara seorang tuan dan seorang hamba, yang merintah pastinya tuan dan yang melakukan suruhan ialah hamba. Ini bermakna antara tuan dan hamba, pastilah dan mestilah kelebihan pada tuan dan bukan pada hamba. Atas kekurangan itulah, tidak hairanlah terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang dimiliki oleh sesorang hamba berbanding dengan Tuan, Tuhan dan raja bagi segala raja. Perkataan insan itu sendiri membawa makna lupa dan ia merupakan sifat kekurangan. Apakan ini tidak memperkuatkan bahawa pastinya manusia ini kekurangan segalanya, termasuklah dalam tindakan sehariannya? Pasti ada sifat kekurangan tersebut dan inilah yang membawa kepada tidakan yang salah dan silap.

Walaubagaimana berbicara tetang kemaafan sekalipun, pastinya yang disakiti lebih sukar menghadapinya lantas untuk memberi maaf. Hati yang telah tercalar, tergores, hanya empunya diri lebih mengetahui betapa besar kesilapan yang telah dilakukan terhadapnya. Persabahatan dan persaudaraan itu amatlah penting.

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat. Kepada orang-orang yang aku pernah buat salah, terguris hati, rasa teraniaya, aku minta maaf banyak-banyak. Itu kelemahan aku. Kadang-kadang tidak semua apa yang aku lakuan itu adalah perbuatan yang betul. Ianya pasti membuatkan orang lain sakit hati dan sebagainya.

Aku nak minta maaf banyak-banyak kepada semua yang aku kenal. Baru kenal, lama kenal dan yang akan berkenalan. Aku tulis apa yang aku nak tulis. Selagi mana aku merasakan ianya bukan kesalahan, aku akan terus tulis.

Akhirnya, aku sungguh-sungguh minta maaf atas kesilapan yang aku pernah lakukan kepada sesiapa sahaja.. Maafkan aku.

Saturday, April 5, 2008

Kenangan

Fitrahnya masa ini bergerak dan menuju ke hadapan. Ianya bukan ke belakang. Apa aku nak kata aku pun tak tahu. Cuma, bila teringat kenangan lampau terasa rindu dan membuatkan aku tersenyum sendiri. Setiap memori pastinya ada suka dan duka. Pastinya ada yang terluka dan terguris hati. Tidak kurang juga yang menjadi suatu kenangan terindah.

Di kesempatan ini, suka aku ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat komiti yang telah banyak membantu secara langsung dan tidak. Segala penat lelah sahabat-sahabat tidak dapat aku balas melainkan aku hanya berserah kepada Allah untuk membalasnya. Mudah-mudahan Allah mengurniakan sahabat semua kamanisan iman dan ketabahan hati.

Aku juga ingin meminta maaf di atas segala kekurangan dan kelalaian aku selama bekerja dengan sahabat-sahabat sekelian. Mungkin ada yang terasa dan terguris hati. Mungkin juga ada yang terdendam di hati dek tidak puas hati. Aku selaku manusia biasa seperti sahabat sekelian pastinya tidak dapat lari daripada kelemahan, tetap melakukan kesalahan dan kesilapan. Mungkin dalam tutur kata dan mungkin juga dalam tindakan. Kemaafan daripada sahabat sekelian yang aku pinta.

Selain itu, aku mahu mengenang kembali seorang sahabat yang bekerja bersama, saudara Salleh yang telah kembali ke rahmatullah tahun lalu kerana demam denggi berdarah. Ketika aku menerima masej tersebut, aku agak terkejut. Seseorang yang aku kenali pemurah dan lemah lembut kata-katanya telah meninggkalkan dunia ini buat selamanya. Sebagai seorang yang bertanggungjawab mengenai kesihatan, pada aku dia bukanlah seseorang yang mudah dicari ganti. Mungkin aku melihatnya dia sebagai seorang yang penyenyap, tetapi aku tahu, dia seorang yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab. Mudah-mudahan suadara Salleh tergolong bersama orang-orang yang saleh, mukmin dan muttaqin. Amin. Al-Fatihah…

Kepada individu tertentu yang aku ada kesalahan peribadi, aku memohon berjuta kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Kalau ada terhutang apa-apa, wang ringgit atau sebagainya aku harap dapat dinyatakan dan aku akan berusaha untuk melunaskannya. Aku memohon kemaafan atas apa yang telah berlaku. Uknuwah yang telah terukir aku berharap terus dan tetap kukuh sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada sahabat seperjuangan. Banyak manis dan pahit yang kita telah tempuhi bersama. Banyak yang dapat kita pelajari bersama dalam menghadapi pihak-pihak tertentu dalam melaksanakan tanggungjawab kita dan menunaikan amanah yang telah diberikan. Walau masing-masing ke haluan sendiri, jauh di perantauan, aku berharap hati-hati kita masih berhubung dengan doa. Walau jauh di mata namun tetap dekat di hati. Aku pasti ianya banyak mengajar kita erti sebuah ukhuwah, persahabatan dan kehidupan.

Akhirnya kepada pihak-pihak tertentu yang telah banyak membantu dan orang perseorangan. Mudah-mudahan jasa kalian dibalasi dengan nikmat iman dan Islam yang lebih sempurna. Semoga tautan persaudaraan dan iman ini dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat. Tanpa kalian siapalah aku dan kerana kalian, datangnya warna dalam kehidupan ini.

Mudah-mudahan pertemuan kita merupakan pertemuan yang diredhai dan perpisahan kita menjadi perpisahan yang tepelihara oleh Allah s.w.t.

"… Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".

(Al-Hasyr 59:10)
Wallahu taala a'la a'lam…

Friday, April 4, 2008

Siapa kita sebenarnya?

Sejauh manakah syukur kita kepada Alah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah diberikan? Adakah kita telah benar-benar menjadi seorang hamba bersyukur? Atau kita masih tidak sedar atas kurniaan apa harus kita bersyukur??!! Patutukah kita menjadi hamba yang tidak mahu bersyukur lantas sanggup melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.? Di atas kasih sayang Allah…

Kita dilahirkan dalam keadaan Islam dan Iman daripada kedua orang tua.

Kita dipelihara daripada haiwan atau serangga kecil daripada memasuki ruang-ruang anggota semasa kita nyenyak tidur.

Kita dipelihara dari awal kita tidur sehinggalah kita kembali daripada tidur dalam keadaan selamat.

Kita masih diberikan peluang untuk hidup dan menyedut udaranya,

Kita sedar dari tidur pada hari ini dan masih hidup. Bukan sedar-sedar kita kanan kiri, depan belakang, atas bawah kita adalah tanah.

Jantung, paru-paru dan hidung kita masih berfungsi dengan baik untuk terus bernafas menikmati kehidupan ini.

Segala anggota dalaman dan luaran tubuh badan kita masih berfungsi dengan baik sehingga hari ini.

Kita masih diberi peluang untuk hidup setelah pelbagai penyakit yang kita hadapi.

Kita masih diberi peluang untuk terus bertaubat di atas segala musibah yang telah diuji kepada kita.

Mata kita masih celik, telinga kita masih boleh mendengar, hidung kita masih boleh menghidu dan deria rasa lidah serta kulit kita masih dapat merasai.

Allah s.w.t. tidak terus mengazab kita atas maksiat dan kemungkaran yang kita lakukan.

Allah s.w.t. masih memelihara kita daripada kemusyrikan dan kekufuran.

Allah s.w.t. masih memelihara aib, kekurangan dan kesalahan kita.

Allah s.w.t. meletakkan kemurahan terhadap hamba-hambaNya menandingi kemurkaanNya.

Allah s.w.t. menjadikan kita sebagai sebaik-baik makhluk dan penciptaan.

Dan banyak lagi dan semestinya ia tidak dapat dihitung. Jasad dan badan ini hanya pinjaman. Ruh dan jiwa ini juga bukanlah milik kita selamanya. Dunia ini pula sementara dan ia milik Allah. Tiada yang kekal melainkan Allah bersama zat dan segala nama serta sifatNya yang Maha Mulia. Milik pencipta diri kita dan segala makhluk di langit, di bumi dan segala di antara keduanya. Atas sebab kurniaanNya, maka pokok-pokok berzikir kepada Allah. Burung-burung dan haiwan melata mengucapkan tasbih memuji Allah. Aliran sungai, laut, tanah dan segala makhluk terus menerus berkhidmat untuk manusia dan berzikir kepada Allah.

Tetapi malangnya, manusia yang diberi akal serta nafsu, selaku sebaik-baik kejadian masih terus terleka berzikir dan bersyukur kepada Tuhan Pengurus Alam ini. Malah, sanggup melakukan kemaksiatan, kerosakan dan kemungkaran kepada Allah s.w.t. Siapa diri kita sebenarnya?? Tidak lain hanyalah seorang hamba yang kerdil dan lemah.

Buktikanlah syukur kita dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Bersungguh-sungguh dalam beribadat dan istiqamah. Bersungguh-sungguh dalam bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan. Bersungguh-sungguh menyucikan hati daripada sebarang sifat mazmumah. Bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja Islam. Melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah. Selain itu, buktikanlah syukur kita dengan mengislah diri. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Pertingkatkan ilmu, iman dan amal. Janganlah sia-siakan masa dan ruang yang Allah berikan.


"Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu (manusia beriman atau tidak hal itu tidak merugikan Tuhan sedikitpun) dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain (masing-masing memikul dosanya sendiri). Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu."

(az-Zumar 39:7)

Wallahu Ta'ala A'la A'lam.

Thursday, April 3, 2008

Ihna Fidaka Ya Rasulullah!!


Semoga Allah melaknati orang-orang yang menghina Allah, Rasul dan Islam.

Pelbagai fitnah dan penghinaan yang telah didombakan oleh para orientalis dan umat yang kuffar. Ianya telah bermula sejak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. lagi. Bagaimana Nabi s.a.w. telah dihina dengan balingan batu oleh kanak-kanak kaum Thaif dan bagaimana Nabi s.a.w. telah dilempar dengan najis oleh seorang perempuan tua Yahudi. Namun, adakah di sana kita dapat melihat tindakan Rasulullah s.a.w. untuk membalas dendam atau membalas kembali kejahatan yang telah dilakukan tersebut?

Sungguh mulia peribadimu Ya Rasulullah s.a.w. Nah, lihat! Bagaimana balingan batu oleh kanak-kanak Thaif dibalas Rasulullah s.a.w. dengan doa untuk kesejahteraan mereka? Bagaimana lemparan najis oleh perempuan yahudi tua dibalas oleh Rasulullah s.a.w. dengan lawatan baginda terhadapnya ketika sakit? Inilah keluhuran budi seorang manusia kamil, penghulu segala Nabi, kekasih Allah, pemberi syafaat dan manusia pertama yang menjejakkan kaki ke dalam syurga. Bagindalah juga seorang nabi akhir zaman penutup segala perutusan Nabi, amat menyayangi umatnya. Ingatlah ketika mana Nabi menunggu ruhnya dicabut oleh malaikat maut, apa yang terkeluar dari bibirnya tidak lain hanyalah "Ummati, ummati..." (Umatku, umatku…)

Sesungguhnya golongan kuffar mengakui akan ketokohan Nabi s.a.w. sebagai seorang yang sangat mulia dan berkeperibadian sempurna. Diletakkan Nabi sebagai manusia yang paling berpengaruh. Kerana apa? Kerana peribadinya yang mulia. Manakan tidak, hidupnya dibimbing oleh kuasa yang mencipta segala makhluk dan segala keindahan. Akhlaknya al-Quran, memberi peringatan kepada manusia atas kelakuan mereka. Penyampai berita gembira dengan nikmat kasih sayang Allah serta pemberi peringatan azab pedih Allah s.w.t. terhadap sesiapa yang tidak menikuti risalah baginda. Namun, hanya orang yang buta dan tuli mata hatinya terus sesat kerana telah dihijab oleh Allah s.w.t. sehingga hari kiamat dan pasti mereka menerima azab yang sangat pedih.

Inilah kebodohan orang kafir yang menghina Allah dan RasulNya. Inilah kebongkakan orang kafir yang memandang hina umat Islam. Mereka bongkak dalam kebodohan, buta dan tuli hati mereka. Penuh dengan kegelapan dalam kesesatan dan Allah tambahkan lagi mereka kehinaan di akhirat kelak. Akibat kedengkian, dendam kesumat dan kedunguan mereka, akhirnya mereka hanyut tanpa bantuan dan perlindungan Maha Mengadili.

Filem FITNA menggambarkan secara jelas kepada kita bahawa terdapat golongan kuffar yang tidak melihat dan mengkaji Islam dengan mendalam secara ilmiah. Apatah lagi untuk menghayati kajian mereka. Perkataan dan pandangan mereka terhadap Islam sangat sempit dan hanya bersifat luaran, menuruti segala kehendak hawa nafsu mereka.

Serangan pemikiran terhadap umat dunia perlu dihadapi dengan jalan ilmiah dan strategi yang tersusun dari dari peringkat individu sehinggalah peringkat jemaah. Sebagai individu Muslim, perlulah perbanyakkan selawat dan kembali menghayati dan menghidupkan dengan bersungguh-sungguh sunnah Rasulullah s.a.w. Mempelajari dan mendalami sirah kehidupan Rasulullah s.a.w. Bagaimana kita mampu mempertahankan Islam dan Rasulullah s.a.w. sekiranya dalam diri kita masih kikir dengan ilmu sirah Nabi dan fakir dengan amalan sunnah baginda? Inilah kelalaian kita! Kelalaian yang akhirnya melemahkan peribadi kita pejuang risalah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah.

Organisasi-organisasi dan pertubuhan-pertubuhan Islam perlu lebih aktif dan kreatif dalam menyampai dan memberi gambaran Islam yang sebenar kepada umat dunia. Bukan hanya di kalangan umat Islam sahaja, tetapi perlu diperluaskan ruang lingkupnya kepada bukan Islam. Mereka harus tahu bagaimanakah ajaran al-Quran yang sebenarnya dan bagaimanakah peribadi manusia mulia yang diutus membawa risalah tersebut sebagai bukti indahnya Islam ini.

Forum, perbincangan dan edaran risalah perlu dilakukan. Di pejabat-pejabat, kampus-kampus, masjid-masjid, dewan-dewan orang ramai, pasar-pasar, tempat-tempat awam dan sebagainya. Negara kita Malaysia negara yang majmuk. Oleh kerana Islam itu syumul, maka dakwah kita juga perlulah syumul. Menghadapi mansyarakat dan merapati mereka. Masuk ke dalam kelompok mereka. Tidakkah dahuluRasulullah s.a.w. masuk ke tengah-tengah masyarakat musyrik Mekah untuk berdakwah kepada mereka? Mengapa kita tidak mahu menggunakan sebaik mungkin peluang daripada perubahan situasi politik negara kita sekarang?

Penghinaan terus menjadi. Fitnah terus berleluasa, semakin besar, semakin marak apinya. Inilah ia zaman fitnah dan huru hara. Jolokan kepada dunia akhir zaman. Walau apa pun yang terjadi, Islam wajib dipertahankan dengan segala qudrat, harta dan darah. LAWAN TETAP LAWAN. Tapi persoalannya, sejauh manakah persiapan dan bekalan diri kita untuk menghadapinya??

Wednesday, April 2, 2008

FITNAH FITNA!!

Ummah diminta matang tangani isu 'Fitna'
Roy Rasul
Tue | Apr 01, 08 | 1:08:27 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 April (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa umat Islam termasuk kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO), bersikap matang tetapi tegas dalam menangani isu klip video 'Fitna'.

Setiausaha Agungnya, Abdul Muntaqim Zulkipli, berkata, tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan bertujuan menghina Islam dan mencaci al-Quran, amat dikesali.

Justeru itu, katanya, dalam satu kenyataan, kerajaan digesa menghantar bantahan rasmi kepada kerajaan Belanda.

"Tindakan tegas perlu diambil kerana penghasilan klip video seperti itu adalah satu hasutan yang akan memburukkan lagi hubungan antara dunia Islam dan dunia Barat," katanya.

Katanya, tindakan itu yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Malah katanya, tindakan Geert yang menghasil klip video pendek yang bersifat provokatif itu seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada isu sebuah akhbar Belanda yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w. beberapa tahun lalu.

"Penghasilan klip video seperti itu merupakan satu hasutan yang akan memburukkan lagi hubungan antara dunia Islam dan dunia Barat," katanya.

Katanya, dunia marah dengan tindakan biadab Geert yang menghasil klip video selama 15 minit bertajuk 'Fitna' itu.

Klip video tersebut jelas cuba menghina agama Islam, menghina Rasulullah s.a.w. dan mencaci kesucian kitab suci al-Quran, katanya.

Klip video tersebut memaparkan beberapa ayat-ayat suci al-Quran yang dikaitkan dengan keganasan.

Dalam pada itu, PKPIM berkata, umat Islam seluruh dunia tersinggung dan marah dengan klip video tersebut yang mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk menuduh agama Islam sebagai agama yang mendorong umatnya kepada keganasan.

Walhal katanya, Islam adalah agama yang menjadikan kasih sayang dan keselamatan sebagai antara nilai asas.

PKPIM meminta seluruh umat Islam bersikap matang dan tidak bertindak balas secara terburu-buru dalam menangani isu ini.

"Umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan provokasi melampau yang dilakukan melalui klip video tersebut," katanya.

Sebaliknya, masyarakat Islam boleh mengambil tindakan mengikut saranan ulama terkemuka dunia, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi.

Perkara tersebut katanya, adalah:

* Hujah-hujah ilmiah dan akademik perlu disebarkan untuk menyangkal tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam, dan hujah-hujah ini perlu diterbitkan dalam pelbagai bahasa agar masyarakat seluruh dunia dapat memahami Islam dengan sebenarnya.

* Masyarakat perlu meminta dan mendesak pihak kerajaan di negara masing-masing agar membuat pendirian tegas dan menyatakan bantahan secara rasmi bagi membuktikan bahawa dunia Islam tidak redha dengan sebarang tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan.

* Respons dalam bentuk kesenian dan sebaran media perlu dilakukan kerana filem-filem dan rancangan televisyen boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menjelaskan sifat dan imej sebenar Islam.

* Umat Islam juga perlu memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh negara-negara yang membenarkan rakyatnya menghina dan memfitnah Islam secara terang-terangan.

* Umat Islam sendiri perlu mendalami ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia sepertimana diajar Islam dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak membentuk persepsi yang salah terhadap Islam. - lanh

Tuesday, April 1, 2008

Seringkali manusia terlewat

Memberi kemaafan kerana setiap orang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan

Menghargai sesuatu pemberian ketika mana pemberian tersebut telah hilang atau musnah

Memberi sesuatu ketika mana apa yang ada pada kita ditarik kembali

Menghargai seseorang ketika mana ia telah pergi dari sisi kita

Bertaubat ketika nyawa telah berada di halkum

Meminta maaf ketika dia telah pergi buat selamanya

Berjasa kepada kedua ibu dan bapa telah tiada

Beramal sebanyak-banyaknya ketika mana jatuh sakit

Manusia kadang-kadang cuai untuk menghargai apa yang ada pada mereka...